Tuesday, February 17, 2015

Jangan berhenti belajar









Belajar sepanjang hayat telah menjadi trend dalam dunia pendidikan hari ini. Golongan yang suka belajar walaupun umur lebih separuh abad digelar “life-long learner” iaitu pencari ilmu sepanjang masa. 

Mereka ini mahu meneroka kemahiran baru, seronok dan senang dengan mendapat tunjuk ajar daripada orang-orang muda yang lebih bijak. 

Di tempat saya, setiap kawasan parlimen terdapat sebuah kolej komuniti yang menyediakan peluang kepada sesiapa sahaja untuk belajar kemahiran-kemahiran baru, pengalaman baru dan berjumpa rakan-rakan baru yang berbeza latar belakang. 

Ada makcik berusia 50 tahun berminat dengan kemahiran membuat roti. Dia daftarkan diri bersama rakan-rakan sekelas yang berusia 17 tahun, 25 tahun dan 40 tahun. 

Nasihat saya, janganlah berhenti belajar walaupun sudah pencen.


No comments:

Post a Comment