Kita suka sekali
membaca dan menghayati kata-kata yang memberi makna kepada hidup kita, malah
kadang-kadang kita berkongsi dengan rakan-rakan. Hadis juga sangat baik untuk
kita berkongsi makna dengan rakan-rakan.
Ungkapan dan kata-kata yang baik ini
dapat mengubah cara kita melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza.
Apabila kata-kata yang baik dan ikhlas sampai ke hati, ia mampu menukar yang
buruk menjadi baik, yang hodoh menjadi indah, yang busuk menjadi wangi dan yang
rendah menjadi tinggi darjatnya.
Kata-kata ini memiliki sejumlah tenaga yang
menggetarkan hati dan mendorong kepada perubahan.
Sebab itulah kalau kita
hendak menegur, mengkritik atau menzahirkan rasa tidak puas hati, pilih dan
gunakan perkataan yang baik-baik kerana tenaga dari perkataan-perkataan ini
boleh mengubah pemikiran orang lain.
No comments:
Post a Comment