Tony Blair akan menamatkan khidmat sebagai perdana menteri Britain dari Parti Buruh pada 27 Jun ini. Beliau memimpin kemenangan Buruh dalam tiga pilihan raya umum, tetapi kurang popular di kalangan pengundi pada hari ini termasuk pengundi Islam. Di sebalik kesungguhan Buruh memperkenalkan dasar-dasar baru bagi faedah umat Islam di Britain, ramai di kalangan mereka merasakan keadaannya lebih teruk dan menyalahkan Blair di atas kematian beratus-ratus ribu umat Islam di luar negara.
Setiap orang yang saya tanya tentang hasrat Blair untuk membawa masuk Britain ke dalam kancah peperangan di Iraq pada 2003, keputusan tersebut bertentangan dengan pendapat popular, penentangan ahli kabinet sendiri, kerisauan sektor awam dan persetujuan antarabangsa. Semu pihak nampaknya bersetuju bahawa Iraq adalah kerjaya sebenar yang merupakan kesilapan terbesar Blair.
Impak negatif ke atas komuniti muslim lebih ketara dan menghalangi usaha Buruh untuk menangani Islamofobia dan menggalakkan kejelekitan sosial. Lima trend boleh ditanggap iaitu: sosioekonomi yang merugikan, bertambahnya syak wasangka terhadap kesetiaan orang Islam, hakisan kebebasan awam, meningkatnya Islamofobia dan bertambah minatnya kempen kumpulan dan aktivis politik Islam.
Apabila Tony Blair mengetuai Buruh pada pilihan raya umum 1997, pengharapannya tinggi. Manifesto pilihan raya "Keadaan hanya akan lebih baik" menggambarkan suasana yang lebih optimis. Komuniti Islam, penyokong kuat Buruh, sangat berharap parti berkenaan dapat memberi simpati kepada mereka.
Wakil politik dari masyarakat Islam semakin bertambah biarpun masih tidak mengimbangi populasi penduduk. Dua orang wakil parlimen yang dipilih pada 1997, ditambah lagi pada pilihan raya seterusnya, menjadikan empat orang muslim menduduki Dewan Parlimen.
Kerajaan dilihat memberi simpati ke atas keperluan umat Islam. Untuk pertama kali, kerajaan negeri memperuntukkan bantuan kewangan ke atas sebilangan kecil sekolah-sekolah Islam. Situasi ini memansuhkan Akta Primary Purpose yang membuatkan lebih mudah bagi orang ramai membawa masuk pasangan mereka dari luar negara. Kerajaan juga melindungi kaedah penyembelihan halal, menjadi kerajaan Barat yang pertama menerbitkan bon Islam dengan harapan menjadikan kota London sebagai pusat kewangan Islam di dunia. Pada 1998, 2003 dan 2006, umat Islam diberi perlindungan undang-undang terhadap usaha yang bersifat keagamaan dan jenayah kebencian, seiring dengan penambahbaikan dalam Perundangan Hubungan Kaum. Pada 2003, diskriminasi agama dalam pekerjaan telah diharamkan. Pengenalan gaji minimum dan kredit cukai keluarga membantu ramai keluarga berpendapatan rendah termasuk keluarga muslim.
Namun begitu, Buruh menjadi tumpuan ke atas isu rusuhan perkauman yang berlaku dalam masa 15 tahun. Musim panas 2001, masyarakat Asia dan belia kulit putih bertempur dengan polis dan memusnahkan harta-benda di Burnley, Oldham dan Bradford. Dalam setiap kejadian, pemangkin kepada rusuhan telah dicetuskan oleh kumpulan sayap kanan berfahaman fasis. Selepas berhadapan dengan rusuhan, masyarakat Asia menegur kerajaan mengenai tindakan yang keterlaluan terhadap mereka. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, David Blunkett memberi reaksi yang tidak menunjukkan simpati apabila beliau menyuruh masyarakat Asia berhenti daripada membuat "rungutan."
Laporan rusuhan berkenaan mendedahkan perbezaan komuniti yang hidup "selari dan pelbagai cara hidup." Laporan Cantle mencadangkan perbincangan mengenai keadaan masyarakat pelbagai budaya di Britain dan mengutarakan persoalan mengenai kewarganegaraan dan keperluan untuk menjelaskan "keutamaan setia kepada negara."
911 dan kejadian-kejadian selepas itu menjadikan hubungan di antara Islam dan bukan Islam lebih sukar daripada keadaan sebelumnya. Di media, masyarakat Islam dipaksa berada dalam keadaan syak wasangka menyokong kumpulan ekstremis atau menggalakkan keganasan. Gerakan anti keganasan bertindak menghakis kebebasan umum sedia ada dengan mensasarkan komuniti Islam. Penahanan sebilangan besar orang yang tidak bersalah meregangkan hubungan di antara komuniti dan polis.
Di sebalik kenyataan-kenyataan kerajaan selepas serangan yang menjelaskan Islam adalah "agama keamanan," terdapat banyak cerita negatif di media mengenai Islam. Keadaan yang cukup selesa ini menjadikan pemimpin sayap kanan Parti Nasional British merasa selamat untuk mendakwa Islam adalah "satu kepercayaan yang jahat dan kejam" dalam ucapannya pada 2004. Sepanjang pentadbiran Blair, parti ini meluaskan perwakilan mereka dalam majlis tempatan yang dibina atas landasan anti Islam. Pada 1998, Parti Nasional British meletakkan 34 calon bagi pilihan raya dan tewas; pada 2007 mereka meletakkan 750 calon dan menang 50 kerusi.
