Sama ada kita boleh pergi lebih jauh atau tidak, bergantung kepada bentuk pemikiran atau mindset yang ada dalam minda kita.
Seorang pelajar doktor falsafah mampu menyempurnakan pengajiannya atau tidak
bergantung kepada sejauhmana mindset positif
yang mendorongnya untuk bergraduat.
Kejayaan seseorang tidak bergantung kepada
apa yang rakan-rakannya fikir atau percaya tetapi bergantung pada apa yang dia
fikir patut lakukan. Ubah cara fikir, walaupun sedikit sudah tentu mengubah
cara bertindak.
Oleh sebab itulah kita perlu sentiasa berfikir, mencari
penyelesaian dan melihat untuk mendapatkan idea atau bertanya untuk mencari
kaedah terbaik menyelesaikan sesuatu perkara.
Saya yakin sekolah dan universiti
ada diterapkan cara berfikir dalam subjek “critical thinking” supaya pelajar-pelajar
berfikir untuk kebaikan hidup mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment