Semenjak kejatuhan kerajaan pusat di Somalia dan meletusnya peperangan pada 1991, lebih daripada 300,000 orang awam terbunuh. Usaha-usaha untuk mengembalikan keamanan kerap kali gagal disebabkan negara itu mula menjadi medan perang bagi konflik puak dan suku kaum.
Suasana perang yang muncul itu sering kali diburukkan oleh intervensi negara-negara luar silih-berganti. Berikut adalah garisan masa sejarah Somalia sehinggalah ke hari ini.
Abad ke-7
Suku Arab mendiami kawasan Coast of Aden dan mendirikan Kesultanan Adal.
Abad ke-6
Kesultanan Adal berpecah kepada beberapa negeri kecil yang merdeka.
Sekitar 1875
Mesir menawan bandar-bandar di sepanjang pantai Somalia.
1987
Mesir mengundurkan diri dari Somalia. Britain mula memasuki Somalia dan menawan kawasan mereka sebagai British Somaliland.
1889
Itali menawan bahagian tengah Somalia dan merampas bahagian selatan.
1936
Itali menggabungkan wilayah Somaliland dengan Eretria dan Habsyah untuk membentuk Itali Afrika Timur.
1940
Itali menawan British Somaliland sebagai sebahagian Perang Dunia Kedua.
1941
Britain mendapat kembali wilayah British Somaliland daripada Itali.
November 1949
Somalia menjadi wilayah lindungan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di bawah pentadbiran Itali.
26 Jun 1960
British Somaliland mendapat kemerdekaan.
1 Julai 1960
Itali Somaliland mendapat kemerdekaan dan bergabung dengan British Somaliland untuk membentuk Republik Somalia. Presiden Aden Abdullah Osman Daar dilantik sebagai presiden yang pertama.
1967
Abdi Rashid Ali Shermake dipilih menjadi presiden kedua.
15 Oktober 1979
Shermake dibunuh oleh salah seorang pengawal peribadinya.
21 Oktober 1969
Mejar Jeneral Muhammad Siad Barre merampas kuasa. Tentera menggantung perlembagaan, mengharamkan 86 parti politik dan berjanji melenyapkan korupsi.
20 Oktober 1970
Said Barre mengumumkan Somalia menjadi negara sosialis.
1974
Somalia menyertai Liga Arab.
Julai 1977
Somalia mengisytiharkan perang terhadap Habsyah dan menyerang Ogaden. Peperangan ini diingati sebagai "perang dingin yang berapi-api."
3 November 1977
Somalia mengusir 6,000 orang rakyat Rusia, Cuba dan sekutu Kesatuan Soviet yang lain.
Mac 1978
Somalia mengundurkan tentera dari Ogaden selepas Kesatuan Soviet dan Cuba campur tangan di sebelah Habsyah.
8 April 1978
Cubaan menggulingkan presiden Said Barre gagal menyebabkan presiden itu menguatkan lagi cengkaman ke atas pentadbiran negara dan mengagihkan kuasa di kalangan saudara-maranya.
Mei 1988
Pergerakan Kebangsaan Somali (SNM) menentang Said Barre di utara negara itu disebabkan undang-undang yang menindas. Di sinilah bermulanya penyuburan penentangan secara bersenjata di Somalia.
Mei 1990
Manifesto diterbitkan di Mogadishu untuk mengumpul semua puak dan suku kaum yang bertelagah bagi mengadakan kenvensyen perdamaian mengalak peperangan. Ia dipersetujui oleh 144 orang ketua puak dan pemimpin berpengaruh termasuk ahli politik, ketua-ketua agama, profesional dan ahli perniagaan.
Disember 1990
Pertempuran sengit meletus di Mogadishu.
27 Januari 1991
Siad Barre meninggalkan Mogadishu dan kumpulan Hawiye, Kongres Kesatuan Somali (USC) menawan bandar tersebut.
28 Januari 1991
USC melantik Ali Mahdi Muhammad sebagai presiden baru, bagaimanapun sayap tentera USC yang diketuai oleh Jeneral Muhamad Farah Aidid menentang perlantikan berkenaan.
Jun 1991
Pertempuran meletus di wilayah timur laut di antara Al-Ittihad Islamic dan kumpulan militia yang setia kepada Somali Salvation Democratic Front (SSDF) yang diketuai oleh Kolonel Abdullah Yusuf Ahmad.
Julai 1991
Konferens dirancang di Djibouti di mana Ali Mahdi dipilih sebagai presiden sementara.
April 1992
PBB melancarkan operasi di Somalia.
Disember 1992
Pasukan Unified Task Force (UNITAF) diketuai Amerika Syarikat mendarat di Mogadishu.
1993
Pasukan marin Amerika Syarikat terbunuh apabila dua helikopter ditembak jatuh oleh militia Somalia.
Oktober 1993
Tentera Amerika Syarikat yang sedang memburu pembantu senior Aidid diserang menyebabkan 18 orang askarnya terbunuh.
1994
"Operasi Mengembalikan Harapan" berakhir secara rasmi.
1995
PBB mengundurkan diri selepas gagal mencapai misi keamanan.
1996
Jeneral Muhamad Aidid mati kerana kecederaan dan digantikan oleh anaknya, Hussein.
Ogos 2000
Pemimpin-pemimpin puak berjumpa di Djibouti untuk memilih Abdi Kassim Salad Hassan sebagai presiden.
Oktober 2000
Hassan dan perdana menteri, Ali Khalif Gelayadh tiba di Mogadishu dan menerima sambutan hangat. Kerajaan yang pertama menjadi realiti sejak 1991.
Ogos 2004
Parlimen sementara dirasmikan di Kenya sebagai satu usaha untuk mengembalikan kerajaan pusat bagi kali ke-14. Parlimen ini melantik Abdullahi Yusuf sebagai presiden.
Julai 2006
Kesatuan Mahkamah Islam (UIC) mengambil alih pentadbiran Somalia.
Disember 2006
Tentera kerajaan Somalia dan Habsyah menawan Mogadishu.
September 2007
Pergerakan Islam membentuk kesatuan baru untuk menentang tentera kerajaan dan Habsyah.
Somalia mengalami dua bentuk pentadbiran di bawah penjajahan British dan Itali. Pembentukan Somalia yang kuat sebagai sebuah negara silih berganti dengan rampasan kuasa dan pertempuran puak yang melibatkan pemimpin-pemimpin handal. Jeneral Siad Barre, Ali Mahdi Muhammad, Jeneral Muhamad Farah Aidid dan Abdullahi Yusuf adalah antara contoh-contoh watak yang mendominasi kuasa politik negara itu.
Mentadbir sebuah negara dengan jumlah pengidap HIV/AIDS sebanyak 43,000 orang daripada 10.7 juta rakyat bukanlah satu perkara mudah. Apatah lagi infrastruktur dan kelengkapan kesihatan yang terhad.
Walaupun 85 peratus etnik di Somalia adalah keturunan Somali, peperangan di antara puak masih berlaku kerana pertelagahan pentadbiran kawasan. Sehingga kini Somalia belum dapat membentuk kerajaan yang tetap sebaliknya hanya sebuah kerajaan sementara.
Pentadbiran kerajaan sangat lemah kerana tidak terdapat pengurusan perkhidmatan yang berkesan. Sebahagian besar penduduk (50 peratus) adalah pengembala ternakan. Kegiatan dan pengembangan ekonomi Somalia memerlukan bantuan USD1 bilion setahun.
Pertelingkahan dalaman di antara kerajaan dan UIC menjadikan Somalia tidak aman daripada berperang. Walau bagaimanapun kelompok ahli perniagaan lebih gemar dengan pengaruh UIC yang memperkenalkan undang-undang syariah kerana Mogadishu memerlukan peraturan untuk mempastikan perniagaan mereka berkembang.
Namun, Amerika Syarikat amat bimbang dengan penguasaan UIC kerana pemimpin kumpulan, Sheikh Hassan Dahir Aweys adalah di dalam senarai pengganas negara kuasa dunia itu. Mereka risau Somalia akan ditadbir seperti Taliban jika Somalia jatuh ke tangan kumpulan ini.
Somalia masih jauh daripada keamanan sebenar. Rakyatnya yang sentiasa berhadapan dengan pertempuran sesama pemimpin sudah jelak dengan kesusahan hidup dan mengharapkan adanya penyelesaian yang berkekalan. Fajar keamanan dan kedamaian hanya akan muncul apabila semua puak bertelagah kembali ke meja rundingan dan mencari kata sepakat untuk membangunkan negara sendiri.
No comments:
Post a Comment