Bisnes bakul bayi hanya dibuat untuk mengisi masa lapang atau sebagai hobi. Tetapi seorang usahawan wanita di kelantan, Roaini, berfikiran berbeza. Bakul boleh juga dibuat untuk membawa bayi yang masih kecil.
Idea memulakan bakul berhias untuk bayi ini muncul semasa beliau bekerja makan gaji dengan cara mengambil upah menjahit hiasan sarung bakul daripada seorang pengusaha bakul bayi berhias. Niatnya untuk berhenti daripada mengambil upah menjahit bertukar kepada menjadi usahawan sepenuh masa setelah menyedari peluang dan potensi yang hiasan bakul dapat memberi wang kepadanya.
Modal untuk bisnes bakul bayi hanyalah sebiji mesin jahit, pengalaman, sedikit wang modal permulaan membeli bakul dan kain hiasan yang menarik. Sehingga kini Roaini memiliki enam buah mesin jahit, dapat mengupah empat orang pekerja dan telah berpindah lokasi perniagaannya ke sebuah kedai yang lebih selesa.
Bagaimana seorang wanita yang hanya mengambil upah menjahit berjaya menjadi usahawan yang mampu berdikari?
Pertama, duit yang diperolehi daripada bisnes ini adalah tunai. Dengan jualan dua atau tiga biji bakul sehari, Roaini mampu meraih wang sebanyak RM140 hingga RM200 sehari.
Kedua, pelanggannya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang membeli untuk anak sendiri dan ada yang membeli untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan.
Dan ketiga, tidak ada persaingan. Selain untuk bayi, beliau membuat bakul peralatan bayi yang dihias mengikut cita rasa pelanggannya.
Sekiranya ada teknologi yang dapat menidurkan bayi ketika dalam bakul, sudah pasti bakul keluaran Roaini akan lebih cepat berkembang di pasaran. Bisnesnya juga lebih maju dan rancak.
No comments:
Post a Comment