Monday, January 25, 2016

Martin Luther King, Jr.






Penulis: Sande Smith
Tahun: 2013
Penerbit: World Publications Group, Inc.
Muka Surat: 80

Marthin Luther King, Jr., membawa pergerakan hak asasi manusia ke barisan hadapan dalam kehidupan rakyat Amerika. Pidato “I Have a Dream” yang disampaikan di tangga bangunan Peringatan Lincoln diikuti perarakan ke Washington lebih daripada 40 tahun lalu, kekal menjadi ingatan paling menarik dan dianggap sebagai ucapan pidato yang paling baik dalam era moden. King menyampaikan topik berkaitan tanpa keganasan sebagai cara untuk mewujudkan kesaksamaan, keamanan dan keharmonian. Biar pun dikritik, beliau enggan mengubah pendiriannya. Hari ini, kata-katanya menunjukkan kebenarannya.

King dilahirkan di Atlanta, Georgia, anak lelaki kepada pendeta baptis. Beliau nmenerima ijazah sarjana dari Morehouse College seterusnya ke Crozer Tehological Seminary, Chester, Pennsylvania yang mana beliau menjadi Afrika-Amerika pertama yang dipilih menjadi presiden pelajar.

Mendapat ijazah doktor falsafah dari Boston University School of Theology pada 1955, King menjadi jurucakap kepada Montgomery Bus Boycott yang menyebabkan mahkamah mengisytiharkan undang-undang pengasingan di dalam bas sebagai melanggar perlembagaan. Selepas itu, King menjadi pemimpin Southern Christian Leadership Conference (SCLC) berdasarkan komitmen beliau untuk aktiviti tanpa keganasan.

Antara tahun 1960 hingga 1965, King mengetuai pelbagai demontrasi dan bantahan bagi pihak hak asasi. Pada 1964, Kongres meluluskan Akta Hak Asasi dan beliau dianugerahkan Hadiah Nobel pada tahun yang sama. Peperangan Vietnam telah menarik perhatian ramai rakyat Amerika menyebabkan King berucap menentang peperangan itu. Beliau ditembak dan terbunuh pada 3 April 1968 di balkoni Lorraibe Hotel, Memphis, Tennessee. Kematiannya diratapi rakyat Amerika.

Perjuangannnya telah membentuk struktur baru rakyat Amwerika, melakukan revolusi dalam hak untuk mengundi dan menghapuskan halangan undang-undang yang menghalang Afrika-Amerika daripada mendapat akses sekolah dan kemudahan awam. Semasa kematiannya, King mendapat penghormatan kebangsaan dan kempennya melangkaui sempadan negara.



No comments:

Post a Comment