Wednesday, January 27, 2016

Lumrah hidup








Laluan hidup dan suasana yang dilalui oleh setiap orang berbeza-beza tetapi semuanya mahukan kehidupan yang harmoni, senang dan bahagia. Ada yang dapat merasai hidup seperti ini mengikut latar belakang dan kerjaya masing-masing. 

Cabaran dan masalah pun sama iaitu berdasarkan sejauh mana tanggungjawab dan peranan masing-masing. Ada masa kita dapat melalui susah payah dengan agak mudah dan ada kalanya susah dan gagal sama sekali. 

Contoh mudah ialah ada rakan-rakan kita berjaya mendapat kerja dengan sekali temu duga, ada yang dua tiga kali dan ada yang tidak pernah berjaya. 

Semua ini adalah lumrah. 

Untuk mengelak dari menghadapi tekanan atau emosi tidak stabil, dari semasa ke semasa kita kenalah sentiasa mendorong kekuatan diri, dapatkan sokongan orang lain dan terus berdoa.


Post a Comment