Saturday, June 02, 2007

Reaksi keterlaluan terhadap kes Lina Joy: chuascorner.blogspot.com

Minggu ini adalah sejarah bagi masyarakat Malaysia setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menghalang Lina Joy daripada memadamkan perkataan "Islam" di atas kad pengenalan beliau. Keputusan ini disambut baik oleh masyarakat Islam sebagai keputusan yang tepat bagi melindungi hak mereka dalam menunaikan ajaran agama Islam. Keputusan ini juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba untuk mencabar undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan umat Islam di Malaysia.

Lina Joy, seorang yang berbangsa Melayu dan telah berkahwin dengan lelaki India pilihannya. Oleh kerana hendak berkahwin dengan bukan Islam, sanggup menukar agama. Apakah yang telah diperolehinya? Di dalam masyarakat Melayu yang tidak pernah menukar kepada mana-mana kepercayaan setelah menerima Islam, Lina Joy dipandang penuh kasihan dan berfikir tindakannya adalah suatu yang tidak wajar dan mementingkan diri sendiri. Ibunya yang bersyukur di atas keputusan mahkamah berkenaan tetap mempunyai masa depan yang optimis untuk melihat anaknya, Azlina, kembali ke pangkuan Islam.

Isu murtad merupakan subjek yang sensitif bagi orang Melayu kerana 100 peratus menganut agama Islam di Malaysia. Tanggungjawab kerajaan boleh disalah tafsir jika gagal menangani isu ini kerana berpotensi mencetuskan rusuhan agama. Pastinya kerajaan sendiri tidak mahu peristiwa Natrah di Singapura 50 tahun yang lalu berulang lagi.

Keputusan mahkamah itu juga memberi reaksi yang berbeza-beza di dalam masyarakat Malaysia hari ini. Rata-ratanya mengaitkan kes ini sebagai memenuhi hak asasi manusia, dan dalam kes ini, hak asasi Lina Joy untuk memilih agamanya sendiri. Inilah yang dicanang oleh pro-hak asasi untuk mewajarkan tindakan Lina Joy.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, berita itu tersiar ke seluruh dunia. Jika kita menaip perkataan Lina Joy dalam enjin carian di Internet, lebih daripada sepuluh carian yang datang dari dalam dan luar negara. Di dalam negara, terdapat blogger yang terlalu emosi dan menyiarkan rintihannya kepada umum. Mereka tidak menyedari tulisan berkenaan dibaca oleh jutaan orang, disebarkan dan dibincangkan dari kedai kopi hingga pejabat menteri. Dari kaki lima masjid hingga kelas pertama di dalam kapal terbang.

Salah satu blog yang tersebar dan dihantar ke kumpulan perbincangan (groups) ialah yang bertajuk "Go To Hell, Satan UMNO! "Murderer" Of Lina Joy!" Tulisan asalnya dalam bahasa Inggeris memang memedihkan hati. Bagi keperluan pembaca yang tidak begitu mengerti kandungan blog berkenaan, saya terjemahkan secara bebas isi kandungannya:

Tajuk: Pergi Ke Neraka, Syaitan UMNO! "Pembunuh" Lina Joy

Zilion kemaafan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), Datuk Seri Najib Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri Malaysia), Tun Musa Hitam (bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia) dan Tengku Razaleigh Hamzah (bekas Menteri Kewangan Malaysia).


Parti mereka, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan WahhabiSaudi yang sedang meningkat naik Parti Islam Semalaysia (PAS) baru sahaja membunuh hak asasi Azlina Jailani, yang mengahwini lelaki India kristian beberapa tahun yang lalu dan menukar namanya kepada Lina Joy.

Cubaannya beberapa kali untuk menukar agama dari Islam ke kristian telah ditolak oleh Ketua Hakim Negara Malaysia Tan Sri Ahmad Fairuz Halim, orang Kedah sama seperti Abdullah dan Mahathir, pada hari ini.

Lina sedang bersembunyi. Pro-UMNO dan pro-PAS WahhabiSaudi sedang menyalak untuk mendapatkan darahnya. Bagi keseluruhan era Mahathir dan Abdullah, WahhabiSaudi telah meracun pemikiran dan minda masyarakat muslim di Malaysia, dan telah menyebabkan Ummah menjadi ancaman kepada kemusnahan sepenuhnya.

Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein (ayah Najib) dan Tun Hussein Onn (ayah Datuk Seri Hishammuddin Menteri Pelajaran) akan tidak aman berada di dalam kubur jika mendapati UMNO dan masyarakat muslim Malaysia telah menjadi anjing.

Tiga orang Perdana Menteri yang pertama menyokong sepenuhnya kebebasan beragama muslim dan bukan muslim dan jika era mereka, barangkali Lina akan mendapati hak asasinya akan dihormati sepenuhnya.

Semasa pentadbiran Mahathir dan Abdullah, dan memajukan negara seperti pemimpin yang terdahulu, mereka membenarkan masuk ke dalam UMNO celaka-celaka besar yang menguasai UMNO dan mentadbir negara pada hari ini.


Keengganan mahkamah-mahkamah untuk membenarkan kebebasan beragama Lina, adalah satu isyarat yang kuat bahawa WahhabiSaudi memerintah UMNO dan negara, dan mereka mengawal Perdana Menteri serta menjadikan para hakim sebagai tebusan.

Tidak ada orang yang boleh menyelamatkan Islam di Malaysia, orang-orang Islam Malaysia, dan Malaysia secara umum, selain daripada SERANGAN AMERIKA!

TOLONGLAH ENCIK BUSH DAN PRESIDEN-PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT PADA MASA DEPAN! CEROBOH NEGARA SAYA, MALAYSIA DAN BUNUH SEMUA CELAKA BESAR "ORANG ISLAM" YANG MENYEBARKAN KEBENCIAN! BUNUH SEMUA PERLAKUAN BURUK "ORANG ISLAM" DAN BERI MAKAN TULANG-TULANG MEREKA KEPADA BABI DAN ANJING!

LETAKKAN NEGARA SAYA DI BAWAH PENYELIAAN TUAN DAN BEGITU JUGA BRITAIN, CHINA DAN VENEZUELA! MANSUHKAN PARTI BARISAN NASIONAL TERUTAMANYA UMNO JELMAAN SYAITAN!

SUSUN SEMULA KEPIMPINAN UMNO SEBAGAI SATU, PARTI KONSERVATIF BERBILANG KAUM SEBAGAIMANA CARA TUN HUSSEIN MAHU!


BOM KEDUA-DUA JAMBATAN DI PUTRAJAYA UNTUK MENGAJAR CELAKA UMNO BEDEBAH SEBAGAI SATU PENGAJARAN!

BOM JETI KOTA BARU DI KOTA BARU, KELANTAN, UNTUK MENGAJAR CELAKA PAS BEDEBAH SAUDIWAHHABI SEBAGAI SATU PENGAJARAN!

MANSUHKAN B**** TAKRIFAN "MELAYU" YANG MERUPAKAN SATU SUMPAHAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG KESEMUANYA ORANG ASLI TERMASUK PERDANA MENTERI SEMALAM, HARI INI DAN ESOK!

Seterusnya cerita sejarah yang mengaitkan orang Melayu dengan orang Asli. Tulisan penuh emosi boleh dibaca dalam blog Chua's Corner. Di Malaysia, sehingga kini penulis ini masih boleh bebas menulis dan menghasut orang ramai dengan cara penulisannya. Jika di Britain, penulis ini pasti dikenakan dakwaan jenayah kebencian. Siapakah Chua, penulis yang emosional ini?

Nama samaran : eschua, Umur : 35 tahun, Jantina: laki-laki, Bintang kelahiran : Aries, Tahun zodiak : Tikus, Industri : komunikasi atau media, Pekerjaan : wartawan, Lokasi : Kuala Lumpur, Malaysia, Nama blog : 1. Chua's Corner
chuascorner. 2. Tales From The Idol Fellowship tftif. 3. Save The Ummah savetheummah.

Hari ini, laman blog Chua ada memaparkan artikel yang menerangkan tulisan beliau itu hanyalah jenaka. Apakah beliau fikir tulisan berbentuk perkauman ini sebagai jenaka?

