Saturday, January 31, 2009

Konsep bangsa (2)

Bagaimana kita dapat membezakan istilah bangsa, etnik, kaum atau rumpun sekelompok manusia yang mempunyai penampilan yang sama tetapi mengamalkan cara fikir, sikap dan tingkah laku yang berlainan sama sekali?

Contohnya, di negara-negara Amerika Latin, penduduk keturunan Indian memakai pakaian, mengamalkan cara hidup dan berbahasa Sepanyol atau Portugis akan dikenali sebagai mestizo (bangsa campuran) tanpa mengambil kira asal keturunan atau penampilan fizikal mereka. Sebaliknya berlaku di Amerika Syarikat di mana Indian di situ dikelaskan kepada sekurang-kurangnya tiga ciri berikut iaitu: 1) berdaftar dengan mana-mana kumpulan asli yang sah dan dipersetujui, 2) diterima secara umum oleh kelompok Indian, 3) berupaya bercakap dalam bahasa Indian, 4) menunjukkan simbol-simbol kesenian atau menggunakan teknik orang Indian semasa bertani dan berburu, 5) memiliki harta persendirian di kawasan yang telah dinyatakan, dan 6) penduduk di daerah penempatan Indian.

Tidak hanya bagi Indian di benua Amerika, masalah takrifan sesuatu bangsa juga dihadapi oleh sesebuah negara yang didiami oleh masayarakat berbilang bangsa. Bagi mengelakkan ralat dalam menghuraikan konotasi bangsa, ahli sosiologi lebih cenderung menggunakan istilah minoriti, warganegara, kumpulan etnik dan sebagainya merujuk kepada sesuatu bangsa di sesebuah negara.

Kesukaran memberi definisi bangsa yang tepat adalah kerana perbezaan di antara ciri-ciri biologi dan keturunan tidak diberi penjelasan yang menyeluruh.

Kehadiran sesebuah kelompok masyarakat dibentuk oleh persekitaran politik, pemilihan agama, aktiviti harian dan keupayaan untuk belajar dengan cepat. Setiap individu belajar untuk memudahkannya mengendali hidup dan menjadikan kumpulan yang dipilih untuk bergabung sebagai model paling penting.

Seorang kanak-kanak berbangsa Jepun yang tinggal di Amerika Syarikat akan membesar dengan Super Bowl, bola keranjang, bola lisut dan poker. Dia juga fasih berbahasa Inggeris, mengamalkan cara hidup dan budaya Amerika dan berbangga menjadi sebahagian daripada masyarakat Amerika. Dari seorang yang berketurunan Asia, kini dia memiliki pengetahuan, kepercayaan, sikap, tradisi dan nilai Amerika.

Sebaik sahaja seseorang atau sesebuah komuniti menerima tradisi, nilai dan cara hidup yang baru, mereka akan mula menyiapkan diri untuk melaksanakannya secara langsung dan berkala. Pada masa yang sama, melakukan proses indoktrinisasi ke atas tingkah laku yang dapat diterima dan bersifat semula jadi.

Bagi menghuraikan fenomena ini, saintis sosial menggunakan istilah budaya untuk menerangkan corak tingkah laku yang menunjukkan ciri-ciri sesuatu kumpulan.

Budaya sangat kompleks dan seseorang tidak menjadi salinan karbon kepada ciri-ciri budaya yang baru dikuasainya. Hanya sebahagian kecil budaya berkenaan diikuti sepenuhnya manakala yang lainnya tidak. Masyarakat Melayu Islam di Selatan Thailand tidak pun memilih agama Buddha sebagai sebahagian daripada proses asimilasi, cuma belajar bahasa Siam dan menguasai masakan Thai yang enak. Orang Arab akan memeluk dan berjabat tangan apabila berjumpa dengan tetamu, ada kalanya mengucup pipi namun budaya ini amat berbeza bagi orang Barat kerana mereka lebih selesa dengan hanya berjabat tangan. Namun sebaik sahaja mereka ke Arab Saudi atau Jordan, budaya berkenaan secara automatik akan diikuti walaupun dengan terpaksa.

Akhirnya, kita menuju ke satu arah di mana kita mewarisi, bukannya belajar. Kita mempunyai jenis-jenis darah tertentu yang tidak boleh dipilih. Kita juga tidak perlu berfikir untuk bersin, mengerdip mata atau membuatkan jantung bergerak mengikut rentak sendiri. Tidak juga dapat mengawal bilangan pigmen pada kulit yang menentukan hitam atau putih, jenis rambut di atas kepala, ketinggian hidung atau warna anak mata.

Semuanya adalah ciri-ciri yang diwarisi daripada kedua ibu bapa kita kerana faktor genetik telah menentukan watak seseorang, selain bergantung pada persekitaran dalaman dan luaran serta pengalaman-pengalaman yang dilalui.

Ciri-ciri budaya boleh bertukar-tukar sepanjang masa. Bagaimanapun ianya bukanlah senang tetapi boleh dilakukan. Seseorang mungkin belajar bahasa baru dan lupa bahasa yang dituturkan ketika kanak-kanak, dia juga boleh mengamalkan kepercayaan baru apabila bertukar agama dan menukar kewarganegaraan beberapa kali.

Sesuatu personaliti yang ada pada setiap orang adalah produk daripada beberapa faktor seperti persekitaran fizikal dibesarkan, ciri-ciri biologi yang dibawa melalui ibu dan bapa, budaya masyarakat tempat lahir dan keunikan pengalaman.

Kemanusiaan boleh menyerap dan menyerlahkan pelbagai kualiti dan traits yang tidak ada had. Mereka boleh bergabung dengan mana-mana kumpulan yang mempunyai kepercayaan yang sama seperti agama, politik, status ekonomi, bahasa atau jenis pekerjaan. Dalam dunia akademik, universiti memperkenalkan beberapa kriteria untuk membezakan tahap keilmuan sesama tenaga pengajar, begitu juga dengan pasukan keselamatan tentera dan polis manakala pegawai perubatan, peniaga, ahli psikologi dan politik akan memilih traits yang sesuai dengan latar belakang masing-masing.

Dalam kalangan saintis sosial, menyelesaikan definisi bangsa bukannya dengan membincangkan perkataan tersebut sebaliknya terhad pada ciri-ciri biologi seseorang. Salah satu definisi bangsa yang dikemukakan oleh Krogman dalam buku The Concept of Race ialah:


Bangsa merupakan sub kumpulan orang yang memiliki ciri-ciri kombinasi fizikal asal-usul genetik. Kombinasi ini membezakan sesuatu sub kumpulan tersebut daripada yang lain. Kombinasi apabila terdapat perubahan pada keturunan dan sub kumpulan yang mendiami sesuatu kawasan.

Memahami bangsa daripada perspektif biologi adalah lebih mudah disuarakan berbanding realiti yang sebenar. Manusia pada awal kejadiannya dibezakan berdasarkan iman dan fasiq, merdeka dan hamba, bertamadun dan liar.

Idea mengkelaskan bangsa-bangsa berdasarkan warna kulit, jenis rambut dan lain-lain perwatakan biologi yang dinamakan ‘bangsa’ ini lebih cenderung pada amalan masyarakat era moden. Ini kerana asal-usul istilah bangsa itu tidak diketahui dari mana. Namun ada yang beranggapan ia dari perkataan Chez iaitu raz yang bererti arteri atau darah. Terdapat juga yang menyamakannya dengan generatio dari bahasa Latin dan generace dari bahasa Perancis lama. Perkataan arraca atau arraze dari Basque yang membawa maksud haiwan jantan yang bertatahkan permata. Sebahagian lagi merujuk pada bahasa Sepanyol iaitu ras yang diambil dari perkataan Arab membawa maksud ketua atau asal-usul.


*Keterangan gambar: Dari kiri Bethuel Kinyanjui Kinuthia (Kenya), Dr Ichiro (Jepun), Asokkumar (Malaysia) dan Tin Htoo Naing (Mynmar)

Friday, January 30, 2009

Mengenal Yahudi

Negara haram Israel tidak akan berkekalan

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Musa as sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

‘Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.’

Kejahatan bangsa Yahudi menurut al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan ke atas Yahudi sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Firaun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya.

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat 4 hingga 8 yang bermaksud:

'Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.’

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan ke atas Yahudi selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai.

Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang Yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh.

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku ke atas golongan Yahudi:

·Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
·Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
·Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
·Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
·Di Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
·Di Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
·Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
·Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
·Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
·Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalan raya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:

·Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
·Allah SWT menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
·Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
·Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin oleh rejim haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Lagu Palestin oleh kumpulan nasyid El Suraya menggambarkan sifat Yahudi yang ganas, buas, bengis dan kejam. Sifat-sifat ini tidak ada pada manusia lain kecuali Yahudi. Wlaupun lirik lagu ini nampak ringkas, namun ia cikup menggambarkan betapa zalim Yahudi ini ke atas rakyat Palestin. Walaupun Yahudi mengaku bahawa mereka sebagai umat pilihan dan mengaku pula sebagai bangsa beradab, mereka tidak segan silu merosakkan Masjid Aqsa dengan cara yang sungguh biadab. Lirik lagu tersebut berbunyi begini:

'mayat-mayat terbujur di tepi jalan raya, orang tua yang uzur, anak-anak tak berdaya
pria dan wanita, gadis muda remaja, mereka turut gugur sebagai bunga bangsa

rakyat Palestin terus diancam oleh insan yang bengis, berbagai ragam tindakan kejam Yahudi dan Phallangis
Palestin dibuat seperti binatang sembelihan, dibunuh disakiti tanpa belas kasihan

mereka tak perduli walau dunia mengecam, begitulah Yahudi ganas, buas, bengis, kejam
inikah ciri bangsa yang mengaku beradab, merosak Masjid Aqsa dengan cara biadab

ingatlah suatu masa, pagi ataupun petang, balasan akan tiba, kutukan pasti datang
kepada manusia, Tuhan telah katakan, insan yang aniaya pasti dapat kutukan

palestin, palestin, palestin ... ro’akallah'

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

‘Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi.’

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

Sumber: darulnuman.com, imeem.com

Membaca dengan kaedah fonik







Fonik adalah satu kaedah pengajaran membaca yang sentiasa mendapat perhatian. Kaedah ini menekankan bunyi huruf.

Bunyi huruf konsonan ialah b c d f g h j k l m n p q r s t v w x y z. Manakala huruf vokal ialah a e i o u.
Fonik adalah siri peraturan di mana kanak-kanak mengingat dan menggunakannya apabila bertemu dengan perkataan-perkataan baru.

