Wednesday, January 20, 2016

Belajarlah bersyukur








Kita bersyukur apabila mendapat sesuatu yang telah lama kita minta ataupun kita idamkan. Kita meminta dalam doa, kita usahakan dan akhirnya dapat. 

Contohnya seorang pelajar hendak sangat belajar ke luar negara. Beliau pun berdoa setiap hari, pastikan setiap mata pelajaran mendapat gred terbaik dan sentiasa mendorong diri dengan cerita-cerita menarik tentang belajar di luar negara. 

Ada pelajar yang bersyukur sungguh-sungguh kerana dapat belajar di universiti dalam negara. 

Saya ingat di negara kita peluang terbuka luas dan kerajaan tidak henti-henti memberi bantuan, galakan dan sokongan dalam pelbagai bentuk. 

Di negara lain, ada yang bersyukur sangat-sangat hanya kerana dapat masuk ke dalam kelas atau bilik darjah untuk belajar menulis, membaca dan mengira. 

Di mana-mana kedudukan kita, belajar untuk sentiasa bersyukur.


Post a Comment