Saturday, July 25, 2009

Colocynthis

Simptomnya menyebabkan keradangan pada urat-urat, muntah dan sakit perut memulas-mulas. Ciri-ciri utama ialah sakit perut; teruk dalam semua keadaan. Sakit perut dengan tajam, kejang disusuli rasa loya, muntah atau cirit-birit. Juga membantu sakit-sakit saraf di sekitar buah pinggang, ovari, kekejangan semasa datang haid, skiatika, rheumatik, pening dan masalah emosi yang akut. Pesakit mesti membongkok. Lega dengan panas atau bila ditekan.

Fikiran: Enggan bercakap. Sangat sedih dan meradang; tidak sabar; marah menyala-nyala.

Kepala: Keliru, ada tekanan di kawasan rongga-rongga mata. Cenderung buatkan rasa pening dan loya. Tekanan di bahagian depan, teruk semasa membongkok atau menolak kepala ke belakang. Sakit menyiat-nyiat, menusuk ke dalam melalui keseluruhan otak, memberi kesan pada kelopak mata atas. Berdenyut-denyut di pelipis kanan, hilang bila dipicit.

Mata: Berdenyut-denyut dalam mata, biji mata sakit; bila tunduk atau membongkok. Tajam memotong-motong dalam biji mata kanan. Kelopak mata atas tersentak-sentak.

Telinga: Bergema dan berdenyut-denyut di kedua-dua telinga terutamanya sebelah kiri.

Hidung: Selesema, teruk di tempat terbuka. Berdenyut-denyut, bergerak dari hidung kiri ke glabella (permukaan tulang antara kedua-dua bulu kening).

Muka: Merah gelap. Mengecut dan menekan ke dalam tulang malar kiri dan sakit menyengat-nyengat, melarat ke telinga dan kepala. Sakit berterusan dalam rahang atas. Sakit menyiat-nyiat dalam pipi.

Mulut: Rasa pahit berterusan. Panas terbakar di hujung lidah jika melecur.

Perut: Lapar. Tidak mahu makan, rasa gatal di kerongkong. Sendawa kosong. Loya dan lapar dari dalam perut. Muntahkan cecair pahit, kuning. Sakit terbakar dalam perut. Perut memulas-mulas selepas makan; teruk sebelah petang. Perut rasa kenyang. Perut kejang sebelah malam, lega dengan sendawa. Perut sangat sensitif bila disentuh. Rasa dipotong dan memulas-mulas di kawasan dada dan abdomen, lega dengan tekanan yang kuat dan diikat kejap-kejap; timbulkan kemarahan.

Abdomen: Kejang di kedua-dua sisi abdomen; teruk selepas ditekan atau menyandar di atas meja. Abdomen kembung dan sangat sakit. Semakin teruk dengan ketat, jerutan dan sakit memotong-motong di kawasan pusat; mesti diikat dua kali; tidak cukup rehat dan menjerit-jerit semasa mengubah posisi; melarat di antara lima hingga sepuluh minit; kentut sekejap-sekejap. Sakit perut lega jika ditekan. Celah kangkang berdenyut-denyut, kiri dan kanan bersilih ganti, ada kaitan dengan ovari. Lega dengan minum kopi dan hisap rokok; melarat dengan makan atau minum.

Najis: Kerap hendak berak, rasa dubur lemah jika terus cirit-birit. Berak berdarah. Najis busuk; banyak keluar angin; berdarah; cair; selepas makan kerap kentut dan sakit dalam abdomen; nipis, berbuih, sembelit, tahi keras.

Kencing: Kerap hendak kencing tetapi sedikit. Air kencing keruh, pekat, busuk, likat dan melekit.

Seks perempuan: Kejang di kawasan ovari kiri. Sangat sakit dalam ovari; kesakitan berganda-ganda dan tidak dapat rehat.

Pernafasan: Kerap gatal dan keradangan di tekak yang sebabkan batuk di sebelah malam. Dada rasa tertekan.

Belakang: Otot-otot tengkuk keras. Tekanan di tengkuk kiri; teruk kalau berpusing. Berterusan wujud tekanan di tulang sulbi semasa bernafas; teruk bila berbaring.

Kakitangan: Sakit rheumatik pada sendi-sendi. Sakit berterusan di tapak tangan kanan. Tekanan dalam ibu jari sebabkan susah hendak menggerakkannya.

Umum: Otot-otot badan kejang dan tersentak-sentak. Pitam dengan sejuk di anggota-anggota luar. Letih. Rheumatik dan kebas.

Demam: Sejuk seluruh badan. Luar badan panas; teruk di bahagian atas. Malam berpeluh, bau seperti air kencing; berterusan hingga ke pagi.

Melarat: Petang; rehat; selepas makan dan minum; kesan-kesan selepas marah.

Lega: Kentut; kopi; merokok; ikat ketat; membongkok; panas; tekanan yang keras.

No comments:

Post a Comment