Wednesday, November 19, 2014

Reaksi positif, memori positif








Saya mencari masa untuk mengkaji nilai-nilai luhur yang ada dalam diri manusia seperti sifat syukur, hormat, sabar dan beriman. 

Namun apakah yang menyebabkan sesetengah orang lebih mampu bersabar berbanding orang lain? 

Bagaimana sesetengah orang mampu menangkis cabaran-cabaran dalam hidup mereka walaupun cabaran itu datang umpama ombak? 

Mengapakah sesetengah orang kelihatan lebih bertenaga, bersemangat dan masih mampu tersenyum ketika kecewa dan sedih silih berganti? 

Kajian saintifik menyerlahkan bahawa sikap yang positif memberi manfaat dan hasil yang dapat diukur. Orang yang memberi reaksi positif dan bersyukur mempunyai kehidupan yang lebih baik dan lebih banyak memori yang positif.



No comments:

Post a Comment