Friday, June 06, 2008

Sifat hati (8)

Riak

Memperlihatkan amalan kepada manusia di sekeliing, sama ada bertujuan mahukan pangkat di dalam hati manusia ataupun mahu manfaat keduniaan dengan amal ibadatnya seperti mahukan upah atau pujian. Riak adalah haram dan dinamakan juga sebagai syirik kecil (tersembunyi). Firman Allah swt:

Maka kecelakaanlah bagi ahli-ahli sembahyang yang mereka itu lalai dari menyempurnakan sembahyangnya iaitu mereka yang riak. [Surah Al-Maun:4-6]

Sabda Rasulullah saw:

Bahawa sesuatu yang aku paling takuti berlaku atas kamu ialah syirik kecil iaitu riak yang mana pada hari kiamat Allah akan berkata kepada orang-orang yang riak semasa di dunia ketika Allah memberi balasan kepada mereka, pergilah kamu kepada orang-orang yang kamu tunjukkan amalan kepadanya semasa di dunia, adakah kamu akan dapati apa-apa balasan disisi mereka?

Sebab-sebab berlakunya riak ialah:

1. suka dipuji
2. takut dicela
3. tamakkan harta

Bagi menghilangkan riak, hendaklah dihilangkan sebab-sebab yang menjurus ke arah itu. Tetapi harus diingat bahawa suka diuji, takut dicela itu merupakan racun yang membinasakan pahala amalan yang dilakukan selama ini. Ingatlah bahawa Allah swt yang memberi ganjaran bukannya manusia.

No comments:

Post a Comment