Kanak-kanak didedahkan dengan peraturan tertentu seperti menyebut huruf ‘u’ dengan bunyi u (muncungkan bibir) bukannya ‘yu’. Kemudian mereka diminta menyebut dan menulis ‘u’ berulang kali sehingga dapat menggabungkan huruf dan bunyi serentak.

Kadangkala pengulangan bunyi perkataan tidak begitu menyeronokkan seperti ‘ali lari cari ubi.’ Walau bagaimanapun ia membuatkan kanak-kanak berikhtiar untuk mempraktikkan bacaan.

Masalah paling utama dalam kaedah fonik ialah kanak-kanak yang sedang belajar mengingat dengan pendekatan fonik tidak berupaya mengaplikasi kaedah berkenaan apabila membaca bahan bercetak.

Fonik mesti diajar dalam cara yang membenarkan kanak-kanak boleh menggunakannya sebaik sahaja diperkenalkan kepada mereka. Setiap kali bunyi baru diajar, mereka patut diberi bahan bacaan terpilih sebagai pengukuhan.

Kanak-kanak tidak mampu membaca tanpa pengetahuan yang baik dalam fonik. Jika mereka tahu peraturan-peraturan fonik, sudah pasti mereka dapat membaca dengan lancar.

Thursday, January 29, 2009

Usahawan jahitan sut

Menjahit dikaitkan dengan wanita tetapi dalam industri jahitan profesional, golongan lelaki lebih menonjol. Lord's Tailor, sebuah kedai jahitan yang menjadi perhatian dan tumpuan orang kenamaan dan usahawan, pernah dikunjungi bekas peninju terkemuka, Muhammad Ali pada tahun 1975.

Loh, yang memulakan bisnes jahitan, mula memegang jarum dan benang sejak berusia 16 tahun. Merantau ke London untuk belajar kemahiran menjahit dan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk membuka kedai jahit di Jalan Alor, Kuala Lumpur.

Lord's Tailor menjadi pilihan ramai kerana mampu menghasilkan rekaan terbaik bermula dari mengambil butiran terperinci ukuran pakaian pelanggan. Bahagian-bahagian penting badan seperti bahu, belakang, dada dan perut diukur dengan tepat kerana bahagian-bahagian ini boleh menentukan sama ada sut dapat dihasilkan dengan baik atau tidak.

Setelah bertahun-tahun berkecimpung dalam bisnes jahitan sut, Loh berkongsi rahsia kejayaannya kepada kita.

Pertama, semangat ingin belajar. Beliau sanggup merantau ke luar negara semata-mata untuk mencari ilmu jahitan. Keinginan dan semangat belajar ini memerlukan banyak pengorbanan kerana jumlah belanja yang dikeluarkan sangat banyak.

Kedua, mengutamakan nilai dan etika perniagaan seperti kejujuran pelanggan. Pentingnya elemen nilai ini ialah supaya pelanggan berpuas hati dengan kualiti kerja yang dihasilkan.

Ketiga, mengamalkan budaya mengambil berat biarpun nampak remeh. Justeru, semua butir pelanggan seperti saiz dan ukuran anggota badan dicatat dengan lengkap dan sempurna.

Terakhir, tidak jemu mengikuti perkembangan semasa dunia fesyen supaya dapat memenuhi cita rasa pelanggan. Perkembangan fesyen cepat berubah dan Loh mesti sentiasa mengikuti perjalanan fesyen supaya bisnesnya tidak ketinggalan dalam persaingan.

Wednesday, January 28, 2009

Memaafkan

‘Tidak ada orang yang lahir untuk membenci terhadap sesama kerana perbezaan warna kulit atau agama,’ ungkap Nelson Mandela, bekas Presiden Afrika Selatan.

Maaf, sebuah kata yang sangat pendek, tetapi memiliki makna yang sangat dalam. Bila tidak ada persoalan dengan kata ini, pasti takkan ada cerita 'Malin Kundang'. Takkan ada pula lagu 'Camelia 3' yang dipopularkan Ebiet G. Ade di tahun 1980-an. Bila si ibu memaafkan Malin, tentu dia tidak akan menjadi batu.

Juga, tak akan ada pula bait-bait rasa bersalah dan penyesalan yang ditumpahkan oleh Ebiet G. Ade dalam 'Camelia 3'. Jadi, tidak perlu lagi panjang-panjang kata mengupas soal kata yang hanya terdiri empat huruf tersebut. Intinya, maaf adalah proses lanjutan dari sebuah peristiwa tersakitinya atau tercederainya satu pihak oleh pihak lain. Ya, namanya juga hati sudah tercederai, sulit rasanya dengan mudah untuk diubati.


Sebaliknya, orang yang tidak termaafkan sepanjang hidupnya akan mengalami kegelisahan yang akan mengganggu hidupnya. Nah, tentu hal itu tidak kita inginkan. Kerana namanya juga hidup, sekali waktu kita yang punya hak untuk memberi maaf pada orang lain. Di saat lain, untuk hal sekecil apa pun persoalannya, kita pasti pernah memohon maaf pada orang lain. Tentu kita tidak ingin perasaan bersalah terus mendekam dalam hati kita. Sebab, sungguh sangat tidak menyenangkan.

Meminta maaf memang mudah, tetapi memberi maaf jauh lebih sukar daripada yang dibayangkan.

Masalahnya, bagaimana kita boleh memaafkan seseorang bila hati kita sudah sedemikian sakit atau remuk? Mari sejenak kita buka lembaran sejarah untuk menemukan jawabnya.

Anda tahu Nelson Mandela? Lengkapnya, Nelson Rolihlahla Mandela, bekas Presiden Afrika Selatan. Mandela adalah orang yang terkenal dengan kerendahan dan kelapangan hatinya. Bayangkan, akibat aktiviti politiknya, dia beroleh ganjaran dipenjara selama 27 tahun. Sungguh tak mengenakkan. Bayangkan, teman-temannya dapat berkumpul dengan suami atau isterinya, membesarkan anak-anaknya. Sedangkan Mandela, sepanjang hari hanya berada di balik jeruji besi.

Ketika dia berkuasa menjadi presiden di negara itu pada tahun 1994, dia sama sekali membuang dendam tersebut. Meskipun memiliki kekuasaan, Mandela tidak menggunakan kekuasaannya untuk membalas dendam, dia memaafkan semua lawan-lawan politiknya. Hal tersebut tertuang dalam kata-katanya, 'No-one is born hating another person because of the colour of his skin, or his religion.'

Manusia seperti Nelson Mandela hanya ada satu antara sejuta. Namun, sikapnya itu bukannya tidak dapat memberikan inspirasi betapa agungnya seseorang yang dengan kerendahan hati membagi-bagikan maafnya pada orang-orang yang menzaliminya. Kalau pun berfikir dosa, itu menjadi urusan manusia dengan Tuhannya.

Sebenarnya, memberikan maaf pada orang lain bukan saja meringankan langkah dan hidup orang yang pernah zalim, tetapi juga bagi si pemberi maaf. Kurang percaya? Mari kita telaah buku yang berjudul `Forgive for Good' atau istilah Melayunya, Maafkanlah demi Kebaikan, yang ditulis oleh Dr. Frederic Luskin.

Luskin menjelaskan orang-orang yang memiliki sikap pemaaf sudah jelas memiliki kesihatan yang lebih dan dijamin hidupnya akan bahagia.

Ini penjelasan lanjutnya. Saat kita memberikan maaf kepada seseorang, tanpa kita sedari perasaan tenang merayap dalam tubuh. Ada sebuah penaklukan dalam diri kita terhadap sebuah kekesalan dalam tubuh kita. Nah, dengan begitu semua sikap buruk akan lenyap.

Kemarahan telah padam dengan kesabaran yang dimiliki. Tentu hal ini akan sangat menguntungkan. Sebab, menurut Luskin, kemarahan yang dipelihara menyebabkan dampak ragawi yang membahayakan. Lihat saja sekeliling kita. Orang yang cepat marah dan menyimpan kemarahannya, sudah pasti tidak pernah memakai solekan dengan baik. Semahal apa pun kosmetik yang dipakainya, tidak akan mampu mengusir kerutan di kulitnya.

Jadi mulai sekarang, kalau mahu mengikuti nasihat Pak Luskin, mulailah mengawal emosi dalam tahap yang dapat dikendalikan. Sehingga nantinya tidak meledak-ledak dan hujung-hujungnya boleh membakar tubuh. Orang seperti ini sudah jelas tidak mudah punya stok maaf yang bertumpuk.

Sebuah artikel yang diterbitkan oleh Harvard Women's Health Watch, 2005, menyatakan bahawa memaafkan seseorang yang melukai kita boleh membuat keadaan mental dan fizikal menjadi lebih baik. Ternyata memaafkan memiliki banyak kejutan yang tidak terduga. Dan sangat mungkin, memberi maaf akan jauh lebih bermanfaat dibandingkan orang yang dimaafkan.

Mulai sekarang memang saatnya untuk lebih mudah memaafkan seseorang. Memang sukar namun keuntungannya juga banyak.


Sumber: Memaafkan oleh Sonny Wibisono.

Monday, January 26, 2009

Kanak-kanak Palestin semakin benci pada Yahudi

Diselubungi oleh timbunan runtuhan rumah, dua dozen kanak-kanak duduk di atas selimut bercorakkan pelangi sambil melukis menggunakan krayon.

Pada masa yang sama mereka segera mengisi helaian muka surat di sisi beberapa orang kaunselor trauma dengan gambar-gambar kereta kebal Yahudi, mayat-mayat yang bergelimpangan dan rifel yang digunakan pejuang Hamas – suatu pemandangan yang mereka lihat ketika Israel menyerang rakyat Palestin.

‘Kami rasa seperti akan mati bila-bila masa,’ kata Sharif Abed Rabbo, 11 tahun. Namun dia dan keluarganya dapat menyelamatkan diri. ‘Tapi saya kehilangan rumah.’

Ahli psikologi manyatakan serangan tiga minggu Israel meninggalkan kesan trauma yang lebih mendalam berbanding konflik sebelum itu kerana orang awam tidak mempunyai pilihan untuk melarikan diri. Kajian terhadap peperangan dalam kalangan beratus-ratus kanak-kanak Gaza menunjukkan peningkatan ke atas mimpi ngeri, kencing malam dan tanda-tanda lain trauma.

