Idea tidak memiliki
jangka hayat yang panjang. Boleh jadi lima minit, 10 minit, setengah jam,
sehari atau seminggu.
Jika idea boleh bertahan sebulan, memang hebatlah idea
itu. Sama ada seminit atau sebulan, sesuatu idea ada jangka hayat.
Kita mesti
membuat sesuatu sebelum tarikh luput kerana selepas tarikh luput ini, idea
sudahpun tidak berguna lagi.
Saya teringat seorang profesor yang mempunyai idea
besar iaitu menubuhkan sebuah unit penyimpanan data sosial peringkat serantau
dan antarabangsa.
Semasa idea ini dibawa ke dalam mesyuarat, ramai yang tidak
setuju. Tetapi dia berfikir idea tersebut sangat bagus dan berusaha mencari
jalan merealisasikannya. Dia bertemu ramai orang untuk mengenengahkan idea ini
dan terus berusaha. Dia menetapkan masa enam bulan untuk institusi ini menjadi
kenyataan.
Kalau kita ada idea, teruskan tanpa berlengah.
No comments:
Post a Comment