Thursday, November 27, 2014

Kenali diri, kenali kerjaya








Pekerjaan adalah identiti kita, siapa kita dan bagaimana kita mendefinisikan diri kita. Seseorang lelaki yang berjalan tegak, rambut pendek, gerakan pantas dan beruniform, kita kenal dia seorang anggota keselamatan. 

Seorang wanita yang sabar dengan kerenah orang, beruniform putih dan kadang-kadang tugasannya memenatkan, kita mengenalinya sebagai jururawat. 

Setiap orang lebih mudah dikenali watak dan peribadi melalui jenis pekerjaan. Oleh kerana itulah penting memilih pekerjaan yang sesuai dengan minat dan watak kita supaya kita betul-betul menikmati bidang tugas kita. 

Sejak dari sekolah lagi kita boleh memupuk kecenderungan kerjaya melalui pemilihan mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum. 

Kenali diri kita, kenali kerjaya kita.


No comments:

Post a Comment