Kanak-kanak yang membentuk 56 peratus daripada 1.4 juta penduduk Gaza cukup merisaukan kaunselor dan pekerja-pekerja bantuan kerana serangan Israel pasti meningkatkan rasa benci dan menggalakkan kemunculan pejuang yang akan membalas dendam.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), organisasi yang menjadi penampan kepada tindakan ketenteraan Israel memulakan semula kelas persekolahan kepada 200,000 pelajar minggu ini. Kanak-kanak dan remaja yang melihat dengan jelas kezaliman tentera Yahudi melancarkan siri pengeboman pada 27 Disember tahun lepas pasti menyemai semangat dan daya juang yang tinggi untuk menentang Israel apabila mereka membesar kelak.

Di Gaza, Pusat Hak Asasi Palestin menganggarkan 280 kanak-kanak adalah antara 1,285 yang terbunuh dan satu daripada empat atau lebih daripada 4,000 yang cedera adalah kanak-kanak.

Menghadapi ancaman perang Israel, pejuang Hamas berjuang bersungguh-sungguh bagi mengekang kemaraan tentera Yahudi ke kawasan orang awam. Ada ketika pejuang-pejuang ini terbunuh bersama-sama orang awam yang terperangkap dalam pertempuran. Bagi menyelamatkan diri, sekolah kelolaan PBB menjadi tempat perlindungan.

Kanak-kanak kecil yang membawa bersama duka dan sengsara kerana seluruh hidupnya telah musnah. Seorang ayah dari Mesir, di mana anaknya yang berusia 5 tahun- Dima sedang menjalani rawatan yang serius. Dima tidak dapat tidur dengan nyenyak dan bergantung pada ubat penahan sakit.

Pada Sabtu lepas, Dima pergi ke sekolahnya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan kerana tidak lagi dapat hadir ke kelas. Seorang pegawai pendidikan berkata Dima akan dibawa ke Perancis untuk menerima rawatan lanjut. ‘Saya tidak akan biarkan kamu mengis atau sedih kerana saya,’ katanya kepada rakan-rakan sekelas.

Abu Hein, seorang ahli psikologi yang mengendalikan pusat kesihatan komuniti di bandar Gaza berkata, pasukannya telah menemu bual 950 keluarga, di antaranya 2,180 orang kanak-kanak yang mencari pelindungan di kawasan PBB semasa perang berlangsung.

Sebahagian besar ibu bapa menyatakan anak-anak mereka enggan berpisah dan satu per tiga daripadanya mahu tidur bersama.

Sejak gencatan senjata, pasukan Abu Hein dan kumpulan bantuan yang lain telah melawat semua kawasan yang dimusnahkan untuk mencari kanak-kanak untuk diberi kaunseling.

Pada Ahad lepas, tiga orang kaunselor menuju ke kawasan Abed Rabbo di Jabaliya, beberapa kilometer dari sempadan Israel. Kawasan itu dihujani serangan bertalu-talu daripada kereta kebal tentera Yahudi yang menyerang secara darat pada 3 Januari lepas. Rumah demi rumah dalam lingkungan beberapa ratus ela dimusnahkan sehingga menjadi ‘padang jarak padang terkukur’ tidak ada apa lagi yang tinggal kecuali runtuhan batu.

Asra Arif, 8 tahun berkata bapanya sedang mengibarkan bendera putih apabila askar-askar Yahudi menghampiri dan bercakap Hembrew kepada mereka. ‘Askar-askar memberitahu mereka ada hanya lima minit untuk mengosongkan rumah,’ katanya.

Farraj al-Hau, seorang kaunselor memberitahu kanak-kanak, terutama lelaki, bahawa adalah OK untuk takut semasa perang.

Kemudiannya dia menyuruh kanak-kanak tersebut melukis. Bagi kanak-kanak yang lebih tua, gambar pilihan mereka adalah kereta kebal, helikopter atau mayat yang bergelimpangan di atas tanah. Seorang kanak-kanak melukis tentera Hamas sedang menembak ke arah kereta kebal. Gambar yang lain pula ialah dua titik biru yang mengambarkan bom jerangkap samar ditanam di bawah kereta kebal.

Pada satu masa, kanak-kanak 5 tahun, Saja Abed Rabbo, mulai menangis. Kaunselor Mustafa Haj-Ahmad memimpinnya pergi dan duduk berhampiran tunggul simen, cuba bertanya kenapa dia menangis. Namun Saja enggan bercakap.

Haj-Ahmad berjalan bersamanya kembali ke rumah yang musnah teruk. Datuknya, Mohammad menerangkan bahawa rumah mereka diserang dengan hebat tiga hari sebelum dapat menyelamatkan diri. Dia berkata, Saja melihat dua orang sepupu berumur 13 dan 14 tahun terbunuh dalam pertempuran itu.

Di Gaza terdapat 221 sekolah kendalian PBB. Guru dan pegawai pendidikan cuba membantu mengembalikan keyakinan kanak-kanak pada hari pertama sekolah bermula.

Kelas hujung minggu kesedaran hak-hak asasi manusia akan memasukkan penyelesaian konflik tanpa keganasan. ‘Kami bersama-sama dengan ibu dan bapa yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi seorang doktor, peguam dan matang dalam berfikir dan membuat tindakan,’ kata Ging, pegawai bantuan PBB di Gaza.

Bagi Zakariya Baoud, 14 tahun, trauma masih lagi dianggap realiti. Dia kehilangan tiga rakan kelas dalam serangan mortar Israel yang membunuh 42 orang, kebanyakannya orang awam berhampiran sekolah PBB di kem pelarian Jabalia. Zakariya berkata dia nampak mayat berterbangan ke seberang jalan raya, termasuklah rakan baik, Bashar Deeb.

Saturday, January 24, 2009

Konsep bangsa (1)

Bangsa bersifat kabur kerana itu sering kali istilah itu digunakan di berbagai-bagai keadaan. Bagi sesetengah pendapat, bangsa merujuk pada kulit, agama, warganegara, mata, rambut, bahasa atau salasilah keluarga. Ahli pemikir juga tidak sekata apabila memberi definisi bangsa. Sejarawan, ahli psikologi, ahli falsafah dan pembuat polisi lebih banyak membincangkan maksud sampingan bangsa daripada bersetuju dengan definisi bangsa yang lebih tepat.

Di Malaysia, rakyat negara ini didominasi oleh lima bangsa yang utama iaitu Melayu, Cina dan India di semenanjung manakala Iban dan Kadazan di Sabah dan Sarawak. Setiap bangsa ini diklasifikasi melalui pelbagai simbol dan identiti yang sama.

Bangsa Melayu mempunyai definisi yang jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu seorang yang beragama Islam, lazimnya bertuturbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada diPersekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Bangsa Cina dikenali kerana warganegara Republik Rakyat China dan Taiwan, berasal dari China, biologi seperti Cina dan sejarah lama negara China. Bangsa India pula ada kisahnya sendiri. Perkataan India berasal dari ‘indus’ yang diperoleh dari bahasa Parsi lama. Hindu adalah dari perkataan Sanskrit iaitu sindhu. Lazimnya orang India berasal dari negara India.

Walau bagaimanapun ramai ahli sosiologi berpendapat definisi bangsa adalah kabur dan kadangkala tidak ditanggap dengan tepat.

Friday, January 23, 2009

Berubat dengan sedekah

'Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.' (Al-Hadid:18)

Dalam hidup seharian, kita sentiasa diuji, setiap masa. Tujuan ujian ini tidak lain adalah untuk bergerak ke tahap yang lebih baik, membina kematangan dan ketahanan diri.

Rasa sedih, sakit, resah dan susah hati adalah lumrah. Namun, orang yang berjaya adalah orang yang mampu memberi reaksi positif kepada ujian-ujian tersebut.

Selama tiga minggu rakyat Palestin diburu oleh tentera Israel yang ganas. Mereka diuji dengan peperangan yang meragut nyawa, hilang ahli keluarga dalam sekelip mata dan kemusnahan harta-benda. Selepas pengunduran tentera Israel, yang tinggal hanyalah puing-puing batu yang hancur diledakkan oleh bom canggih buatan Amerika Syarikat.

Mayat-mayat yang hancur berkecai tidak dapat lagi dikenal pasti, malah kanak-kanak yang kecil telah hilang kaki dan tangan kerana serpihan ledakan bom- tidak kenal yang mana jantan dan yang mana betina, muda atau tua, bujang atau janda.

Berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul. Kita di sini juga menghadapi saat-saat genting dan sukar tetapi dalam situasi yang tersendiri. Ada setengah diuji dengan kekayaan, kemiskinan, kematian dan kehilangan harta-benda. Akhbar hari menyiarkan anak kecil dibuang ke dalam tong sampah, pencuri kereta mati kerana paru-paru berair dan juga rumah dirodok bas ekspres.

Setiap orang ada ujian yang sesuai untuk dirinya supaya dia dapat belajar untuk melihat bahawa Allah SWT bersedia mendengar doa dan rintihannya.

Penyakit juga merupakan satu bentuk ujian. Hari ini ramai orang muda yang sudah dapat kencing manis dan jantung koronari. Minggu lepas saya mengendalikan kursus untuk kakitangan kerajaan dari pelbagai jabatan. Salah seorang daripada peserta ini sedang menghadapi penyakit kencing manis. Dia perlu mengambil ubat setiap hari bagi mempastikan kandungan gula dalam darahnya berada dalam keadaan stabil.

Usianya baru 28 tahun tetapi terpaksa menanggung penyakit kencing manis bagi tempoh yang panjang, mungkin sepanjang hayat.

Lalu saya menceritakan petua mudah untuk mengatasi penyakit kencing manis. Harap-harap dia akan cuba selepas ini. Petuanya hanyalah kacang lendir.

Saya juga berpesan, sedekah juga ada kuasa yang hebat. Sedekah mampu mengubat penyakit.


Ramai orang yang berat hati nak bersedekah. Baginya, sedekah buatkan poket jadi kosong. Secara lahiriah memang kita nampak wang atau barang kita semakin susut. Itu anggapan manusia. Pandangan Allah SWT berbeza. Sangat berbeza. Jaminan Allah SWT dalam ayat 18 surah Al-Hadid ini adalah satu kebenaran.

