Thursday, January 17, 2008

Pencari maklumat

"Knowledge is power," ramai yang sedar tentang hal ini. Ramai juga yang percaya maklumat adalah penentu kepada kejayaan atau kegagalan. Melalui maklumat: miskin menjadi kaya, susah menjadi senang, kecil menjadi besar, rakyat menjadi pemimpin dan macam-macam lagi.

Di mana hendak cari maklumat, dan apa tujuannya?


Orang yang tidak berfikir tidak dapat menilai kekuasaan maklumat. Syarikat-syarikat pencari maklumat menjadi kaya-raya kerana menjual maklumat untuk pelbagai jenis produk – media, perubatan, keselamatan, pendidikan, gaya hidup, insurans, fesyen, kewangan dan sebagainya.

Medium yang sangat pantas berubah dan semakin banyak ialah maklumat dalam Internet, surat khabar dan majalah. Setiap pengusaha surat khabar memerlukan maklumat setiap hari, jadi mereka menawarkan pekerjaan kepada orang ramai untuk mencari maklumat ini. Lalu wujudlah pekerjaan yang dipanggil wartawan. Tetapi bagi anda yang tidak mahu menjadi wartawan tetapi ada maklumat, apa yang anda boleh lakukan?

Hantar maklumat tersebut sama ada artikel, bahan kajian, ulasan buku dan sebagainya kepada mereka. Rakan saya dibayar RM250 untuk satu artikel pendek mengenai politik di negara kita.

Bayangkan anda seorang yang rajin membaca surat khabar dan melayari Internet, pada masa yang sama rajin menulis dan bersemangat hendak berkongsi maklumat tersebut, jual sahaja hasil tulisan anda kepada lima atau enam buah majalah atau bahan penerbitan lain. Berapa banyak yang anda akan dapat?


Kalau anda tidak ada bakat menulis tetapi berminat untuk mencari maklumat, tempat yang paling sesuai ialah pergi ke universiti dan cari maklumat berkaitan research assistant ataupun RA. Kerja RA sangat mudah tetapi bayarannya juga lumayan. Bayangkan anda dibayar RM20 hingga RM25 untuk satu borang yang lengkap diisi.

Bukan susah sangat kerjanya. Berjumpa dengan kumpulan sasar anda dan dapatkan maklumat. Empat borang anda sudah dapat RM100, kalau seratus borang, anda sudah ada RM2,000.

No comments:

Post a Comment