Monday, February 16, 2015

Fatimah gadis desa srikandi bangsa






Penulis: Fauziah Fadzil
Tahun: 2009
Penerbit: MPH Group Publishing Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor.
Muka Surat: 269

Buku ini melakar profil seorang srikandi Melayu bernama Datuk Datin Paduka Hajjah Fatimah binti Hj Abdul Majid. Beliau merupakan seorang anak gadis desa yang terpaksa mengorbankan zaman kanak-kanak demi kesejahteraan keluarga tercinta.

Kejayaan demi kejayaan dicapai dalam pelbagai bidang yang melibatkan pencapaian wanita buat pertama kalinya. Dalam era di mana kemajuan wanita sangat terhad dan terbatas, beliau berjaya merentasi jurang perbezaan dan sekali gus telah mengangkat martabat kaum wanita di mata masyarakat. Keberanian beliau pula amat dikagumi dan sukar dicari ganti.

Asam garam kehidupan telah menjadikan beliau seorang wanita cekal yang harus dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.

Pengalaman, semangat dan nasihat beliau yang terkandung dalam naskah ini dapat dihayati dan dijadikan pedoman, perangsang dan dorongan kepada pembaca khususnya golongan muda.

No comments:

Post a Comment