Pada hari ini setiap hari media menyiarkan rayuan derma kepada rakyat Palestin. Niat sedekah tidak payah ditangguh-tangguh. Terdetik saja nak sedekah, terus saja bagi. Tak perlu fikir panjang-panjang. Antara sedekah yang terbaik ketika ini ialah derma untuk tabung rakyat Palestin. Salah satu daripadanya ialah Tabung Palestin HALUAN.

Jika tidak pun, bersedekah wang ringgit di masjid, atau jika ada orang yang sedang kesempitan wang, baik dihulurkan saja wang yang ada, insya Allah, Allah SWT akan menggantikan wang tersebut dalam masa yang singkat.

Thursday, January 22, 2009

Mengenal pasti keperluan membaca kanak-kanak

Kemahiran membaca diibaratkan seperti membina blok-blok. Untuk belajar membaca dengan baik, kanak-kanak perlu tahu membunyikan huruf dan memahami maksud perkataan, tatabahasa dan semantik (maksud ayat). Bagi membina asas membaca yang kukuh, kanak-kanak mesti mendapat garis panduan pembelajaran yang berkesan.

Cara yang terbaik untuk mengenal pasti keperluan membaca kanak-kanak ialah berbincang dengan guru, mendengar penerangan mereka apa yang perlu dilakukan sepanjang hari dan memeriksa tugasan sekolah yang diberi.

Guru kelas lebih arif prestasi pembelajaran kanak-kanak dan mereka lebih berkelayakan untuk memberi panduan bagaimana meningkatkan kemahiran membaca. Sekiranya ada saranan yang baik, usah tunggu lama untuk bertindak kerana kemahiran membaca perlu dikuasai dalam masa yang pantas.

Selain guru, pusat membaca juga menjadi institusi tidak formal yang dapat membantu proses memahirkan bacaan kanak-kanak. Tidak seperti di Amerika Syarikat atau Jepun, pusat membaca baru berkembang di negara kita dan masih banyak lagi kekurangannya. Beberapa panduan berikut boleh menjadikan kriteria pemilihan pusat membaca sesuatu yang berbaloi kepada pelaburan kita.

1. Menyesuaikan kanak-kanak dengan kaedah terbaik untuk mereka. Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis kaedah tetapi umumnya ada tiga iaitu mengeja, suku kata dan fonik. Ketiga-tiga kaedah ini boleh dipelajari berdasarkan kebolehan kanak-kanak. Jika bijak, semua kaedah cepat membantu bacaan mereka.

2. Setiap kanak-kanak perlukan tempoh bacaan yang berbeza-beza. Peringkat umur kadangkala menentukan kepintaran mereka. Bagi menghadapi perbezaan ini, terdapat pusat membaca yang memanjangkan tempoh kelas bacaan dan mempelbagaikan teknik pengajaran supaya kanak-kanak mampu membaca walaupun kemajuannya perlahan.

3. Mengenal pasti program membaca yang komprehensif. Ada pusat membaca yang menawarkan program intensif membaca khususnya ketika cuti sekolah. Ia diadakan setiap hari dengan latih tubi yang bersesuaian. Tidaklah rugi untuk menghantar kanak-kanak ke program seperti ini kerana ia membantu mempercepatkan proses membaca, tambahan pula ia meningkatkan kefahaman mereka semasa membaca buku.

4. Mempunyai pengajar atau trainer yang terlatih dari segi komunikasi, psikologi kanak-kanak dan meningkatkan pengetahuan dalam perbendaharaan dan tatabahasa. Walaupun kanak-kanak masih belum belajar membuat ayat yang tepat tetapi penggunaan bahasa yang baik sejak awal dapat mendedahkan mereka kepada penggunaan bahasa yang lebih berkualiti apabila memasuki alam persekolahan kelak.

5. Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak suka belajar di pusat membaca ialah mereka ingin datang lagi, bercakap-cakap tentang buku dan membaca buku yang diajar oleh pengajar di rumah. Jika ada tanda seperti ini, harapan anda untuk melihat kanak-kanak cepat membaca akan cerah.

Menentukan keperluan membaca tidak hanya terhad kepada aspek luaran seperti membeli buku yang banyak untuk belajar atau membawa kanak-kanak ke pameran buku, sebaliknya bermula sejak umur setahun lagi supaya proses membaca akan lebib pantas ketika berumur 3 hingga 5 tahun.

Ramai ibu bapa melepaskan peluang keemasan mendedahkan kanak-kanak kepada proses membaca di peringkat umur ini kerana tidak tahu bila dan bagaimana harus bermula. Selepas ini, kita perlu mempastikan kanak-kanak seusia itu mampu diberi pendedahan awal membaca kerana masa depan dalam pendidikan akan menentuka apa dan siapa mereka kelak.

Philip Morris - syarikat rokok Yahudi yang menguasai dunia

Philip Morris bernaung di bawah nama Altria Group pada 2003. Dalam bahasa Latin, Altria bererti ‘tinggi’. Operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu sebagai pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula.

Sempena nama Philip Morris iaitu seorang peniaga Yahudi, syarikat tembakau itu berkembang sebagai sebuah syarikat ketiga paling menguntungkan dalam kategori barangan pengguna. Pada 2007, ia mengeluarkan 850 bilion batang rokok di seluruh dunia. Di pasaran semasa, penguasaan Philip Morris meningkat dari 15.4 peratus dalam tahun 2006 kepada 15.6 peratus pada tahun 2007.

Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Yahudi dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi ini?

Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Altria Group membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu.

Dr Wu Tao-Wei dalam artikel Why the Jews Hate ‘Fa Lun Gong’ berkata, sama ada terdapat gula di dalam diet, tembakau, barah, dadah atau ribuan bahan-bahan asing lain yang memudaratkan manusia, jika ia memberi faedah kepada Yahudi, mereka akan mempromosinya dengan bersungguh-sungguh.

Yahudi sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan manusia. Melalui tembakau dan rokok, hampir 23 peratus kematian di Republik Chech adalah akibat tabiat merokok.

Bagaimana pengaruh rokok berkembang di seluruh dunia?

Sejak 1847 hingga 2008, Philip Morris sentiasa berkempen secara agresif melalui Philip Morris International (PMI). Bermula di Australia pada 1954, jualan rokok terus meningkat dan pada 1973, pengeluaran rokok mencecah 124 bilion batang.

Kilang terbesar Philip Morris di luar AS ialah di Bergen op Zoom, Belanda yang dibuka pada 1980. Kejayaan kilang ini ialah menyumbang kepada peningkatan pendapatan sebanyak US$1 bilion iaitu kali pertama Philip Morris mendapat jumlah berkenaan sejak penubuhannya.

Dua tahun kemudian, volum rokok mencecah 400 bilion, menyebabkan operasi PMI perlu dikembangkan selari dengan pertambahan permintaan. Syarikat itu membelanjakan lebih US$3 bilion untuk kempen pengiklanan pada 1996, menjadikannya pengiklan kesembilan terbesar di dunia.

Kesan daripada kempen merokok, 67 peratus lelaki di kawasan bandar di Kemboja menjadi perokok manakala di luar bandar, ia mencecah 86 peratus. Di China, 3,000 orang mati setiap hari kerana merokok. Kajian di Filipina pula mencatatkan 99.8 peratus iklan tembakau menjadi permulaan kepada tabiat merokok khususnya kepada 60 peratus lelaki yang merokok.

Korea Selatan adalah pasaran kelapan terbesar bagi rokok dunia di mana jumlah rokok yang dikeluarkan setahun dianggarkan 100 bilion. Kawasan yang menjadi pasaran besar kepada rokok ialah Pasifik Barat di mana dua per tiga lelaki terlibat dengan tabiat merokok.

Selain Philip Morris, Kementerian Kewangan Jepun turut menjadi pemegang saham terbesar dalam Japan Tobacco iaitu salah satu syarikat pengeluar rokok utama dunia.

Oleh kerana pasaran rokok yang sangat besar, PMI melangkah jauh dengan membuka kilang pengeluaran rokok pertama di Asia pada 1995 dengan mendirikan kilang di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Lapan tahun kemudian, Filipina menggantikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran rokok utama Asia dengan lonjakan pendapatan sebanyak US$5.7 bilion iaitu pertambahan seratus kali ganda sejak 1970.

Selepas Malaysia dan Filipina, PMI melebarkan bisnes ke Indonesia dengan menguasai 95 peratus saham dalam PT HM Sampoerna pada harga US$4.8 bilion.

Menguasai bisnes rokok di lima benua, Philip Morris mewarisi pendapatan US$38.05 bilion (2007) melalui penjualan 26 jenama rokok termasuk Marlboro, L&M, Philip Morris, F6, Classic dan Sampoerna di samping menjadi penyeludup rokok haram paling besar. Di Itali, media negara itu mendedahkan peranan Philip Morris sebagai pedagang marijuana terbesar di dunia.

Apakah kaitan Philip Morris, Yahudi, rokok dan memusnahkan masyarakat dunia?

Yahudi menganggap bangsa mereka sebagai pilihan Tuhan dan boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh manusia bukan Yahudi. Selain menjadikan kebuluran, wabak penyakit HIV/AIDS dan peperangan sebagai alat untuk membunuh, rokok juga menjadi salah satu ejen untuk mencapai cita-cita mereka. Walaupun wang dan kekayaan menjadi agenda utama, bisnes rokok lebih cepat memberikan kekayaan dan pada masa yang sama dapat membunuh secara senyap.

Pengasas Philip Morris adalah seorang Yahudi. Ia memberi sumbangan besar kepada Yahudi dan Israel. Di samping membantu rumah-rumah ibadat (synagogues) Yahudi, Philip Morris juga meningkatkan pengaruh mereka ke atas ahli politik dan kerajaan di negara-negara membangun dan dunia ketiga.

Di Amerika Syarikat, sumbangan kewangan terbesar kepada calon-calon politik dalam pemilihan 1995-96 adalah dari syarikat tembakau dengan jumlah US$4.2 bilion.

Di Kenya, Philip Morris menaja persembahan Third East African Jua Kali/Nguru Kazi Craft Exhibition 2001 atas nama memelihara warisan kebudayaan negara. Di Thailand, mereka menaungi ‘8th Art Competition 2001’ untuk memilih wakil Thailand bagi 'Asian Art Competition 2001' yang berlangsung di Bali, Indonesia.

Kempen secara sembunyi turut dilakukan di Turki. Philip Morris telah membelanjakan wang bagi membaik pulih Parlimen Turki yang dibuka semula oleh Menteri Kebudayaan pada 2001 di sebalik bantahan orang ramai. Di negara itu juga mereka membantu usaha menyelamat bandar purba ‘Zeugma’ dari ditenggelami air empangan.

