Wawasan 2020 tidak
akan tercapai jika tiada pembangunan yang dibina. Kini, Malaysia dikenali
seantero pelosok dunia sehingga Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Malaysia sekarang sedang berlumbalumba
untuk mencapai kemajuan untuk dirasai rakyat Malaysia. Salah satu aspek yang
akan menyumbang kepada pembangunan Malaysia ialah pembangunan sosioekonomi
masyarakat Malaysia. Sosioekonomi adalah kajian hubungan antara aktiviti
ekonomi dan kehidupan sosial. Sosioekonomi begitu penting dalam memacu
pembangunan Malaysia.
Arif
Assalamualaikum, saya ingin mengambil sedikit masa
saudara untuk mendapatkan
maklumat untuk digunkan bagi melengkapkan kajian
ini. Boleh saudara terangkan
serba sedikit tentang latar belakang saudara, khususnya
nama, umur, tempat
tinggal, pendidikan dan keadaan kesihatan saudara ketika
ini?
Pengusaha
Nama saya Taufiq. Berumur 22 tahun. Saya merantau sendiri
untuk mencari
peluang perniagaan. Pada mulanya saya hanya menolong ayah
saudara. Saya
mendapat
pendidikan di SMK Dato Harun.
Arif
Adakah saudara melibatkan diri dalam persatuan atau organisasi
berkaitan
keusahawanan ataupun kemasyarakatan di tempat tinggal
saudara? Jika ada
persatuan berkenaan, adakah saudara akan melibatkan diri
dalam membina
kerjasama dengan rakan-rakan usahawan yang lain?
Pengusaha
Saya tidak pernah melibatkan diri dalam mana-mana
persatuan keusahawanan. Jika
saya ada kelapangan masa, saya mungkin akan melibatkan
diri. Saya tidak
mempunyai masa kerana sibuk menguruskan perniagaan ini.
Terdapat kekangan
masa, jika ada
masa yang terluang, saya berminat juga kerana dapat mengeratkan
hubungan dengan
rakan-rakan bisnes yang lain.
Arif
Pada pandangan saudara, sejauh mana aktiviti dalam
masyarakat dapat membantu
saudara lebih aktif untuk mengubah keadaan hidup?
Sebanyak manakah
perubahan yang saudara rasai?
Pengusaha
Aktiviti dalam masyarakat sedikit sebanyak membantu saya,
Bagi saya aktiviti
kejiranan di tempat saya tinggal banyak memberi galakan
untuk mengubah hidup
saya dengan berniaga. Mereka memberi saya motivasi untuk
meneruskan bisnes ini.
Bagi saya, hampir 50% hidup saya telah berubah kearah
yang lebih baik dan saya
ingin meningkatkan lagi peratusan tersebut.
Arif
Adakah saudara merasai perubahan keadaan hidup selepas
menyertai persatuan
masyarakat seperti menghadiri kursus-kursus berkaitan
keusahawanan atau
peningkatan kemahiran? Adakah kursus-kursus ini membantu
saudara lebih berjaya
dalam bidang
keusahawanan?
Pengusaha
Saya tidak pernah menyertai, tetapi saya berpendapat
bahawa persatuan seperti
kejiranan ini banyak membantu untuk meningkatkan
kemahiran untuk berniaga,
seperti saya beritahu sebentar tadi.
Arif
Bagaimana saudara
memulakan bisnes ini?
Pengusaha
Pada mulanya saya hanya menolong bapa saudara berniaga
burger di Ayer Keroh.
Dari pengalaman
yang saya dapat, saya mula berminat untuk membuka cawangan
gerai burger sendiri. Ketika bekerja dengan bapa saudara
saya, beliau banyak
memberi nasihat
dan tunjuk ajar untuk memulakan sesuatu perniagaan. Saya
bersyukur kerana pada mulanya saya bercadang untuk
membuka gerai sendiri,
namun bapa saudara
saya telah memberi kepercayaan kepada saya untuk
mengambil alih
terus perniagaan beliau. Hal demikian, saya hanya perlu
menambah baik perniagaan dengan berbekalkan duit yang saya simpan ketika
bekerja dibawah jagaan beliau. Sehingga kini saya telah
membuka empat cawangan
di Melaka. Untuk
membuka empat cawangan ini saya memerlukan tempoh selama
empat tahun. Saya membuka setiap cawangan satu per satu.
