Zharfan: Assalamualaikum. Pada hari ini saya
akan menuramah seorang peniaga kecil yang berada di kawasan taman kami, Taman
Sarjana Indah yang bernama Puan Kamariah.
Zharfan: Assalamualaikum puan.
Puan Kamariah: Walaikum Salam Warahmatullahi
Wabarakaatuh.
Zharfan: Bolehkan puan ceritakan tentang latar
belakang puan khususnya dalam pendidikan, tempat tinggal dan lain-lain.
Puan Kamariah: Saya berasal dari Kampung Sungai Putat. Pendidikan saya
setakat SPM sahaja. Saya bekerja biasa
sahaja bermula daripada kerja klinik. Selepas itu sambil itu saya belajar komputer
dan menjadi kerani kerajaan. Sambil bekerja saya pun minat berniaga dan mula
memjual kerepek. Saya membeli kerepek tersebut dari Johor. Saya membungkus dan
menjual paket-paket tersebut kepada keluarga terdekat dan rakan-rakan. Selepas
itu, saya belajar membuat kuih. Selepas berumah tangga, saya berpindah ke Taman
Sarjana Muda. Ini meluaskan peluang perkerjaan dalam sektor tersebut. Kebetulan
terdapat sebuah kedai yang memberi peluang kepada saya untuk menguruskan kedai
tersebut berikutan pemilik kedai tersebut berpindah ke kedai yang lain. Oleh
itu, saya meneruskan perniagaan saya di situ. Saya mula belajar membuat nasi
lemak dan roti canai kerana permintaan yang ramai.
Zharfan: Puan belajar sendiri untuk membuat
hidangan tersebut?
Puan Kamariah: Tak la, kawan saya yang mengajar saya pada ketika itu.
Zharfan: Berapa lama Puan belajar membuat roti
canai?
Puan Kamariah: Haha... adik takkan percaya. Saya belajar dalam masa satu
hari
sahaja.
Zharfan: Sebelum mula berniaga, adakah Puan
melibatkan diri dalam persatuan keusahawanan?
Puan Kamariah: Tidak, Saya belajar sendiri sahaja.
Zharfan: Setelah melibatkan diri dalam
perniagaan, adakah ia mengubah taraf hidup Puan?
Puan Kamariah: Sememangnya. Alhamdulillah dapat membantu suami saya dalam
pengurusan rumah tangga.
Zharfan: Adakah Puan bersetuju perniagaan ini
membawa rezeki kepada Puan?
Puan Kamariah: 100%.
Zharfan: Adakah Puan fokus pada perniagaan ini
sahaja?
Puan Kamariah: Ya ini sahaja.
Zharfan: Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi
dan ditempuhi sebagai peniaga kecil?
Puan Kamariah: Sebagai seorang perempuan, saya menghadapi cabaran untuk
menyusun barang-barang ketika membuka kedai. Ketika itu, suami saya amat
membantu saya. Risiko yang ditempuhi ialah payung kedai yang mudah terbang
ketika angin kuat.
Zharfan: Adakah Puan mempunyai pembantu kedai?
Puan Kamariah: Ya, saya mempunyai dua orang pekerja. Seorang bekerja pada
waktu siang dan seorang lagi pada waktu malam.
Zharfan: Adakah Puan membuat sebarang pinjaman
untuk menguruskan
perniagaan Puan?
Puan Kamariah: Tidak, saya tidak meminta bantuan kewangan dari bank. Suami
saya membantu saya dalam urusan kewangan.
Zharfan: Siapakah model atau inspirasi yang
membuatkan Puan minat berniaga?
Puan Kamariah: Siapa-siapa yang berjaya dalam perniagaan, saya jadikan
model.
Zharfan: Kenapa Puan memilih perniagaan
makanan sedangkan terdapat pelbagai bidang perniagaan seperti perniagaan kedai
runcit, sayur dan ikan?
Puan Kamariah: Sebab utama adalah anak. Kedai ini berhampiran dengan rumah
dan sekolah. Oleh itu, senang untuk menghantar anak ke sekolah dan membawa ke
kedai.
Zharfan: Adakah Puan membina kedai makanan
ini?
Puan Kamariah: Rezeki saya kerana ketika masa itu
semua gerai-gerai payung diberi bangunan koperasi. Saya memang
beruntung.
Zharfan: Kedai ini atas nama puan ke?
Puan Kamariah: Ya. Alhamdulillah, kedai ini
atas nama saya.
Zharfan: Dalam perancangan jangka masa
panjang, adakah Puan ingin mengembangkan perniagaan Puan ke taraf yang tinggi?
Puan Kamariah: Perancangan jangka panjang
memang ada tapi buat masa ini tiada lah.
Zharfan: Untuk soalan teakhir, apakah nasihat
Puan kepada golongan muda yang sering kali terlibat dengan rempit dan perkara-perkara
negatif?
Puan Kamariah: Ianya bergantung kepada diri
masing-masing. Sekiranya inginkan hidup yang cerah, mereka tidak akan
memikirkan perkara-perkara yang negatif.
Zharfan: Terima kasih atas perbualan sebentar.
Di sini kami ingin mmenyatakan bahawa perniagaan membawa rezeki yang banyak.
Terima kasih kerana sudi untuk bertemu ramah. Insha’Allah jika ada rezeki, kami akan menjadikan Puan
Kamariah sebagai mentor untuk berniaga kelak.
Puan Kamariah: Sama-sama.
No comments:
Post a Comment