Tangan-tangan Yahudi tersembunyi di sebalik tabir bisnes rokok. Tindakan ini dapat dilihat melalui program penajaan komuniti Yahudi di Amerika Syarikat oleh Philip Morris iaitu bantuan kepada Jewish Community Council of Greater Coney Island dan program pengajian Yahudi di Arizona State University.

Mereka juga menaja penyelidikan mengenai kesan-kesan genetik, persekitaran dan ciri-ciri psikologikal tabiat merokok ke atas wanita Israel. Sebanyak US$250,000 dilaburkan oleh Philip Morris USA dan Philip Morris International kepada lima pasukan penyelidik di Hadassah-University Hospital, Israel.

Philip Morris dan Altria Group menjadi syarikat rokok terbesar di dunia, mengatasi British American Tobacco dan Japan Tobacco. Penguasaan Yahudi melalui bisnes tembakau dan rokok dieksploitasi sepenuhnya oleh Philip Morris. Mereka melancarkan rokok jenama khas di Israel iaitu Maori Mix, memindahkan pekerja-pekerja Yahudi dari New York ke Richmond kerana pemikiran, sikap dan perlakuan Yahudi lebih terjamin di bandar itu di samping enam buah synagogue sedia ada. Rabbi Yahudi juga sedia melawat dan menjaga kebajikan pekerja-pekerja Yahudi di syarikat itu.

Inilah sikap Yahudi. Ketika orang lain menderita, mereka tetap menjaga sebaik-baiknya Yahudi yang bekerja di situ.

Philip Morris tidak kisah dengan kematian setiap tahun di Amerika Syarikat kesan daripada rokok. Ia adalah syarikat Yahudi dan masih wujud sehingga kini. Diberi bantuan yang sangat besar oleh pelobi dan penyokong Yahudi di Kongres. Mereka tahu produk mereka adalah pembunuh tetapi masih mengisytiharkannya sebagai memberi keuntungan kepada ekonomi. Itulah Philip Morris, syarikat rokok Yahudi yang sangat berkuasa.

Rujukan

albawa.com/theexpert/Philip Morris-The Jewish Leader in the Cigarette Business
wikipedia.org/wiki/Altria_Group
wikipedia.org/wiki/Philip_Morris_International

Wednesday, January 21, 2009

Bersedekah untuk bahagia

Petang itu kami berkumpul. Satu per satu tetamu Allah hadir. Anak-anak yatim itu datang dengan senyuman. Ibunya dinda dengan wajah yang cerah menyerahkan rambutan kepada isteri saya. Katanya hanya dengan buah rambutan dirinya ingin bersedekah.

‘Alhamdulillah, terima kasih banyak ibu...’ jawab isteri saya. Kebahagiaan kami hadir dengan ketulusan hati. Seorang ibu dengan sekantong buah rambutan. Rambutan itu dimakan bersama Icha, Indah, Mantika dan juga Winda. Terlihat isteri saya menitiskan air mata bahagia melihat anak-anak ananda yang riang gembira.

Rasulullah bersabda, ‘Bila engkau ingin dicintai Allah, takutlah kepada-Nya dan bertakwalah. Bila engkau ingin dicintai mahluk, berbuat baiklah kepada mereka dan jangan berharap sesuatu dari yang mereka miliki. Bila engkau ingin diperkaya, maka zakatlah harta bendamu. Bila engkau ingin disihatkan badanmu, maka perbanyaklah sedekah. Bila engkau ingin dipanjangkan umurmu, maka bersilahturahmilah kepada kaum kerabat. Bila engkau ingin dikumpulkan bersamaku di padang mahsyar, maka panjangkanlah sujudmu kepada Allah SWT.’

Kisah kecil ini saya ambil dari yahoogroups, dinukilkan oleh Agussyafii untuk kita melihat betapa pentingnya sedekah walaupun nilainya kecil. Suasana anak-anak yatim yang memulas buah rambutan daripada ranting kecil boleh menitiskan air mata apabila diambil oleh anak yatim yang berkumpul untuk meraikan sedekah yang diterima. Mungkin ada yang sebak hanya dengan membaca suasana ini kerana hatinya terkesan dengan kebahagiaan anak-anak yatim, tidak seperti anak-anak yang muak dengan ayam goreng dan nasi goreng kampung.

Pada kita, harga sekantong buah rambutan tidaklah seberapa dibandingkan dengan kebahagiaan yang dinikmati oleh anak-anak yatim apabila ada orang yang datang ziarah. Sekurang-kurangnya melihat mereka bahagia sudah cukup menghilangkan tekanan dan bebanan kerja di pejabat atau di rumah.

Sedekah tidak hanya terhad pada buah rambutan sebaliknya sebarang buah yang dapat di makan atau juadah makanan yang enak dan berkhasiat. Apabila anak-anak yatim mula menyuapkan makanan ke dalam mulut mereka dengan gembira, tidak ada apa-apa lagi yang dapat menghalang kita untuk merasai bahagia bersama mereka.

Sedekah tidak dapat diterangkan oleh undang-undang ekonomi, ‘Kita mengeluarkan, maka milik kita berkurang.’ Namun, Allah SWT menaburkan jutaan keajaiban, mukjizat, misteri dan rahsia keagungan di sebalik amalan sedekah.

Tidak pernah ada yang memberi amaran bahawa yang rajin bersedekah hidupnya jatuh miskin, melarat, daif dan menderita. Justeru, semakin banyak harta yang disedekahkan, insya Allah hidup semakin mulia dan bahagia.



Rujukan

agussyafii.blogspot.com
rumahbukuislam.com

Tuesday, January 20, 2009

Song for Gaza, semakin mendapat sambutan di YouTube

Ketika kesengsaraan rakyat Palestin memuncak, Michael Heart tidak dapat menahan sayu dan sebak apabila melihat tentera Israel mengebom dan membunuh kanak-kanak dan wanita. Rejim Yahudi menggelar peperangan ke atas Gaza sebagai ‘Operation Cast Lead’ yang telah membunuh lebih 1,300 orang, kebanyakannya adalah golongan yang lemah dan tidak berupaya, termasuk memusnahkan rumah dan masjid.

Dalam laman sesawangnya, Heart mengajak mereka yang mendengar lagu ‘We will not go down’ untuk menderma kepada rakyat Palestin. Jerusalem Post, sebuah akhbar utama di Israel berkata Heart tidak pernah menerbitkan sebarang lagu yang pro-Palestin sebelum ini, namun lagunya kini menjadi pilihan di YouTube apabila menarik lebih setengah juta penonton dalam masa seminggu, di samping disiarkan di beberapa laman sesawang sebagai lagu nasyid. Lagu itu juga menjadi tema dalam penganjuran bantahan ke atas Israel oleh persatuan pelajar University of North Carolina, Amerika Syarikat.

Lirik lagu ini sangat menyentuh hati. Penderitaan rakyat Palestin tidak dapat digambarkan dengan kata-kata biasa tetapi Heart cuba meyakinkan betapa sengsaranya Palestin ketika ini. Antara lirik berkenaan ialah ‘You can burn up our mosques and our homes and our schools/ But our spirit will never die/We will not go down’ dan klip lagu berkenaan diiringi gambar kanak-kanak yang mati, wanita yang berlumuran darah dan kemusnahan harta-benda.

Di pihak Israel, lagu itu amat menyakitkan hati dan memekakkan telinga mereka.

Di ruang ulasan klip lagu itu di laman YouTube, ulasan sokongan dan penghargaan penonton telah melebihi 4,000 walaupun ada satu dua yang cuba memperkecilkan penderitaan rakyat Palestin. Teks ulasan dari pirsawan juga muncul setiap minit.

Secara umum, kebanyakannya menyalahkan rejim Yahudi dan ada yang menggelar Israel sebagai negara pengganas, satu gelaran yang paling tidak disukai oleh rejim Yahudi.

Berikut adalah lirik lagu ‘We will not go down (Song for Gaza)’ oleh Michael Heart.


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Monday, January 19, 2009

Jadilah hamba Allah yang sejati

Penulis: 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Penerbit: Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 306

Islam merupakan agama dakwah dan tarbiyah. Setiap muslim tanpa kecuali sama ada lelaki mahupun perempuan dituntut untuk menyampaikan dakwah Islam hingga ke akhir zaman.

Dengan ketekunan umat Islam dalam berdakwah, agama ini tersebar luas merentasi pelbagai benua. Tanpanya, sukar bagi agama mulia ini untuk berkembang dan ini merupakan antara keistimewaan agama Islam.

Sungguhpun begitu, seorang muslim mestilah memiliki beberapa kriteria yang wajib ada pada dirinya ketika hendak berdakwah. Ini bagi memastikan dakwahnya berkesan dan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, dia dikehendaki mempunyai bekalan yang memadai bagi menjalankan tugas yang mulia ini.

Buku ini memuatkan nasihat-nasihat kepada para da'i, juga turut memberi tumpuan kepada kesalahan-kesalahan yang mesti diambil kira oleh para da'i. Perbahasan yang ringkas namun padat dalam buku ini sememangnya patut dijadikan sebagai panduan bagi para da'i dengan harapan kejayaan sentiasa mengiringi setiap langkah mereka dalam berdakwah.

Friday, January 16, 2009

Kajian nasional hak reproduktif, kesihatan seksual dan reproduktif wanita di Malaysia







Pembangunan dan perancangan kesihatan, ekonomi dan pendidikan yang strategik telah meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Malaysia seterusnya mewujudkan kesejahteraan kesihatan. Hasil perancangan yang rapi daripada kerajaan, petunjuk kesihatan di negara ini telah memperlihatkan perubahan yang lebih baik. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meyakini bahawa Malaysia mempunyai rangkaian sistem perkhidmatan antara yang terbaik di rantau ini.

Kesihatan reproduktif ditampilkan sebagai satu keadaan fizikal dan mental yang lengkap serta kesejahteraan sosial, bukan sahaja ketiadaan penyakit, dalam semua permasalahan berkaitan sistem reproduktif dan fungsi serta prosesnya (ICPD, 1999).


Walaupun pendidikan di negara ini menunjukkan perkembangan yang begitu positif mengenai pencapaian wanita, namun masih terdapat jurang tahap kesihatan yang agak ketara di antara wanita di bandar dan luar bandar. Wanita yang miskin di luar bandar masih ketinggalan dari segi mendapat hal dan peluang yang sama untuk menikmati kesihatan yang berkualiti.

