Penyusun : Ismaiza Ismail
Tahun : 2005
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Johor Bharu, Johor
Muka surat : 264
Ismaiza Ismail, penyusun buku “Why I Embraced Islam” menyenaraikan 49 orang saudara baru dari pelbagai negara yang telah menerima hidayah Allah SWT melalui berbagai-bagai cara yang menakjubkan. Antara nama besar yang disenaraikan termasuklah Jemima Khan, Malcolm X dan Yusuf Islam. Bab pertama dimulakan dengan kisah Sister Hedayah dari Filipina yang telah membuat keputusan untuk memeluk Islam menyebabkannya hilang kesemua rakan karib. Keluarganya juga turut tertanya-tanya apakah yang menyebabkan Sister Hedayah memilih Islam setelah dibesarkan dan diberi didikan sempurna sebagai seorang penganut khatolik.
Satu hari beliau bertemu dan berkawan dengan keluarga dari Afghanistan seterusnya berbincang mengenai agama masing-masing. Oleh kerana inginkan kefahaman yang jelas mengenai Islam, beliau mendapatkan sebuah al-quran terjemahan bahasa Inggeris dan seterusnya mengkaji kandungan al-quran sehinggalah mengambl keputusan menjadi seorang muslimah.
"Sesiapa yang mendapat petunjuk, ia hanya mendapat petunjuk untuk dirinya. Sesiapa yang sesat, maka bahaya kesesatannya hanya ke atas dirinya pula. Orang yang memikul dosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kami tidak menyiksa (sesuatu kaum) sehingga Kami utus seorang Rasul." (Surah Al Isra ayat 15)
Seterusnya Amirah, seorang wanita berkulit putih dan dilahirkan di Arkansas, Amerika Syarikat dalam keluarga kristian serta hidup dalam persekitaran yang aman damai di ladang keluarganya. Pada mulanya bertemu dengan seorang wanita Palestine yang mematuhi ajaran Islam sepenuhnya dengan memakai pakaian yang menutup aurat. Perbincangan demi perbincangan mengenai Islam telah membuka hati Amirah untuk menerima Islam sebagai cara hidupnya. Cubaan demi cubaan yang diterimanya hanya menguatkan jiwa dan hati untuk terus teguh beriman kepada Allah SWT. Kehilangan kawan, putus pertunangan dan dituduh pengganas adalah ujian dari Allah SWT untuk menguatkan lagi azamnya bersama dengan Islam.
Kisah-kisah yang dimuatkan di dalam buku ini sangat menyentuh hati kerana hidayah Allah SWT adalah untuk mereka yang terpilih. Kejayaan Rasulullah SAW menyampaikan dakwah kepada seluruh umat manusia telah mengetuk pintu hati mereka yang inginkan kepada Tuhan yang Esa. Kejayaan ini tidak datang dengan mudah malah diiringi dengan akhlak yang mulia.
Ulasan Editor : Buku-buku yang berkaitan dengan peristiwa bersejarah dan pengalaman saudara-saudara baru Islam sangat mengagumkan kerana ia memberi gambaran yang jelas kepada kita betapa hidayah adalah faktor utama kepada keputusan mereka untuk menjadi muslim. Tanpa hidayah, sukar bagi saudara baru untuk menghayati Islam kerana hanya dengan ketabahan dan pengorbanan, kemanisan iman akan menjadi kenyataan.

No comments:
Post a Comment