Keprihatinan masyarakat awam Eropah terhadap kehadiran pendatang asing sememangnya digeruni kerana ia memberi impak terhadap identiti mereka seperti bentuk dan keadaan semula jadi masyarakat berdekad-dekad lamanya – kini menjadi perbincangan hangat di kalangan ahli politik Eropah. Lebih lanjut lagi, 80 peratus masyarakat Eropah percaya dan yakin bahawa kerajaan negara masing-masing dan Kesatuan Eropah wajar mengambil langkah yang tegas terhadap pendatang asing tanpa izin. Desakan mereka ini dizahirkan melalui undi yang diadakan dalam pilihan raya. Justeru, populariti sayap kanan parti politik dianjak ke depan untuk memenangi pilihan raya berkenaan.
Sehubungan itu, debat berkaitan imigran menjadi bertambah ruap di seluruh Eropah. Isu ini banyak menyentuh mengenai masalah-masalah semasa (pengangguran, jenayah, perkauman) dan kewangan (keselamatan sosial, kerja sosial dan perumahan). Sebagai contoh, kerisauan memuncak terhadap faedah perumahan kerana memenuhi jumlah penduduk yang ramai, menggalakkan pengangguran di kalangan penduduk tempatan kerana persaingan. Faedah keluarga (termasuk elaun bersalin) kerana pendatang lebih cepat berkembang. Di sebalik itu juga, pendatang asing membayar cukai yang rendah kerana bilangan keluarga yang besar. Jadi perbelanjaan untuk kemudahan awam seperti pendidikan akan bertambah besar.
Masyarakat Eropah juga lupa bahawa mereka juga sebenarnya terlepas pandang. Eropah juga telah menjadi pembekal kepada tenaga kerja di sektor industri di negara-negara Kesatuan Eropah pada abad yang lepas. Mereka lupa tentang kelebihan yang diberikan oleh negara-negara yang dijajah terhadap warga Eropah ketika dulu. Dan keadaan sekarang sebenarnya adalah terbalik kerana sejarah sedang diulangi. Eropah tidak belajar daripada penghijrahan ini.
Perangkap polemik imigran melupakan Eropah tentang dua perkara asas. Pertama, pendatang adalah realiti dalam hidup dan akan terus berlaku selagi ada penawaran dan permintaan. Ia tidak dapat dihentikan kerana sememangnya keadaan itu tidak disukai.
Kedua, pendatang asing sangat bermakna kepada Eropah kerana jika mereka ingin mengekalkan keupayaan untuk bersaing dengan dunia.Tumpuan pada jangka masa pendek tidak selari dengan debat yang berterusan untuk jangka masa panjang dan asas kepada kedua-duanya adalah pilihan di antara baik dan buruk: rahmat, sumpahan, kebaikan atau beban. Keadaan ini adalah latihan yang sangat tidak produktif. Ia memberi kekecewaan. Isu imigran adalah isu jangka masa panjang kerana pengalaman menunjukkan jika masalah pendatang selesai di sesebuah negeri, mereka akan mengambil corak hidup masyarakat tempatan yang bersesuaian, mendapat anak dan menjadi tua sama seperti orang lain. Justeru lebih ramai imigran yang datang dari kelompok yang sama untuk menjaga generasi awal dan kitaran ini akan terus bersambung-sambung. Bahagian lain dalam masyarakat akan turut terkesan seperti membuat perubahan terhadap sistem persaraan, umur bersara, ukuran untuk merangsang pergerakan individu merentas negara dan sebagainya. Ini adalah di antara perbincangan politik yang sedang hangat dilakukan.
Isu pendatang adalah sama seperti tarik tali. Ada kala perlu ditolak dan ada kala perlu ditarik. Asakan untuk menghalau keluar imigran datangnya dari dalam Eropah sendiri. Tetapi tekanan yang menggerakkan masyarakat pendatang dari negara-negara membangun ke Eropah adalah disebabkan oleh kesan perlindungan dan polisi pertanian Kesatuan Eropah yang menyumbang kepada kehidupan yang sukar di seluruh dunia khususnya negara membangun. Keadaan ini meningkatkan tekanan kepada penduduk di sana untuk meninggalkan negara sendiri kerana keadaan hidup yang susah dan prospek masa depan yang tidak menentu. Sebab yang lain ialah keperluan terhadap pasaran buruh menjadi faktor penarik yang kuat.
Bagi memahami dan meredakan isu yang dianggap panas ini secepat mungkin, pada masa yang sama memahami intipati isu, kita akan memusatkan perbincangan ini daripada perspektif empat kelompok profesional: pembuat dasar, jurutera demografi, ahli sosiologi dan ahli ekonomi.
No comments:
Post a Comment