Keprihatinan kerajaan terhadap perkembangan wanita dinyatakan secara jelas dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) apabila satu bab mengenai wanita dalam pembangunan dimuatkan. Perbincangan dan cadangan yang khusus mengenai isu-isu ekonomi dan sosial yang melibatkan wanita seperti politik, media dan keganasan terhadap wanita dibentangkan.

Projek kajian nasional hak reproduktif, kesihatan seksual dan reproduktif wanita di Malaysia bertujuan untuk mengumpul data komprehensif berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif dalam kalangan wanita di negara ini. Tujuan khusus kajian ini ialah:

•Mendapatkan data yang lebih sahih, menyeluruh dan pemahaman yang lebih mendalam tentang hak reproduktif dan kesihatan reproduktif wanita Malaysia.


•Menambah maklumat untuk menggubal dasar dan program bagi memperkukuh strategi pelan tindakan untuk meningkatkan kesihatan reproduktif wanita Malaysia.

•Mendapatkan reaksi dan pandangan responden terhadap kemudahan berkaitan hak reproduktif dan kesihatan reproduktif seperti kemudahan kesihatan, perundangan, kaunseling dan sebagainya.

•Mengenal pasti pelbagai faktor struktural seperti budaya, sosial, ekonomi dan politik yang mempengaruhi hak reproduktif wanita dan kesihatan reproduktif wanita.

•Menganalisis proses membuat keputusan dalam kitaran kehidupan wanita Malaysia dan impaknya terhadap hak reproduktif, kesihatan seksual dan reproduktif wanita di semua peringkat umur bermula dari remaja.

•Mengenal pasti masalah-masalah yang berkaitan kemudahan dan aksesibiliti program-program memperbaiki hak reproduktif dan kesihatan reproduktif wanita Malaysia.

•Mengumpul data dan maklumat yang boleh digunakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan jabatan-jabatan lain serta organisasi bukan kerajaan dalam menjalankan program memperkasa wanita dari segi hak reproduktif dan kesihatan reproduktif mereka.

Sejak beberapa dekad yang lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi perhatian kepada hak dan isu-isu kesihatan wanita seperti Dana Pembangunan untuk Wanita PBB (UNIFEM), Konvensyen Menghapuskan Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Persidangan Lima Tahun Wanita Sedunia dan Deklarasi PBB Menghapuskan Keganasan Terhadap Wanita.

Kajian reproduktif merangkumi skop yang luas berkaitan dengan kehamilan, kelahiran, kontraseptif, pengguguran, pembuangan kandungan, kitaran haid, menopaus, jangkitan hubungan seks, jangkitan saluran reproduktif, seksualiti dan keganasan.

Isu kesihatan reproduktif sangat dititikberatkan dan wajar diberi keutamaan dalam pembangunan negara kerana pengabaian terhadap isu ini boleh melibatkan kos yang sangat tinggi untuk rawatan dan pencegahan seperi dalam kes HIV/AIDS.

Usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap kesihatan reproduktif adalah sebahagian daripada kejayaan selepas merdeka. Kadar kematian bayi yang rendah, kadar celik huruf yang lebih baik, pertambahan pendaftaran ke sekolah, sistem perlindungan dan air yang bersih, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan nutrisi yang baik adalah impak kejayaan polisi-polisi awam melalui Rancangan Malaysia Pertama (1960-65) hingga ke Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005).

Namun begitu, sehingga kini masih belum ada kajian komprehensif tentang kesihatan seksual reproduktif wanita yang dijalankan di Malaysia. Kebanyakan kajian lebih kepada melihat isu kesihatan seksual reproduktif secara berasingan dan kurang menyeluruh. Contohnya ialah kajian oleh Siti Norazah Zulkifli (1995) yang melihat aspek aktiviti seks di kalangan remaja Malaysia, Takeshita (1986) pula menyentuh sikap masyarakat terhadap isu pengguguran dan Suhaimi (1996) mengkaji isu kaedah kontraseptif.

Oleh itu, melalui kajian ini, kepekaan orang awam mengenai hak reproduktif mereka telah diketahui. Justeru ia menjadi langkah pertama kepada wanita untuk menyedari hak mereka bagi memperkasa golongan itu untuk mempunyai kawalan lebih ke atas keperluan seksual dan reproduktif serta mengambil tindakan menentang pencabulan.

Skop kajian ini tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan yang mewakili strata bandar dan luar bandar.

Sampel kajian berjumlah 4,005 yang terdiri daripada 2,005 responden belia dan 2,000 responden dewasa. Data untuk kajian diperoleh melalui kaedah survei secara temu bual peribadi menggunakan soal selidik berstruktur. Dua set soal selidik digunakan iaitu set soal selidik bagi responden berumur 15 hingga 24 tahun untuk golongan belia dan set soal selidik bagi responden berumur 25 hingga 59 tahun untuk golongan dewasa.

Soal selidik yang dibentuk adalah berdasarkan kerangka konseptual yang mengandungi lima bahagian iaitu maklumat sosiodemografi, latar belakang perkahwinan dan hubungan antara keluarga, pengetahuan, sikap dan kelakuan atau tingkah laku terhadap kesihatan reproduktif, aksesibiliti kepada maklumat dan perkhidmatan kesihatan reproduktif dan hak reproduktif. Ujian rintis diadakan bagi mengenal pasti sebarang masalah dan kelemahan setiap soalan.

Penambahbaikan instrumen kajian ke atas borang soal selidik dan buku panduan enumerator telah dilakukan selaras dengan maklum balas daripada ujian rintis yang telah dilaksanakan.

Data kajian responden belia

Hasil analisis merangkumi aspek-aspek latar belakang, hubungan kekeluargaan, pengetahuan, sikap dan tingkah laku terhadap kesihatan reproduktif, aksesibiliti kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan reproduktif dan hak reproduktif wanita.

Jumlah belia yang terlibat dalam kajian ini seramai 2005 orang berumur di antara 15 hingga 24 tahun.

Hasil kajian menunjukkan kesedaran responden terhadap kesihatan reproduktif seperti haid, menopaus dan melancap, kehamilan, kontraseptif, HIV/AIDS dan pandangan mereka terhadap seks adalah baik.

•Pengetahuan responden terhadap haid hampir sama di antara bandar dan luar bandar.

•Kaeah kontraseptif yang paling diketahui ialah kondom diikuti pil kontraseptif selain daripada pil buih, ubat agar-agar dan jampi. Bagaimanapun tahap penggunaan kaedah kontraseptif adalah rendah.

•Kefahaman responden terhadap HIV/AIDS berada pada tahap sederhana di mana responden bandar dan luar bandar serta etnik Melayu, Cina dan India masing-masing mempunyai tahap pengetahuan yang hampir sama.

•Pandangan terhadap seks menunjukkan responden mengambil berat betapa pentingnya hubungan seks selepas berkahwin dan hanya boleh dilakukan oleh pasangan yang telah berkahwin.

•Dilihat pandangan responden terhadap seks, responden Cina dapat menerima seks sebelum kahwin berbanding responden India dan Melayu.

Data kajian responden dewasa
Hasil analisis merangkumi aspek-aspek latar belakang, hubungan kekeluargaan, pengetahuan, sikap dan tingkah laku terhadap kesihatan reproduktif, aksesibiliti kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan reproduktif dan hak reproduktif wanita.

Jumlah responden dewasa yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 2000 orang berimur di antara 25 hingga 59 tahun yang melibatkan responden Melayu, Cina, India dan lain-lain di bandar dan luar bandar.

Data yang dianalisis merangkumi pengetahuan, sikap dan tingkah laku terhadap kesihatan reproduktif seperti menopaus, kehamilan, pengguguran, kontraseptif, HIV/AIDS, rokok dan alkohol, pandangan mereka terhadap seks dan gaya hidup.

•Umur purata perkahwinan ialah 22.1 tahun dengan paling awal berkahwin pada usia 13 tahun dan paling lewat 54 tahun di mana dua per tiga responden memilih sendiri calon suami.

•Umur responden mengalami menopaus ialah dari 32 tahun hingga 59 tahun dengan masalah utama ialah sukar tidur dan sering kepanasan.

•Pengguguran dianggap pembunuhan dan tidak wajar dilakukan, namun responden bersetuju dengan pengguguran mesti disahkan oleh undang-undang sebelum tindakan tersebut dilakukan.

•Lima kaedah kontraseptif yang diketahui oleh responden dewasa ialah pil, kondom, elak persetubuhan, waktu selamat dan alat dalam rahim. Seperti responden belia, mereka juga tidak terdedah dengan pil buih, ubat agar-agar, jamu atau susuk hormon.

•Kefahaman responden terhadap HIV/Aids berbeza mengikut negeri di mana responden di negeri pantai barat seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi berbanding Kelantan, Terengganu dan Pahang.

•Majoriti responden melihat seks sebagai sesuatu yang intim dalam konsteks kasih-sayang dan penting untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan mereka.

•Perbandingan di antara tahap pendidikan mendapati responden yang berpendidikan tinggi tidak pernah bersenam berbanding responden tidak bekerja, dapatan juga memperlihatkan semakin tinggi tahap pendidikan, responden cenderung untuk tidak bersenam.

Cadangan

•Program pendidikan seksual di sekolah dan di IPT.

•Kempen yang agresif dan meluas merangkumi semua lapisan masyarakat.

•Kempen dan program kesihatan yang m,elibatkan orang positif HIV/AIDS, penghuni pusat pemulihan, pesakit dan bekas pesakit.

•Galakan kepada PIBG sekolah, kelab dan persatuan menjadikan isu kesihatan seksual dan reproduktif sebagai agenda penting.

•Kajian semula undang-undang berkaitan pengguguran dan menambahkan bilangan pusat khusus bagi wanita yang hamil di luar perkahwinan untuk menangani pengguguran, kelahiran yang tidak selamat dan buang bayi.

•Pengukuhan sistem sokongan pesakit HIV/AIDS, pesakit kanser dan keluarga mereka.

Ketua projek ialah Prof. madya Dr Hajjah Jariah Mohd Jan, Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa dan Linguistik di Universiti Malaya. Manakala ahli kumpulan terdiri daripada Prof. Dr Sarinah Low Abdullah, Prof. madya Dr Rohana Jani, Prof. madya Dr Hajjah Halimah Awang dan Dr Wong Li Ping. Konsultan ialah Profesor Datin Dr Roziah Omar. Kajian ini telah memenangi pingat emas di ekspo penyelidikan UM baru-baru ini.

