Sunday, November 09, 2014

Bina semangat







Tarikan semangat sangat luar biasa. 

Sekiranya semangat dapat menjadikan sekelompok saintis mengetepikan logik sains, bayangkan bagaimana halnya apabila seseorang bercakap tentang perkara yang masuk akal? 

Semangat umpama ombak iaitu berjangkit, boleh membuatkan orang lain memberi tindak balas. Di mana-mana sahaja sama ada di dalam kelas, ketika bermesyuarat atau ketika makan. 

Sekiranya DJ radio tidak bersemangat hendak bercakap dengan pendengar, jangan harap pendengar akan memutar ke stesen pilihan mereka. 

Sekiranya guru-guru kurang semangat hendak mengajar, sudah pasti pelajar-pelajar pun mendapat semangat yang sama. Cara mudah yang membuatkan orang lain bersemangat dengan idea, projek ataupun tawaran kita adalah dengan semangat kita. 

Tunjukkan semangat yang kita yang ada pada kita.




No comments:

Post a Comment