Facebook? Sudah tentu. Buku? Tidak sekali. Permainan video?
Sudah pasti. Sukan? Jangan harap. Kepantasan? Ya. Sabar? Tak banyaklah.
Semua ini, dalam ayat yang
mudah adalah kehidupan ‘Generasi Z’ yang dicirikan dengan makna kebebasan,
keras kepala, pragmatik dan sentiasa inginkan kesegeraan.
Ketika ini dianggarkan
Generasi Z berjumlah dua bilion orang, lahir selepas tahun 1995, menyedari
dunia tanpa internet adalah suatu yang sukar. Kehidupan mereka sangat jauh beza
daripada generasi sebelumnya iaitu Generasi X dan Generasi Y, berbeza dari segi
harapan, impian dan perspektif terhadap moral.
Mereka dihubungkan ke dalam
dunia digital. Ahli akademik menggelar mereka sebagai mutasi. Beberapa ciri dan
tabiat Generasi Z telah dikenal pasti.
Kehidupan seharian
Generasi Z mahukan
serba-serbi, mahu berada di mana-mana sahaja dan pantas. Mereka melayari
internet dengan dua paparan skrin sekali gus. Mereka juga tidak keberatan untuk
membayar harga sebuah telefon pintar edisi terkini tetapi berkira-kira untuk
membeli tiket bagi menonton sebuah filem atau lagu yang boleh diperolehi secara
percuma dalam talian.
Golongan ini berumur antara
13 hingga 20 tahun, mengikuti semua trend semasa dari media sosial dan melihat
moral generasi sebelumnya tidak lagi sesuai.
Fesyen mereka pula boleh
didapati dari laman sesawang, menonton filem hebat keluaran Amerika seperti ‘Hunger
Games’ atau ‘Divergent’, menghayati lagu dari kumpulan K-pop Korea dan apabila
menari, mereka ‘twerk’ iaitu aksi tarian provokatif secara seksual yang
melibatkan gerakan pinggul ke atas dan bawah seolah-olah seperti mencangkung.
Apabila mereka bercakap, perbendaharaan
kata dipenuhi dengan akronim dan tidak difahami oleh mereka yang tidak tahu.
Idola baru mereka adalah ‘PewDiePie’ seorang sensasi di Youtube.
Rakan-rakan
Generasi Z lebih mudah
berkomunikasi dalam talian berbanding bersemuka. Rakan-rakan mereka di media
sosial lebih penting dalam kehidupan sebenar namun kadangkala berjumpa juga
dengan rakan-rakan maya ini.
Lapan per sepuluh mempunyai
hubungan dan pautan ke jaringan sosial serta lebih daripada separuh berfikir di
sinilah kehidupan sosial yang sebenar. Mereka mengenali laman sesawang dari
umur 16 tahun, malah ada yang bermula sebelum daripada umur tersebut.
Apa yang mereka tahu?
Biarpun muda, Generasi Z merasakan
banyak teknologi telah ketinggalan masa. Justeru, mereka menjadi ‘pendidik diri
sendiri’ yang muktamad, belajar menggunakan perkara-perkara baru melalui video
hasil sendiri di Youtube. Selain itu, elemen keganasan dan lucah sudah biasa
dilihat di internet.
Apa yang mereka lihat?
Perunding Sparks & Honey
menganggarkan secara purata Generasi Z memperuntukkan masa lebih daripada tiga
jam sehari di hadapan skrin. Hidup mereka dalam situasi ‘FOMO- fear of
missing out’ iaitu takut ketinggalan. Mereka tidak dapat duduk senang hati
jika tidak berada dalam lingkaran sesuatu trend atau isu apabila muncul sesuatu
yang baru dan menghiburkan.
Facebook dianggap racun kehidupan. Memuat naik gambar di Instagram
dan mesej pantas di Snapchart. Twitter dan Tumblr sentiasa
aktif di mana-mana.
Blog video (vlog) muncul
kerana mereka berharap dapat menjadi ‘Fred’ iaitu Lucas Cruikshank yang seterusnya
selepas mencipta nama pada usia 13 tahun.
Setiap orang dalam Generasi Z
berupaya melayari internet semasa menonton televisyen dan mereka fikir pelbagai
perkara iaitu setiap perkara adalah satu kemungkinan melalui teknologi. Namun
mereka memiliki tumpuan yang singkat dan cenderung bertabiat membaca sepintas
lalu, keadaan ini boleh menyebabkan mereka sukar belajar di sekolah.
Kerja
Lima puluh peratus
bercita-cita membentuk syarikat sendiri dan 72 peratus lagi mahu menjalankan
perniagaan. Idea perniagaan dilihat negatif seperti rumit, kejam dan umpama
dalam hutan. Mereka percaya kejayaan lahir daripada ‘jaringan’ berbanding
kelayakan akademik dan memilih organisasi mendatar berbanding hierarki di
tempat kerja. Mereka mahu berjaya dan mencapai sasaran dan berharap dapat
jadikan hobi sebagai satu bentuk perniagaan.
Masa hadapan Generasi Z
Gerombolan ini merupakan
anak-anak yang sedang menghadapi krisis yang diperlihatkan melalui penampilan.
Kebanyakan daripada mereka tertekan dengan apa yang dilihat sebagai masa
hadapan yang suram terutamanya dari segi ekonomi dan alam sekitar. Jika diberi
bayaran gaji yang sama, 25 peratus Generasi Z di Perancis memilih syarikat ‘paling
menggembirakan’, 22 peratus memilih syarikat ‘paling inovatif’ dan 21 peratus
memilih syarikat ‘paling beretika’.
Tetapi seperti mana-mana
generasi idealistik, mereka ingin mengubah dunia dan suka idea kerja-kerja
sukarela sepertimana yang dilakukan oleh satu per empat daripada remaja rakyat
Amerika yang telah melakukanya.
No comments:
Post a Comment