Thursday, January 15, 2009

Komponen membaca

Jarang sekali kita berjumpa dengan remaja berusia 16 tahun yang tidak boleh membaca. Namun itulah yang berlaku di sesetengah tempat apabila kemahiran membaca tidak diberi keutamaan semasa peringkat awal perkembangan kanak-kanak.

Sewajarnya para pelajar di sekolah bukannya bodoh, malas atau menghadapi masalah tingkah laku, sebaliknya pelajar hari ini diletakkan di dalam kelas yang terbaik dan diajar oleh guru khas bagi membantu mereka. Kaedah pengajaran yang terbaik juga disediakan supaya dapat membaca dengan lancar.

Beberapa tahun yang lepas, pakar-pakar bahasa dan pendidik berusaha mengenengahkan kaedah pembacaan yang mudah, berkesan dan menyeronokkan untuk kanak-kanak. Sama ada kaedah mengeja, fonetik atau suku kata, setiap kaedah ini ada kekuatan tersendiri namun masih ramai kanak-kanak yang bersekolah belum berupaya membaca dengan lancar. Bagi mengatasi masalah ini, saintis bahasa menjalankan penyelidikan untuk mengenal pasti bagaimana kanak-kanak belajar membaca.

Hasil kajian memberikan beberapa keputusan yang menarik. Antaranya ialah 90 hingga 95 peratus kanak-kanak boleh belajar membaca dengan lancar jika ada program intervensi yang bersesuaian.

Ibu bapa boleh membuat penambahbaikan tahap bacaan anak-anak dengan memperuntukkan 15 minit sehari bersama mereka menggunakan bahan-bahan atau maklumat dari buku, aktiviti membina daya ingatan atau membacakan buku-buku yang baik bersama-sama.

Membaca bermula daripada mendengar atau menggunakan deria pendengaran. Apabila ibu bapa atau orang dewasa bercakap kepada kanak-kanak, maklumat dimasukkan ke telinga mereka melalui bunyi bahasa percakapan terus ke otak untuk diproses. Bahagian otak yang diprogramkan dengan pendengaran akan memberi tindak balas untuk tindakan seterusnya. Dari semasa ke semasa, perbendaharaan kata kanak-kanak akan berkembang kepada beribu-ribu perkataan.

Lebih banyak perkataan diucap, dinyanyi dan dibacakan kepada mereka, keupayaan untuk bercakap menjadi semakin menyerlah. Ini kerana otak kanak-kanak tidak secara automatik dihubungkan dengan kemahiran membaca. Kanak-kanak perlukan bantuan dan sokongan daripada orang lain seperti ibu bapa, adik-beradik dan guru untuk menjadi pembaca yang berkesan.

Persediaan membaca yang aktif bermula apabila pendengaran kanak-kanak telah bersedia. Terdapat beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak. Di antaranya ialah mengajar mereka membentuk rima melalui aktiviti bermain dan membacakan pantun atau puisi yang ada elemen rima.

Ajar kanak-kanak nama huruf dan bunyi serentak. Cara ini merupakan bahagian yang mustahak dan utama dalam proses membaca. Elakkan daripada meletakkan sepenuh keyakinan ke atas kebolehan membaca anak-anak di dalam kelas kerana sesetengah huruf mempunyai bunyi yang hampir sama, dan ini boleh mengelirukan kanak-kanak.

Apabila kanak-kanak belajar membunyikan huruf, ajarkan mereka untuk mengenalkan huruf tersebut supaya dapat mengenal pasti bunyi baru. Pengetahuan ini boleh membantu mereka membaca lebih banyak perkataan baru yang sukar.

Dapatkan beberapa perkataan dan ayat yang mudah, minta mereka sebut dengan betul. Antara contoh perkataan ialah ‘amal’, ‘ramal’, ‘awal’, ‘kawal’, ‘ha’, dan ‘mahal. Manakala ayat yang mudah ialah ‘hari ini hari rabu, hari rabu sani suka baca buku’.

Ibu bapa wajar membantu anak-anak membaca buku-buku terpilih setiap hari. Melalui kebiasaan seperti ini, sedikit demi sedikit minat membaca dapat disuburkan sejak kecil. Dengan pengetahuan yang lebih awal, anak-anak akan belajar sehingga mampu membentuk persepsi sendiri terhadap membaca.

Kanak-kanak sangat gemar dengan buku yang berwarna-warni dan terang. Jika kita bercerita tentang gambar dan membaca perkataan yang tertera, ia dapat membantu membina kemahiran bahasa mereka. Secara langsung mereka belajar memahami bahawa kandungan buku tidak berubah.

Kita akan dapat melihat beberapa perubahan ke atas tabiat mereka terhadap buku seperti menunjukkan minat berkongsi buku, bermain-main dengan aktiviti membaca, mencari-cari muka surat yang mengandungi cerita kegemaran atau membaca dengan nada yang lantang.

Wednesday, January 14, 2009

Usahawan kristal dan permata

Bisnes ini banyak melibatkan wang. Dengan RM80,000, anda dapat membuka galeri barangan kristal, perak dan emas sadur. Tetapi mampukah anda hendak membuka sebuah perniagaan yang macam ini? Jika anda mampu, silakan. Jika tidak, idea ini boleh anda fikirkan.

Berminat dengan kecantikan, personaliti yang menawan dan ramah dengan orang, cukup bagi anda untuk memulakan langkah kecil menjual barang hiasan ini sama ada kristal, permata ataupun emas sadur.

Ketika saya belajar di universiti dulu, seorang pelajar wanita kerap membawa satu set barang perhiasan diri termasuk rantai, cincin dan gelang. Semuanya untuk aksesori wanita. Di samping itu ada juga katalog. Setiap kali berjumpa bakal pelanggan, beliau akan membuka mulut bagi mempromosi bisnes kecilnya itu. Saya tidak tahu apa yang telah berlaku kepadanya sekarang, barangkali telah menjadi usahawan sepenuh masa.

Contoh syarikat besar yang berjaya menjual kristal dan permata ini banyak. Antaranya ialah D'Little Asia. Syarikat diterajui oleh usahawan wanita yang berpengalaman bekerja di syarikat inventori dan perkapalan.

Kejayaan D'Little Asia terletak pada pemilihan lokasi yang tepat, harga yang berpatutan dan sederhana, rekaan kristal yang memenuhi cita rasa dan sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa rekaan kristal dan aksesori.

Belanja yang banyak untuk mengubah suai ruang pameran memang tidak boleh dielakkan kerana bisnes jenis ini memerlukan bakal pelanggan melihat jenis kristal atau permata itu. Tambahan pula barang-barang ini perlu dijaga dengan baik dan nampak sempurna setiap masa.

Jadi, jika anda hendak menjual kristal dan permata, pastikan anda memilih tempat laluan orang ramai supaya mereka dapat melihat barangan jualan anda itu.

Tuesday, January 13, 2009

Malaysia kutuk keangkuhan Israel

Teks usul mengecam serangan rejim Zionis Israel ke atas wilayah Gaza oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat (12/01/2009)

Saya mengucapkan terima kasih juga kepada semua ahli Yang Berhormat yang hadir walaupun notis yang dikeluarkan mengenai sidang hari ini adalah secara tergempar. Saya berterima kasih atas keprihatinan Ahli-Ahli Parlimen Malaysia, tidak mengira agama, bangsa atau haluan politik, yang bersedia membahaskan bersama satu isu yang sangat rapat di hati rakyat Malaysia iaitu penderitaan semasa yang dialami rakyat Palestin dan masa depan keamanan dan keselamatan bagi negara Palestin. Semuanya telah menjadi terancam akibat serangan berterusan ke atas wilayah Palestin oleh rejim Zionis di Israel.

Sesungguhnya, tindak-tanduk tentera Israel, khususnya pengeboman, pembedilan dan pemusnahan harta benda, tanpa sebarang timbang rasa, yang sedang dilakukan oleh mereka di wilayah Gaza perlu dikecam dan dikutuk oleh seluruh dunia.

Saya juga berharap agar perbahasan kita hari ini tidak akan dipolitikkan oleh ahli-ahli dewan yang mulia ini kerana usul yang hendak dibawa oleh kerajaan pada hari bukan bertujuan meraih sokongan politik daripada mana-mana golongan rakyat kita. Perkara ini melibatkan isu pencabulan undang-undang antarabangsa, pencerobohan dan kezaliman ke atas manusia yang dilakukan oleh manusia juga.

Demi mempertahankan kredibiliti negara, kita harus bersepakat menjelaskan kepada seluruh dunia akan pendirian Malaysia terhadap tindakan yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin, khususnya mereka yang berada di wilayah Gaza.

Bahawa mengikut peruntukan peraturan mesyuarat 27(3) dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut:

- Bahawa, Israel telah melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan operasi 'Cast Lead' pada 27 Disember 2008 ke atas wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dari udara dan diikuti dengan serangan oleh pasukan tentera darat bermula pada 3 Januari 2009;
- Bahawa, serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 perlindungan orang-orang awam dalam masa perang;
- Bahawa, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza; dan
- Bahawa, rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghentikan serta-merta keganasan negara Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza.

Dengan ini, dewan ini mengambil ketetapan seperti berikut:

(1) Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak- kanak, termasuk bayi dan warga tua, dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza;
(2) Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut;
(3) Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengadakan sesi tergempar khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - Uniting for Peace - di bawah Resolusi 377a(v) sekiranya pelaksanaan ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gagal menguatkuasakan ketetapannya yang diputuskan pada 8 Januari 2009.
(4) Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel;
(5) Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang;
(6) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;
(7) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;
(8) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta-merta;
(9) Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menubuhkan dengan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa untuk Palestin bagi menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin; dan
(10) Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua dewan perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua kerana membenarkan dewan yang mulia ini membahaskan isu serangan Israel ke atas wilayah Gaza pada petang ini.


Israel melancarkan serangan yang diberi nama Cast Lead, dengan izin, pada 27 Disember 2008.

Menggunakan kelengkapan perang yang serba canggih, termasuk jet pengebom F-16, tentera udara Israel telah membunuh lebih 200 orang rakyat Palestin pada hari pertama itu sahaja.

