Tidak kira
bagaimana latar belakang hidup kita, berasal dari keluarga berada ataupun
tidak, pelajaran tinggi atau rendah, maknanya tidak kira siapa dan bagaimana
keadaan kita, kita boleh menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya.
Tekad ini mesti ditanam dalam fikiran setiap masa supaya kita tahu bahawa masa
hadapan adalah lebih baik.
Seorang penulis, David Schwartz berkata, “Kejayaan
seseorang tidak diukur dengan wang ringgit ataupun bilangan ijazah yang
dimiliki ataupun asal-usul keluarga tetapi daripada segi saiz pemikirannya”.
Pemikiran “big picture” mampu memberi manfaat kepada kerjaya kita atau sesiapa
sahaja yang berani berfikir begitu.
Apabila pemimpin syarikat telekomunikasi
mengingatkan pekerjanya mengenai kepentingan hubungan pelanggan, dia memberi
perhatian kepada “big picture” supaya bisnes mereka lebih maju.
No comments:
Post a Comment