Saturday, February 07, 2015

Disiplin berfikir









Menjadi orang pandai berfikir tidaklah terlalu sukar. Cuma perlukan disiplin diri yang perlu dipatuhi. 

Disiplin pertama ialah cari tempat berfikir. Di mana tempat berfikir yang terbaik? Terpulang kepada kita sendiri kerana setiap orang berbeza cita rasa, berbeza cara berfikir dan berbeza masa berfikir. Ada yang suka semasa keadaan tenang, ada yang suka ketika keadaan serabut atau “last-minute”, ia mungkin di dalam rumah, dalam kereta atau dalam bilik air. 

Disiplin kedua, cari tempat untuk membentuk buah fikiran. Idea yang hebat boleh jadi nampak seperti tidak ada apa-apa selagi kita tidak menulis dan memperhalusinya. 

Dapatkan orang yang boleh menilai idea kita supaya kita boleh tahu sama ada idea kita ada potensi atau tidak. 

Kalau tidak ada orang yang bercakap tentang idea kita, maknanya kita hanya syok sendiri.


No comments:

Post a Comment