Lapan hari kemudian, pada tanggal 3 Januari 2009, serangan ke atas Gaza telah diperhebat oleh Israel dengan mengguna tentera darat, termasuk serangan dan bedilan oleh beratus kereta-kebal besar.

Pada hari ini, sekurang-kurangnya 800 orang telah mati di Gaza. Lebih 3,000 orang cedera. Hampir 15,000 orang telah menjadi pelarian dalam negeri kerana hendak lari dari kawasan pertempuran.

Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC), dalam satu laporannya pada tarikh 5 Januari 2008 menyatakan bahawa keadaan kehidupan manusia di Gaza sangat membimbangkan kerana makanan, bahan bakar, ubatan dan keperluan-keperluan asas yang lain terlalu kurang bagi penduduk setempat.

Pada 8 Januari 2009, atas permintaan dari Malaysia dan Brazil, Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNGA, dengan izin, telah mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan sidang tergempar UNGA untuk bersidang dan mengambil sesuatu keputusan yang sesuai, khususnya untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Security Council, dengan izin, supaya bertindak untuk mengisytiharkan gencatan senjata tanpa syarat dan memaksa pihak Israel berundur dari bumi Gaza.

Seolah-olah bertujuan menghalang berlakunya Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - hasil permintaan dari Malaysia dan Brazil itu - Majlis Keselamatan berjaya bersidang dan meluluskan satu ketetapan atau resolusi pada 9 Januari 2009. Harap ahli Yang Berhormat sekalian ambil perhatian bahawa Majlis Keselamatan hanya bertindak setelah mereka membiarkan serangan Israel berlaku selama dua minggu tanpa sebarang keredaan.

Dan kita semua tahu mengapa Majlis Keselamatan tiada maya untuk bertindak. Israel tidak mahu Majlis Keselamatan bertindak. Dan dia ada penyokong kuat dalam Majlis Keselamatan yang menghalang Majlis Keselamatan mengambil tindakan. Sebenarnya, mengenai isu Palestin, Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa vetonya sebanyak 28 kali dalam tempoh 36 tahun sejak 1973, iaitu menyekat Majlis Keselamatan supaya tidak dapat bertindak.

Pembaharuan

Marilah kita bersama-sama menyeru bakal Presiden Barack Obama melakukan sesuatu yang benar-benar membawa pembaharuan. Amerika Syarikat mengaku negara demokrasi yang terulung di dunia. Mengapa ia menolak keputusan pilihan raya umum di Palestin dalam tahun 2006 yang telah memberi kemenangan kepada parti Hamas. Amerika Syarikat mengaku dirinya jaguh mempertahankan hak asasi manusia. Mengapa ia membiarkan Israel membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita biasa serta orang-orang awam lain, semuanya tidak berdosa.

Benar, pada 9 Januari 2009, Majlis Keselamatan telah meluluskan Resolusi No. 1860 (2009) yang mengisytiharkan gencatan senjata di Gaza, mendesak supaya semua pihak mematuhi gencatan senjata dan tentera Israel diarah undur keluar dari wilayah Palestin. tetapi resolusi ini senyap sahaja tentang kepungan atau blockade yang dikenakan oleh pihak Israel ke atas Palestin.

Tetapi, ada dua perkara yang sangat tidak memuaskan bersabit resolusi ini. Pertama, semua 14 negara anggota Majlis Keselamatan telah mengundi menyokong resolusi tersebut melainkan Amerika Syarikat yang telah mengambil keputusan mengundi berkecuali.

Kedua, resolusi itu tidak mengandungi sebarang peruntukan untuk mengadakan satu pasukan antarabangsa, sama ada satu kumpulan pengawasan atau satu pasukan tentera peace-keeping, dengan izin, untuk menyelia gencatan senjata dan menentukan segala arahan dipatuhi.

Oleh kerana tiadanya kumpulan atau pasukan antarabangsa, maka tiada siapa untuk menentukan supaya tentera Israel berundur keluar dari wilayah Gaza. Tiada siapa untuk menentukan bahawa gencatan senjata benar-benar berlaku. Inilah kelemahan Resolusi No. 9567 itu.

Akibatnya, pada ketika ini - iaitu sudah empat hari sejak gencatan senjata diisytiharkan - iaitu pada masa dewan yang mulia ini sedang bersidang, serangan hebat Israel ke atas Gaza masih berlaku dan berterusan. Orang-orang di Gaza terus mati dan cedera. Bilangan yang mati bertambah hari demi hari. Bilangan yang cedera dan kehilangan rumah tangga serta harta benda bertambah hari demi hari. Bekalan makanan, bahan bakar, ubatan dan keperluan-keperluan asas terus berkurangan hari demi hari.

Bekalan bantuan dari dunia luar tidak dapat sampai kepada mangsa-mangsa peperangan yang memerlukannya kerana jalan-jalan ditutup dan tidak selamat bagi pembantu-pembantu untuk bergerak bebas. Barang bantuan juga tidak dapat sampai menerusi pantai Gaza kerana lautan sekeliling gaza di kepung atau, dengan izin, di blockade oleh Israel.

Serangan ke atas wilayah Gaza kali ini adalah yang terburuk pernah dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Palestin sejak penaklukan wilayah itu dalam tahun 1967. Kanak-kanak Palestin ada yang mati terbunuh kena tembak, dengan izin, sniper fire.

Pengeboman dan bedilan kereta kebal Israel secara rambang telah kena tiga buah sekolah yang ditadbir oleh United Nations Relief and Works Agency dan serangan ini mengorbankan berpuluh anak sekolah. Kekejaman tentera Israel terhadap orang Palestin tiada tolok bandingnya.

Malaysia berasa amat sedih dan kesal dengan situasi yang berlaku di Gaza akibat serangan dan tindakan kejam tentera Israel. Beratus orang rakyat Palestin yang tidak berdosa telah menjadi mangsa. Serangan ini telah melumpuhkan sebuah wilayah kecil yang tidak berupaya mempertahankan dirinya daripada serangan kejam yang bertubi-tubi.

Sekatan atau dengan izin, blockade yang dilakukan oleh tentera laut Israel menyekat bantuan tiba melalui laut wilayah Gaza. Malaysia hampa dengan kegagalan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan menghentikan serangan ini, terutama kegagalan Majlis Keselamatan PBB.

Seperti yang sering dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen Malaysia di dewan yang mulia ini, Israel telah sering kali dan secara berterusan bersikap angkuh melakukan tindakan-tindakan yang agresif dan kejam ke atas rakyat Palestin sejak sekian lama.

Pelbagai resolusi telah dilulus oleh Majlis Keselamatan tetapi tidak dihiraukan oleh Israel. Namun, Israel lebih memilih untuk tidak mengendahkan dan membelakangi undang-undang antarabangsa. Sebaliknya, Israel mengambil langkah yang lebih biadab dan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Malaysia pernah menaruh harapan akan usaha pihak Amerika Syarikat untuk membuka jalan penyelesaian melalui Proses Damai Annapolis yang diadakan pada 27 November 2007. Semasa persidangan Annapolis tersebut, persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua pihak, Palestin dan Israel bagi mengadakan rundingan berterusan agar dapat mewujudkan negara Palestin yang bebas dan berdaulat pada akhir tahun 2008. Persetujuan semasa persidangan tersebut disaksikan oleh masyarakat antarabangsa, termasuk oleh Malaysia yang turut dijemput menyertai. Kita merasa amat kecewa apabila Proses Damai Annapolis menemui jalan buntu.

Masyarakat antarabangsa merata-rata mengutuk tindakan rejim Israel menyerang Gaza. Demonstrasi dan protes bagi mengecam tindakan Israel itu diadakan di beberapa negara. malangnya, ada juga pihak yang bersikap serong dan meletakkan tanggungjawab bulat-bulat ke atas pejuang-pejuang Hamas di Gaza yang melancar roket-roket ke arah Israel. Tetapi, ahli Yang Berhormat sekalian haruslah sedar bahawa ini adalah tindakan orang-orang yang terkepung, tidak boleh bebas dan merentas sempadan wilayah mereka sendiri.

Pada 27 Disember 2008, Profesor Richard Falk, pelapor khas hak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai asasi manusia di wilayah yang diduduki, telah menyifatkan pengeboman Israel ke atas Gaza sebagai pencabulan besar terhadap perundangan kemanusiaan antarabangsa (international humanitarian law) seperti yang ditetapkan oleh Konvensyen Geneva.

Walau bagaimana pun, Malaysia tetap tidak berputus asa.

Kerajaan, melalui kementerian luar negeri telah mengarahkan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York supaya terus berusaha demi keamanan dan keselamatan bumi Palestin. Khususnya, beliau telah diarah bekerjasama dan berurusan rapat dengan wakil negara-negara anggota Organization of the Islamic Conference (OIC) dan Non Aligned Movement (NAM).

Sekiranya, gencatan senjata terus tidak berkuat kuasa dan keadaan buruk di Gaza tidak berubah, maka negara-negara yang sependapat dengan Malaysia mestilah berusaha semula untuk meminta Presiden Perhimpunan Agung PBB mengadakan sidang tergempar perhimpunan agung berlandaskan Resolusi No.377 a(v) tahun 1950 - Uniting for Peace.

Saya sendiri telah juga mengutus kepada Setiausaha Agung PBB, Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ketua-ketua kerajaan negara-negara anggota Majlis Keselamatan, negara-negara OIC, negara-negara NAM serta beberapa tokoh seperti Pope Bendict XVI, Barack Obama dan Jimmy Carter, untuk membantu dalam usaha mencari kedamaian di Timur Tengah amnya, dan di Gaza khasnya.

Kementerian Luar Negeri juga telah secara rasminya mengaktifkan "Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin" bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Kerajaan telah menyumbang AS$1 juta kepada penduduk Gaza melalui Mercy Malaysia.

Mengambil kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada ahli-ahli dewan yang mulia ini untuk turut membantu usaha murni ini dengan menggalakkan semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk membantu rakyat Palestin yang kini berada dalam keadaan yang amat daif akibat serangan tentera rejim Zionis.

Selaku masyarakat Malaysia yang sentiasa prihatin dan simpati kepada kesengsaraan golongan yang tertindas, marilah kita sama-sama menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas bagi membantu rakyat Palestin di Gaza. Bersama-samalah kita memanjatkan doa kepada yang maha esa agar bencana kemanusiaan ini dapat dihentikan serta-merta.

Malaysia akan terus memantau perkembangan krisis di wilayah Palestin di Gaza.


[Utusan Online, 13/01/2009]