Wednesday, August 12, 2009

Biografi Mubarak Melaka: Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Aziz Tapa

Penulis: Norliah Kudus
Tahun: 2008
Penerbit: Penerbit Universiti, UTeM, Melaka.
Muka Surat: 145

Menulis biografi seseorang adalah usaha yang perlukan kesabaran. Manfaat yang paling besar ialah generasi muda akan dapat menambah pengetahuan mereka terhadap perjuangan, falsafah hidup dan jati diri tokoh berkenaan. Justeru, usaha Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka melengkapkan tugasan bagi menyempurnakan biografi Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Aziz Tapa sangat bermakna kepada rakyat Malaysia.

Haji Abdul Aziz Tapa berketurunan pahlawan. Lahir pada 13 Jun 1923 di Jasin, Melaka. Beliau adalah antara rakyat Malaysia yang telah melalui tiga zaman penjajahan iaitu zaman Jepun, zaman Bintang Tiga/komunis dan zaman Inggeris. Ketika era Jepun, beliau bekerja membuat batas keledek dengan gaji seminggu empat sen. Selepas British kembali, beliau menjadi guru bahasa kepada isteri seorang pegawai daerah British, Puan Pauwell yang ingin mempelajari bahasa dan kebudayaan Melayu dengan dibayar gaji sebanyak RM150.

Kecintaan Haji Abdul Aziz Tapa dalam bidang pendidikan telah dibalas oleh kerajaan dengan menobatkannya sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 1986.

Selain menjadi guru, beliau juga bergiat aktif dalam politik dan budaya. Dalam politik, beliau turut berjuang menggagalkan pentadbiran Malayan Union di samping menganggotai UMNO apabila Dato’ Onn Jaafar menguruskan penubuhan parti itu. Bagi beliau, hanya UMNO yang mampu memperjuangkan nasib-nasib orang Melayu untuk keluar daripada kemiskinan hidup, pendidikan yang lebih baik dan taraf hidup yang tinggi.

Bakat beliau terserlah dalam budaya yang meliputi seni lukis, seni bina dan reka, seni tari, seni dalam penulisan budaya sastera dan sebagainya.

Haji Abdul Aziz Tapa adalah nama besar di Melaka, seorang tokoh politik dan budayawan ulung bagi pembangunan Melaka. Justeru sumbangan dan bakti beliau akan terus diingati dan dikenang sepanjang masa.

Berguru ke padang datar
Dapat rusa bergelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

5 comments:

  1. Anonymous10:26 PM

    atok saya hebat :)
    -cucunya

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:28 PM

    dia berketurunan pahlawan pe??

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:20 AM

    he's my grandpa :)

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:20 AM

    he's my grandpa :)

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:45 PM

    atok sye terHEBADD !!

    ReplyDelete