Tuesday, June 10, 2008

Pekerja teknikal serba-boleh

Perkhidmatan membaik pulih ada di mana-mana: rumah, pejabat , bangunan atau setor. Pintu terkopak, tingkap dan cermin pecah, kunci tertinggal di dalam kereta dan motosikal pancit di tengah jalan merupakan bisnes kepada mereka yang kerjanya serba-boleh. Semuanya perlu dibetulkan semula.

Jika anda ada kemahiran tertentu yang boleh menyelesaikan masalah orang ramai, anda patut mengiklankan perkhidmatan tersebut. Tulis nombor telefon dan tampal di tempat strategik seperti 7 Eleven, kawasan perumahan atau iklankan di badan bas. Telefon bimbit anda tidak akan berhenti berdering kerana menerima panggilan daripa suri rumah, penyewa rumah dan warga emas yang tidak tahu membaiki kerosakan di rumah mereka.

Kerja-kerja senggara dianggap tidak membawa banyak wang dan memenatkan badan. Tambahan pula kos untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain mungkin lebih mahal. Sebaliknya kerja-kerja teknikal yang boleh dilakukan dapat memberi pendapatan tambahan yang lumayan dan tidak perlu menyentuh wang gaji bulanan.

Katakan anda bekerja makan gaji dari jam 8 pagi hingga 5 petang seterusnya mengambil upah membuat pintu pagar hingga malam. Hari Sabtu dan Ahad membuat kerja-kerja teknikal sepanjang hari. Bayaran untuk membuat lubang kunci pintu yang selamat sahaja ialah RM100, apatah lagi yang lain-lain.

Dengan jumlah ini, anda mampu menjana pendapatan dari RM800 hingga RM1,000 sebulan.

Kerosakan pada pagar rumah misalnya sangat mudah untuk dibaiki. Cetakkan poster membaiki pagar dan edarkan di kawasan taman perumahan dan cari mana-mana pagar rumah yang perlu dibaiki. Dalam poster berkenaan nyatakan anggaran bayaran dan masukkan ke dalam peti surat dengan disertakan sekali kad bisnes anda.


Pekerjaan teknikal dan buruh jika dibuat bersungguh-sungguh dan rajin, boleh membawa kekayaan. Beginilah caranya orang yang berbakat dan mahu mencari pendapatan tambahan membuat wang dalam hidup mereka.

No comments:

Post a Comment