Tuesday, November 04, 2014

Sikap positif kunci kejayaan








Sikap positif bukan sekadar penting dalam bisnes sebaliknya menjadi kunci utama kepada pembinaan kerjaya yang hebat. 

Untuk mengejar jawatan yang lebih tinggi, tidak perlu memijak kepala orang lain kerana tindakan seperti itu tidak akan dilupai. Andainya tersandung, orang lain hanya memerhati dia terjatuh sendiri. 

Saya lebih percaya dan meyakini bahawa jika kita berusaha memberi dorongan kepada rakan-rakan untuk menjadi hebat, mereka tidak akan segan silu menolak kita ke arah kejayaan, menolak ke atas sedikit demi sedikit. 

Saya sendiri berasa kasihan kepada mereka yang menggunakan pendekatan kasar untuk berjaya. Jika cara ini memberi kejayaan, dia hanya boleh senyum dalam  dua hingga tiga minit, selepas itu barulah disedari bahawa musuhnya semakin ramai.



No comments:

Post a Comment