Kita perlu jelas
salah faham yang agak banyak tentang semangat. Semangat tidak sama dengan
bersuara lantang dan menggemparkan.
Semangat bukannya kita mengetuk meja,
terlompat-lompat atau bertindak tanpa berfikir. Semangat adalah perasaan
dalaman, keinginan untuk bergerak dan bertindak mempercayai perkara yang kita
lakukan dan mahu mendapatkan sesuatu kejayaan.
Semangat lebih mudah dicapai
apabila kita memiliki matlamat sebenar dalam hidup.
Sekiranya kita tidak ada
semangat, mustahil kita dapat mengalirkan semangat itu kepada orang lain.
Dengan memiliki semangat, kita hampir dapat menjamin kejayaan. Agak sukar
menerima kenyataan ini tetapi banyak orang yang sudah mengalaminya.
No comments:
Post a Comment