Wednesday, June 18, 2008

Menjual barang dengan cara sewa-beli

Bisnes menjual barang dengan cara sewa-beli semakin mendapat sambutan masyarakat. Biasanya ia dilakukan dalam bentuk pakej dengan jumlah modal tertentu. Konsep bisnes jenis ini lebih bersifat menang-menang dengan kedua-dua pihak mendapat manfaat yang seimbang.

Memperkenalkan bisnes ini pun kena ada caranya. Antaranya ialah memperkenalkan "Program Mentor Usahawan" untuk menarik seberapa ramai pelanggan untuk menceburkan diri dalam bisnes.

Ciri-ciri bisnes ini ialah setiap ahli akan dibekalkan dengan barangan. Sebaik sahaja anda mendaftarkan diri dan bersedia dengan bisnes, barangan yang disediakan perlu dijual.

Modal untuk memulakan perniagaan akan diuruskan oleh pihak urus setia (kepada yang memerlukan). Sekiranya ada masalah dengan pihak bank, mereka ada cara lain untuk membantu.


Latihan dan bimbingan yang terbaik biasanya disediakan. Ia merangkumi cara menjual, membuat demonstrasi, teknik terbaik dalam khidmat pelanggan dan khidmat lepas jualan. Peranan latihan sangat penting kerana dapat membaiki kelemahan ketika melakukan bisnes di samping membantu usahawan meningkatkan jualan masing-masing.

Kepada ahli-ahli yang tidak berkemampuan untuk menjual kesemua barangan, mereka mempunyai skim "pembelian balik" - iaitu mereka akan mengambil balik barangan yang dibekalkan kepada ahli "Considered Sold" dan anda akan mendapat bayaran/keuntungan kerana mereka memang telah ada pasaran.

Barangan yang dijual berkonsepkan sewa-beli dan bayaran secara ansuran tanpa riba. Manakala bonus juga dibayar kepada kepada ahli yang memenuhi syarat.

Modal untuk memulakan bisnes sewa-beli bergantung kepada kemampuan anda. Jika banyak wang, anda boleh melabur dengan skala besar, jika tidak, cukuplah sekadar skala kecil sebelum anda mencatat keuntungan yang lebih besar kelak.

No comments:

Post a Comment