Wednesday, November 26, 2014

Cuba dulu baru tahu




 



Saya pernah mendengar seorang staf di pejabat bercerita tentang keaa-kata perangsang ketika dia diberi tugasan yang mencabar. Kata-kata tersebut berbunyi, “Jangan kata tak boleh, cuba dulu”. 

Selalunya bos dia berkata begitu apabila mahu memujuk pekerjanya melakukan tugasan yang tidak biasa dilakukan. 

Seseorang perlu memberi semangat kepada kita untuk terus bertahan dan tidak mengalah. Sebab itulah penting menemui seseorang yang mengambil berat tentang diri kita supaya ada orang yang boleh menjaga kita, menyedarkan kita ketika tersasar, menarik kita kembali ke landasan apabila menyimpang dan memberi inspirasi ketika kita merasakan hidup sudah tidak ada erti lagi. 

Carilah orang-orang ini, mereka mungkin lebih senior, rakan sebaya atau junior kita. Mereka juga mungkin orang besar atau mungkin orang biasa.




No comments:

Post a Comment