Tuesday, July 14, 2009

Sikap melampau undang bahaya

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan dari DAP telah menuntut kerajaan mengiktiraf semua rakyat dan warganegara Malaysia yang lahir selepas merdeka diklasifikasi sebagai bumiputera. Sebagai tanda bantahan, beliau tidak akan memakai songkok ketika menghadiri sesi pembukaan di DUN Selangor.

M. Manoharan ingin menjadi jaguh kepada semua kaum khususnya India. Beliau juga menuntut kesamarataan bagi semua kaum dalam semua perkara. Sudah tentu tindakannya tidak disenangi oleh ramai orang khususnya rakyat Malaysia yang memahami Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial.

M. Manoharan adalah sebahagian daripada pertubuhan haram Hindraf yang telah mengemukakan 18 tuntutan kepada kerajaan semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pelbagai isu yang berkaitan dengan masyarakat India di Malaysia diketengahkan merangkumi politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Namun, sebahagian besar tuntutan ini jika dipenuhi akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bankrap dan paling miskin di Asia Tenggara.

Cuba kita lihat tuntutan keempat. Hindraf mendesak kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM100 bilion bagi menambah sekolah Tamil dan membina semula 300 buah sekolah berkenaan yang ditutup sejak 50 tahun lalu kerana masyarakat India semakin berkurangan. Seterusnya tuntutan kesepuluh iaitu memberi pampasan sebanyak RM10 bilion bagi setiap kuil (jumlah semuanya 15,000 buah) yang didakwa dimusnahkan sepanjang 50 tahun lalu.

Jumlah pampasan yang diminta ialah RM150 bilion.

Dalam pakej rangsangan ekonomi negara, jumlah bajet yang diperuntukkan tidaklah sebanyak itu. Kenapa kerajaan perlu bersusah payah mengeluarkan wang yang banyak semata-mata memenuhi nafsu tamak sekelompok kaum minoriti di Malaysia?

M. Manoharan cuba menunjukkan bahawa beliau adalah juara kepada keadilan rakyat Malaysia tetapi melalui tuntutan Hindraf, dia menunjukkan tembelangnya diri yang sebenar. Pengkaji melihat adalah lebih baik bagi beliau melihat perkembangan yang sedang berlaku dalam kehidupan generasi muda masyarakat India Malaysia hari ini.

Belia dan remaja India Malaysia sering dikaitkan dengan gansterisme dan runtuh akhlak. Beliau patut menjadi juara dan jaguh bagi membaiki akhlak belia India supaya mereka dapat memberi fokus pada kehidupan yang lebih baik. Menuntut wang berbilion ringgit tidak akan menyelesaikan masalah malah menimbulkan kemarahan kepada orang lain.

M. Manoharan sedang tertekan kerana impiannya terlalu ideal hendak dicapai. Seseorang akan cepat kecewa dan marah apabila tidak mampu membezakan realiti dan fantasi. Masyarakat India Malaysia bernasib baik kerana diberi peluang untuk menjadi warganegara Malaysia selepas merdeka kerana tolak ansur orang Melayu. Sekiranya orang Melayu mengamalkan dasar perkauman yang melampau, sudah tentu M. Manoharan akan dihina dan dihalau keluar dari Malaysia.

Jadi, M. Manoharan perlu bijak menjaga mulutnya supaya kaum-kaum lain tidak terguris dan mengambil tindakan sendiri.

No comments:

Post a Comment