Thursday, November 06, 2014

Gagal kerana fikirkan gagal








Kebanyakan daripada kita menghabiskan banyak masa memikirkan perkara yang tidak akan pernah berlaku. Hakikatnya banyak perkara yang merisaukan kita tidak pernah pun berlaku. 

Ahli falsafah Perancis, Mantaigne berkata, “Hidup saya sesat dengan nasib malang yang dahsyat, kebanyakannya tidak pernah berlaku pun”. 

Dengan bertanyakan kepada diri sendiri satu soalan dan tumpukan perhatian kepada jawapan, kita dapat menyingkirkan sebab-musabab yang membuatkan kita risau. 

Apabila berada dalam kapal terbang, kita risau, apabila membawa kereta, kita risau. 

Faktanya ialah kemungkinan berlakunya kemalangan kapal terbang mungkin satu dalam seribu. Kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya mungkin satu dalam 500. 

Sama ada naik kapal terbang atau naik kereta, ia bukanlah satu yang membimbangkan.


No comments:

Post a Comment