Seorang penyelidik dari Universiti Kebangsaan Singapura menjangkakan Malaysia akan menghadapi masalah peningkatan sebanyak 9 peratus penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas menjelang 2030.
Prof. Gavin W. Jones, seorang penyelidik di universiti berkenaan berkata masyarakat Cina di Malaysia menghadapi masalah yang paling besar diikuti kelompok masyarakat India. Penuaan di kalangan penduduk Malaysia ketika ini berada pada tahap 4 peratus.
Walaupun Malaysia turut mengalami kejatuhan dalam kadar kesuburan tetapi jumlah itu lebih baik daripada negeri-negeri jiran seperti Singapura, Thailand dan China.
Di Asia, negara Jepun sedang menghadapi masalah peningkatan bilangan penduduk tua yang sangat serius di mana 23 peratus rakyatnya berumur 65 tahun ke atas diikuti Korea dan Singapura (masing-masing 8 peratus).
Prof. Jones juga mengunjurkan kadar tersebut akan meningkat kepada 34.4 peratus pada 2030, diikuti Taiwan (23.6%), Korea (23.4%), Singapura (22.5%), Thailand (14.6%) dan China (13.9%).
No comments:
Post a Comment