Wednesday, January 13, 2016

Puji








Suatu hari selepas solat, saya meminta anak saya membawakan telefon pintar untuk membaca al-quran. Perkataan yang saya gunakan ialah mengaji. 

Semasa saya menerima telefon berkenaan, halaman surah yang saya ingin baca sudah terpampang di skrin. Saya memandang anak saya, senyum, memujinya pandai dan mengucapkan terima kasih. Dia juga tersenyum. 

Anak ini berumur 22 bulan. 

Memuji adalah belaian jiwa yang menjadi makanan jiwa. Anak-anak yang sering dipuji akan membesar dengan keyakinan dan keberanian, cepat belajar dan cenderung mengadaptasi nilai-nilai mulia. 

Orang dewasa juga perlukan pujian. 

Jika memuji dengan perkataan, pilihlah perkataan yang tepat, sesuai dengan situasi dan ikhlas. Insya Allah pujian kita akan diingati dan dihargai.


Post a Comment