Thursday, November 13, 2014

Ubah cara fikir








“Ubah cara pemikiran kamu dan kamu akan mengubah dunia”. 

Ayat ini memang cukup mudah dan ringkas tetapi amat berpengaruh. Ia boleh menjadi mantera untuk menghadapi masa-masa sukar, menerima keputusan yang mendukacitakan atau gagal mencapai matlamat yang ingin dicapai. 

Mengulang-ngulang ayat ini membantu kita mengambil tindakan secara fizikal bagi mengubah nasib diri ke arah yang lebih positif dan produktif. 

Tambahkan maklumat dan pelajari teknik untuk mengubah pemikiran supaya kita boleh mengawal fikiran dan sedikit demi sedikit menjadikan kehidupan berada dalam kawalan kita.



No comments:

Post a Comment