Umumnya kita bekerja lapan jam sehari, menjadikan tempat kerja kita umpama rumah kedua. Rakan-rakan sekerja umpama adik-beradik dalam keluarga besar. Kadang-kadang mereka dianggap sebagai saudara sendiri.
Namun ada masanya kita mungkin
bermasam muka dan mengambil sikap bermusuhan apabila tidak gemar dengan sesuatu
isu, menimbulkan dendam berpanjangan. Ada orang yang sukar memaafkan orang lain
dan ada pula yang begitu mudah memaafkan.
Bagaimana kita boleh mengatasi
perkara ini?
Seorang pekerja sosial bertanya kepada seorang guru wanita tentang
pengalamannya bekerja dengan bos yang fikirannya agak tertutup dan bersikap
negatif kepada guru-gurunya. Jawapan beliau mudah sahaja iaitu “Saya mendoakan
dia. Sukar untuk kita tidak suka kepada orang yang kita doakan”.
Jadi,
selalulah berdoa untuk rakan-rakan kita.
No comments:
Post a Comment