Seorang pemimpin Pulau Pinang mengeluarkan
kritikan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana tidak senang
dengan kandungan yang meminta wanita muslim menutup aurat untuk mengelak dari
dirogol.
Chong
Eng, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau
Pinang dan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Komuniti serta Kesenian menuduh Jais menyediakan maklumat salah
tentang rogol dalam teks khutbah Jumaat. Beliau melihat teks khutbah berkenaan
sebagai usaha mengalih kesalahan dan
tanggungjawab mencegah jenayah seksual terhadap mangsa dan bukannya pelaku.
Ini
kali kedua seorang bukan Islam berminat dengan khutbah Jumaat selepas Eric Paulsen
membuat tuduhan terhadap Jakim, juga berkaitan khutbah Jumaat.
Tidaklah
menghairankan bagi bukan Islam yang begitu prihatin dengan Islam sama ada di
Malaysia atau luar negara. Mereka ingin tahu banyak perkara berkaitan Islam
namun tidak mendapat panduan yang betul sehingga membuat tafsiran yang salah dan
mengelirukan. Bukan mereka sahaja yang keliru malah mengelirukan orang lain
juga.
Isu
Chong Eng sangat menarik perhatian saya memandangkan beliau seorang pemimpin
negeri yang bertanggungjawab ke atas perkembangan belia dan pembangunan
keluarga di Pulau Pinang. Pemikiran dan tindakannya sudah tentu memberi
pengaruh khususnya pemikiran belia yang pelbagai latar belakang.
Kritikannya
terhadap kandungan khutbah Jumaat sudah dianggap sebagai melampaui sempadan dan
tindakannya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Kita wajar memberikan
penjelasan supaya masyarakat tidak keliru dan memandang rendah terhadap
kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita Islam.
Kita
boleh melayari Youtube untuk
mengetahui kenapa wanita yang menjadi Islam di Amerika Syarikat, Australia, Perancis
dan Sepanyol memilih untuk menutup aurat mereka berbanding sebelum menjadi
seorang Islam. Antaranyanya adalah Yvone Ridley, Lauren Booth, Jennifer Grout dan Kristine Baker.
Banyak
jawapan kepada soalan Ching Eng berkaitan menutup aurat.
Ahmad Deedat, seorang pendakwah yang sering dijemput membincangkan perbandingan agama
Islam dan kristian turut ditanya kenapa seorang wanita Islam perlu menutup
aurat.
Seorang
wanita kristian melihat menutup aurat sebagai satu bentuk paksanaan dan
penindasan. Soalannya berbunyi begini, “Saya diberitahu bahawa wanita Islam
memakai tudung kerana dengan cara ini lelaki akan melayan mereka dengan hormat
tetapi saya melihat pemakaian tudung adalah satu bentuk penindasan. Kerana apa
mereka harus menutup diri mereka? Bukankah mereka harus dihormati (walau tidak
bertudung)? Tolong terangkan dan apakah Maryam juga memakai tudung?”
Ahmad
Deedat bangun dan terus menjawab.
“Puan...
puan, kitab Injil menyebut ...Paul... Paul,... memberitahu kamu: wanita harus
menutup kepala mereka. Wanita yang tidak menutup kepala mereka...cukur
kepalanya! Injil kamu yang berkata begitu. Wanita yang mendedahkan rambutnya,
cukur kepalanya sampai botak. Itu yang dikatakan dalam Injil. Dan kaum wanita,
kata Injil: Dia tidak dibenarkan untuk bersuara dalam gereja tetapi gereja kamu
percaya semua itu dan kamu semua tidak percayakannya. Jadi, kamu mengundang
masalah. Kamu tahu... kerana ini, di Amerika, di New York, tidak ada wanita
yang akan selamat selepas malam, tiada wanita yang selamat di Perancis. Siang
hari wanita telah dirogol di jalanan dan masyarakat tidak mempedulikannya dengan
anggapan mereka sedang berseronok. Wanita dirogol kamu mengundangnya.
“Lihat
kesopanan ini. Biarawati gereja Roman Khatolik, tidak ada yang melihat mereka
untuk kali kedua tetapi puan...wanita yang terdapat di pantai Gold Coast dan
Scarborough (Australia) dan semuanya...yang memakai bikini, tanga dan G-string,
ia menarik perhatian, bahkan orang tua seperti saya. Jika saya ke sana, saya
beritahu kamu...saya akan ‘terbakar’ dari dalam badan.
“Saya
beritahu kamu, inilah sifat lelaki. Tuhan ciptakan lelaki seperti itu. Perkara
yang paling menarik perhatian lelaki yang wujud di atas dunia adalah wanita.
Al-quran mengatakannya dalam surah Ali Imran ayat ke-14 yang bermaksud: Dihiaskan
(dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini
nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang
bertimbun-timbun dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi
terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu
adalah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat
kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).
Kesukaan
kepada benda-benda yang diingini nafsu. Pertama wanita, dua anak-anak dan
ketiga harta benda yang banyak”.
Seorang
wanita Islam Amerika, Aminah Assilmi turut ditanya berkaitan menutup aurat.
Jawapannya logik dan memuaskan. Bagi beliau, wanita Islam menutup aurat kerana
mereka dapat dikenal pasti dan diiktiraf. Menutup aurat kerana bangga sebagai
seorang Islam, boleh dipercayai, bukannya objek mainan dan refleksi nilai-nilai
Islam. Aminah berkata kejadian rogol bukannya berkaitan dengan tarikan seksual
sebaliknya melihat rogol sebagai keganasan, kebencian dan dominasi. Berlindung
dari keganasan ini terletak pada sikap dan di sinilah pentingnya mempunyai
nilai-nilai Islam, beritahu pada orang lain yang kita ada nilai-nilai ini supaya
mereka tahu dan hormat.
Stephanie Londono, penyelidik dari Florida International University berkata al-quran
mengajar wanita Islam dengan tepat bagaimana berpakaian, apa yang patut
dipakai, di mana patut berjalan, apa yang patut dimakan, bagaimana bertingkah
laku dan bila masanya hendak bersolat. Kajiannya terhadap wanita Latin yang beragama
Islam menunjukkan pemakaian tudung dan berpakaian menutup aurat adalah lambang
identiti yang hebat bagi mereka.
Kesimpulannya,
menutup aurat bagi Islam Islam menunjukkan mereka dihormati dan berbeza daripada
wanita bukan Islam. Hantarkan mesej ini kepada Chong Eng supaya dia tahu yang wanita
Islam ada identiti dan bukannya boleh dipandang rendah.
No comments:
Post a Comment