Jenayah kebencian meningkat dengan mendadak. Setahun selepas 911, bilangan mereka yang didakwa atau diberi amaran kerana jenayah ini meningkat dua kali ganda. Mangsa utama ialah masyarakat Asia atau Timur Tengah. Ia menjadi jelas dengan kritikan-kritikan di media yang menggalakkan jenayah kebencian. Apabila jack Straw menggelar hijab "satu simbol yang jelas tentang pemisahan dan perbezaan," wanita Islam telah diserang.
Ramai masyarakat Islam tidak gembira dengan penglibatan Britain di Afghanistan dan pada 2003, berjuta-juta rakyat Britain marah dengan pembunuhan di Iraq. Islam telah pun dikecewakan oleh "polisi etika luar" Buruh selepas tidak berupaya menjelaskan polisi yang kukuh mengenai Israel dan Palestine. Perkembangan berkenaan lebih ketara pada musim panas 2006 apabila kerajaan Britain terlalu perlahan memberi sokongan kepada Amerika Syarikat ketika Israel menceroboh Lubnan yang menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak.
Polisi luar negara yang tidak popular itu diperlihatkan dalam pilihan raya. Pada Mei 2003, Parti Buruh kehilangan 750 kerusi majlis yang disifatkan sebagai hukuman oleh pengundi terhadap peperangan di Iraq. Pada 2005, majoriti Buruh di Dewan Rakyat menurun dari 197 kepada 66. Di kawasan selamat majoriti muslim, Buruh melihat dengan kekejutan kerana penyokong setia mereka kini menjadi penentang, George Galloway dari Parti Kehormatan yang menentang peperangan memenangi parlimen Bethanal Green dan Bow daripada Oona King (Buruh). Jack Straw turut melihat majoritinya berkurangan dengan ketara, manakala di Rochdale, Buruh hilang kerusi yang dipertahankannya.
Kerajaan sangat berminat untuk memperlihatkan bahawa mereka mendengar masyarakat Islam, mahu berunding dan kadangkala membiayai pertubuhan-pertubuhan tertentu. Selepas pengeboman kota London pada Julai 2005, kerajaan menubuhkan pasukan petugas muslim bagi menyiasat sebab dan punca kejadian. Mereka juga membantu dalam lawatan syarahan dengan harapan dapat membantu meredakan ketegangan di kalangan belia. Pejabat Menteri Dalam Negeri, dalam usaha perundingan mereka, menerbitkan pelan tindakan pada April 2007 bertujuan menangani keganasan ekstremis.
Terdapat banyak kumpulan yang mana kerajaan perlu berhadapan ketika ini. Pentadbiran Blair memperlihatkan pertambahan kumpulan yang berpengaruh yang mewakili pelbagai komuniti dan termasuklah penglibatan kumpulan Islam dalam kegiatan politik dan aktivis khususnya di peringkat tempatan. Kumpulan baru ini termasuk Majlis Muslim Britain (1997), Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Muslim (2000), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Islam (1997) dan Forum Menentang Islamofobia dan Perkauman (2001).
Semua usaha ini tidak dapat mengubah faktor terbesar yang menggalakkan ekstremis iaitu polisi luar Britain khususnya peperangan di Iraq. Tidak ada perundangan baru anti diskriminasi yang berjaya mengurangkan Islamofobia.
Pertambahan penglibatan muslim dalam politik dan kumpulan pendesak barangkali merupakan pencapaian yang paling bermakna pada dekad ini. Pada pilihan raya tempatan Mei 2007, Majlis Muslim Britain dan kumpulan agama yang lain menyeru pengundi untuk tidak memilih Parti Nasional British. Di kawasan berpenduduk padat muslim, ramai calon yang menawarkan diri. Di Preston, 30 peratus pengundi muslim di sana, calon popular Buruh, seorang muslim kalah kepada Michael Lavalette dari Parti Kehormatan. Di peringkat kebangsaan, Buruh kehilangan undi sehingga 27 peratus.
Kebanyakan parti politik arus perdana mengharapkan undi muslim. Peter Hain, seorang daripada enam calon Timbalan Perdana Menteri, baru-baru ini bercakap mengenai "memenangi semula" undi masyarakat muslim pada Parti Buruh menjelaskan "beratus ribu" pengundi telah hilang. Pada minggu yang sama, pemimpin Konservatif, David Cameron telah tinggal bersama sebuah keluarga muslim selama dua hari, satu tindakan yang memperlihatkan betapa beliau turut sangat perihatin untuk berdamping dengan muslim.
Terdapat banyak janji yang ditaburkan tapi masih kekal untuk dilihat sama ada semuanya ini menghasilkan polisi-polisi yang positif.
(Terjemahan bebas daripada IslamOnline.net. Penulis artikel ini ialah Halima Columbo menjadi muslim pada 1990. Selepas mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi dari Universiti Oxford, beliau bertugas sebagai penyelidik dalam komuniti setempat dan pembangunan ekonomi dengan minat yang mendalam dalam pentafsiran menyeluruh dan pengurusan perubahan sosial)
No comments:
Post a Comment