Arif
Adakah saudara
mempunyai pekerja untuk membantu perniagaan ini?
Pengusaha
Ya, saya ada mempunyai tujuh orang pekerja. Saya akan
menjaga gerai bersama
seorang pekerja di Ayer Keroh. Bagi pekerja lain akan
menjaga perniagaan
dicawangan yang
berasingan.
Arif
Bagaimana
saudara membantu pekerja saudara untuk mengubah hidup?
Pengusaha
Saya banyak memberi nasihat dan perangsang kepada mereka.
Saya berkongsi
pengalaman untuk membuka bisnes, bercerita tentang jatuh
bangun dalam bisnes.
Ada antara pekerja saya yang sudah berjaya membuka
perniagaan sendiri dan saya
berasa bangga kerana serba sedikit dapat membantu mereka.
Arif
Apakah
cabaran-cabaran yang dihadapi untuk mengembangkan bisnes ini?
Pengusaha
Terdapat banyak cabaran yang terpaksa dihadapi. Cabaran
yang paling besar bagi
saya ialah dari segi kewangan, keadaan sekeliling dan
juga pesaing-pesaing. Jika
kita lihat sekarang, pasaran perniagaan burger ini begitu
meluas dan saya terpaksa
bersaing dengan mereka. Jika tidak kuat semangat, memang
gulung tikar jawabnya.
Kita juga haruslah konsisten dalam perniagaan. Sebagai
contoh, waktu operasi
gerai saya ini sehingga jam 12.45 malam. Saya akan terus
membuka gerai sehingga
waktu tersebut walaupun tiada pelanggan. Untuk berjaya,
kita juga perlu jujur dan
mempunyai azam yang kental. Saya berusaha untuk membaiki
perniagaan ini
supaya bertambah maju.
Arif
Adakah saudara mendapat pembiayaan perniagaan untuk
menjalankan bisnes ini?
Adakah pembiayaan berkenaan mencukupi? Sekiranya tidak
mencukupi,
bagaimana saudara berusaha mengembangkan perniagaan ini?
Pengusaha
Tidak, saya tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana
badan semasa
membuka perniagaan ini. Semuanya saya mulakan dengan duit
saya sendiri. Saya
mendapat modal hasil daripada pertolongan keluarga dan
rakan-rakan.
Alhamdulillah, setakat ini mencukupi kerana saya mulakan
secara kecil-kecilan dan
jika ada modal lebih, barulah saya berani untuk
menambahkan perniagaan ini.
ArifAdakah saudara menerima galakan dari mana-mana pihak
untuk menyimpan
wang atau membeli aset? Pada pandangan saudara, adakah
perniagaan dapat
membantu mengubah hidup dengan memiliki aset yang lebih
banyak?
Pengusaha
Ya, saya menerima galakan daripada pelbagai pihak. Saya
bersyukur kerana ramai
yang menyokong usahawan bumiputera seperti saya. Saya
mendapat sokongan
daripada pihak MARA dan juga dari usahawan-usahawan kecil
di Melaka. Keluarga
juga banyak membantu. Ya, sudah tentu perniagaan membantu
hidup saya kerana
saya dapat menambah aset. Hal ini kerana saya dapat
menambah cawangan baru
dari tahun ke tahun. Saya juga bercadang untuk membuka dua
atau tiga lagi
cawangan baru di luar negeri Melaka tapi bukan pada masa
yang terdekat.
Arif
Pada pandangan saudara, hidup telah berubah kerana
melibatkan diri dalam
perniagaan?
Pengusaha
Ya, dengan berniaga saya dapat mengubah hidup yang dengan
sebatang kara
kepada hidup yang lebih senang. Kita juga tahu 9 dari 10
punca rezeki adalah
dengan perniagaan.
Arif
Terima kasih saudara kerana sudi berkongsi sedikit
maklumat tentang saudara dan
perniagaan saudara. Saya berdoa dan berharap cita-cita
saudara untuk
memngembangkan perniagaan akan berjaya.
Pengusaha
Sama-sama.
No comments:
Post a Comment