Buku lama jangan dibuang. Kalau sudah jadi rezeki, ia tak boleh ditangguh-tangguh lagi nanti menyesal. Buku lama kadangkala dianggap sebagai kitab suci yang memberi banyak keajaiban. Ada buku lama menukar hidup dari miskin kepada kaya, dari susah kepada sesang, dan dari duka kepada suka.
Percayakah anda jika dikatakan seorang usahawan wanita menjadi terkenal kerana buku resepi kakaknya?
MMM Oven Fresh, penyedia pelbagai jenis biskut dan kek enak bermula dengan membuat kuih tradisional Melayu seperti semprit, talam dan pau. Bahan-bahan dan cara menyediakan kuih ini diwarisi daripada keluarga.
Usahawan ini, Maznah Dona, seorang yang cekal dan tabah. Semangat ingin mencuba menjadikannya kaya dengan pelbagai jenis idea ciptaan baru.
Pengalaman membantu ibunya menyediakan kuih ketika hari raya mendedahkan beliau kepada selok-belok membuat kuih ini.
Mula-mula membuat kuih, Maznah hanya membancuh adunan dan belajar memasak daripada buku resepi tulisan kakaknya. Hanya resepi yang mudah-mudah dicuba kerana tidak memerlukan banyak bahan. Lama-kelamaan, beliau mampu menyediakan biskut dan kek yang lebih sedap dan mengikut cita rasa ramai.
salam. En Zahir. thank you for taking time to read my story in the papers. Itu sememangnya kisah benar, dan alhamdulillah dengan berkat usaha saya selama ini, dan istiqomah, focus, rajin, yakin, segalanya mungkin. Rezeki semuanya dari Allah. Kita cuma perlu berusaha dan yakin dengan apa yang kita usahakan. Sekarang ini saya sedang melatih anak-anak saya untuk mengambil alih kerja-kerja saya bila saya dah tak ada lagi di dunia ini. Saya mau segala yang saya ushakan selama ini diwarisi oleh anak cucu saya nanti, dan jadikan mm...oven fresh sebagai warisan zaman berzaman, lambang ekonomi anak melayu jati, lambang kemegahan ekonomi ummah, jika di lihat betul-betul setiap housing development, setiap shophouses yang baru buka semua milik orang, bukan bangsa melayu? kalau setiap kali terjadi macam ni, betul lah "bumi di pijak milik orang!" saya tak rela lihat ini semua terjadi, so saya buat apa yang saya mampu, melalui anak2 cucu2 saya dan mungkin melalui pusat zakat, yadim dan sebagainya, wallahualam.
ReplyDelete