Saturday, November 22, 2014

Bersaing lebih baik







Persaingan menjadikan kita lebih kuat, kreatif dan bersemangat untuk menjadi juara atau “champion”. Kita lebih senang kalau tidak ada persaingan tetapi tanpa persaingan, kejayaan tidak ada makna yang besar. 

Cuba kita lihat bagaimana syarikat korporat yang bersaing mendapatkan kontrak jutaan ringgit menggunakan kekuatan modal, sumber manusia dan azam mahu berjaya semasa menghantar borang tender mereka. 

Cuba liha pula persaingan melahirkan anak-anak yang bergelar “hafiz atau hafizah al-uran” menjadikan pusat tahfiz semakin mendapat sambutan. 

Cuba lihat pula bagaimana persaingan mendapat keputusan cemerlang menjadikan pusat bimbingan akademik atau tuisyen mendapat sambutan. 

Jangan elak daripada bersaing tetapi hadapi persaingan dengan berani.



No comments:

Post a Comment