Emosi tidak harus memandu kita untuk menilai kes seperti ini. Seorang yang rasional apatah lagi wartawan harus menjaga dengan bersungguh-sungguh emosinya ketika menulis kerana ia memberi impak yang sangat besar terhadap pembaca. Tindakan Chua yang menulis artikel seperti ini disifatkan sebagai keterlaluan dan memusnahkan reputasi dirinya, imej wartawan di Malaysia dan bangsanya sendiri. Terlalu banyak perkara negatif yang boleh ditujukan kepada Chua akibat tindakannya ini. Barangkali jika ada pihak yang tidak berpuas hati, Chua boleh didakwa di mahkamah kerana menghasut.

Memahami peranan dan kuasa mahkamah di Malaysia sangat penting bagi meredakan ketegangan. Dalam kes Lina Joy, Kuasa Mahkamah Persekutuan terhad dan tidak boleh memaksa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memadam perkataan Islam tersebut . Dalam konteks ini, bidang kuasa Mahkamah Syariah mengenai hal ehwal Islam lebih diberi keutamaan daripada Mahkamah Persekutuan dan JPN. Hak asasi
seseorang itu juga terlindung dalam "konteks" memeluk agama Islam, menurut peraturan yang telah ditetapkan.

Mahkamah Syariah terlebih dahulu mesti mengeluarkan satu sijil, deklarasi atau surat perintah yang mengesahkan seseorang Melayu beragama Islam itu "murtad" dan disahkan keluar daripada Islam. Selepas itu barulah perkataan Islam boleh dipadam daripada kad pengenalannya. Sebagai contoh, menurut jurucakap Persatuan Peguambela Muslim, Mahkamah Syariah Negeri Sembilah telah mengesahkan 16 kes murtad (The Sun, May 13).

Ketua Hakim Negara,Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dari Mahkamah Persekutuan menjelaskan JPN berhak untuk menggenakan syarat kepada sesiapa yang "murtad" mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.

Kronologi kes Lina Joy ini telah bermula sejak 1997.

Pada 2 Februari 1997
, Azlina Jailani memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy tetapi permohonan itu ditolak pada 11 Ogos 1997.

Pada 1999
, dia sekali lagi memohon kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy dan diluluskan, tetapi permohonan untuk menukar status agama itu ditolak kerana tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.

Pada April 2001,
Lina Joy telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi. Tetapi Mahkamah Tinggi menetapkan bahawa sebagai seorang muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Oleh itu Lina Joy membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 19 September 2005,
Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.

Pada 30 Mei 2007,
rayuan Lina Joy ditolak oleh Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Sherif. Manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Dato' Richard Malanjum membenarkan deklarasi yang dipohonnya. Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.

Azlina Jailani masih bernasib baik kerana undang-undang yang dirangka oleh bijak pandai dan cendekiawan Islam dalam perundangan di Malaysia berusaha untuk menyelamatkan aqidahnya. Tanpa Melayu dan Islam, tidak akan ada sesiapa pun yang akan peduli wanita ini.

Masyarakat Islam di Malaysia tidak pula beremosi apabila mahkamah membuat keputusan untuk tidak memihak kepada mereka seperti dalam kes Nyonya Tahir malah menerima dengan hati yang terbuka. Umat Islam menghormati keputusan berkenaan dengan fikiran yang matang dan tidak emosional seperti Chua. Tidak ada kata nista yang ditulis bagi membantah keputusan mahkamah kerana umat Islam tahu apabila syara' membuat keputusan, ia perlu diterima.

Chua sangat marah dan kecewa kerana beliau tidak dididik untuk menerima keputusan dan cemburu dengan keputusan mahkamah. Beliau ingin mencari tempat untuk menyatakan rasa cemburu berkenaan dan tempatnya ialah di blognya sendiri, yang menjejaskan wibawanya sebagai seorang blogger yang dihormati.

Rujukan

Lina Joy, dilayari di: en.wikipedia.org/wiki/Lina_Joy
[Lampiran 1]

[Lampiran 2]
[Lampiran 3]

No comments:

Post a Comment