Ahli falsafah,
Bertrand Russel menyebut, “kebolehan mengekalkan konsentrasi adalah kunci
kepada pencapaian yang hebat”, manakala ahli sosiologi Robert Lynd berkata,
“ilmu pengetahuan hanya bermanfaat kepada orang yang tahu fakta mana yang patut
ditinggalkannya’.
Kedua-dua mereka menyebut tentang berfikir dengan fokus iaitu
menumpukan perhatian kepada sesuatu isu.
Banyak manfaat jika kita miliki
pemikiran fokus seperti memberi tenaga dan kekuatan ke arah pencapaian
matlamat, memberi idea untuk berkembang dengan sempurna, menjelaskan matlamat
hidup dan boleh membaiki keadaan hidup ke tahap yang lebih baik.
Contoh fikiran
fokus memberi kekuatan adalah menyelesaikan masalah matematik yang rumit,
dengan fokus, kita lebih banyak memikirkan penyelesaian.
Lebih sukar sesuatu
masalah, lebih banyak kita kena fokus.
No comments:
Post a Comment