Thursday, January 28, 2016

Pengaruh agama Islam dalam masyarakat Melayu








1.0 Pengenalan

Agama Islam yang lahir di Semenanjung Tanah Arab telah tersebar ke merata dunia merangkumi sebahagian Eropah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara. Kedudukan Asia Tenggara yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara timur dan barat telah membolehkannya menjadi sebuah wilayah terbuka yang dikunjungi oleh pedagang dari serata dunia sejak awal abad masihi lagi. Kehadiran Islam di rantau ini turut memperlihatkan pembabitan pedagang Islam dalam perdagangan di wilayah ini sejak dahulu lagi. Pedagang Islam telah berdagang di pelabuhan seperti Perlak, Pasai, Acheh, Pattani dan Brunei. Di Tanah Melayu, Melaka telah menjadi pusat perdagangan utama. Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang  dan Johor juga merupakan pusat penting sama ada pusat perdagangan mahupun sebagai pusat perkembangan Islam. Pertapakan Islam di Tanah Melayu telah mula pada sekitar abad ke-13 ke abad-14. Walau bagaimanapun, pengaruhnya dalam politik, ekonomi, sosial hanya menjadi lebih ketara dan mantap teras penting kepada ekonomi, sosial, dan politik negara. Melaka telah menjadi pusat penyebaran Islam yang penting di Alam Melayu. Peranan ini telah dilakukan melalui perluasan kuasa, perkahwinan, pendidikan dan kegiatan intelektual.

1.1  Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini adalah mengetahui pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu, mengenal pasti pengaruh Islam dalam pemikiran masyarakat Melayu dan mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan.


2.0 Sorotan Literatur


Pengaruh Islam terhadap masyarakat Melayu banyak memberi kesan sehingga ke hari ini. Ianya memberi impak yang besar terhadap beberapa perkara antaranya politik, sosial dan ekonomi. Terdapat beberapa kajian yang mengemukakan pendapat dan pandangan dari pelbagai pihak antaranya sejarahwan, pihak organisasi badan kerajaan dan bukan kerajaan. Literatur ini bertujuan memperlihatkan kajian-kajian dahulu.


Terdapat beberapa kajian tentang pengaruh Islam terhadap masyarakat Melayu. Kajian lepas dari buku sejarah tingkatan empat menunjukkan teori kedatangan Islam. Antaranya teori kedatangan Islam secara langsung dari  Tanah Arab iaitu pada zaman pemerintahan khalifah  Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid seramai 100 orang mubaligh telah berlayar ke Nusantara untuk menyebarkan Islam.Teori kedatangan Islam melalui China pula tersebar pada zaman khalifah Uthmaniah.Teori kedatangan Islam melalui India pula adalah disebabkan faktor perdagangan antara Gujeratdan Nusantara.

Kajian juga mendapati  pengaruh Islam telah banyak membawa perubahan terhadap Tanah Melayu amnya dah masyarakat Melayu khususnya. Dari segi politik kedatangan Islam telah membawa perubahan yang radikal sehingga membawa kemunculan “zaman baru” di Alam Melayu.

Kajian tentang pengaruh Islam dalam bidang sosial pula didapati tidak berlaku secara keseluruhannya tetapi masih memberi sedikit impak contohnya Wertheim berpendapat bahawa kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mulai berasa diri mereka dihargai seperti golongan lain. Nilai sosialnya tidak sama dengan ajaran hindu yang mempunyai pelbagai kasta dan kedudukan. Walaupun begitu, struktur sosialnya tidak banyak menerima perubahan kerana organisasi sosial seperti negara kota dan corak pemerintahan feudal masih kekal.

Kajian tentang kesan kedatangan Islam dalam bidang kesenian pula telah dibuktikan oleh para sejarahwan. Antara bukti yang dapat dikesan adalah pada batu-batu nisan, binaan-binaan, masjid dan perhiasan seperti seni khat dan sebagainya. Secara umumnya, pada makam atau batu nisan tersebut tulisan dan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat Al-Quran serta ajaran-ajaran Islam juga angka-angka Arab telah tertera dan menunjukkan pengaruh Islam terhadap kesenian Tanah Melayu.

Juateru dapat rumuskan bahawa pengaruh Islam terhadap masyarakat Melayu telah berkembang sejak berkurun dahulu. Ianya telah memberi kesan terhadap pelbagai aspek terutamanya melibatkan masyarakat Melayu antaranya pemakaian, pemikiran dan gaya hidup. Beberapa kajian sebelum ini juga telah membuktikan tentang perkara ini.


3.0 Metodologi

Dalam mendapatkan informasi dan maklumat yang tepat tentang kajian ini, beberapa alternatif telah dilakukan. Hampir keseluruhan bahan kajian telah diambil daripada  internet merangkumi tajuk-tajuk yang asas sehingga yang lebih mendalam. Seterusnya ada beberapa buku digunakan dalam menyiapkan kertas kerja ini sebagai maklumat untuk memahami pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu.

Bagi memperoleh dapatan kajian yang lebih tepat, borang soal selidik telah dibentuk berpandukan kepada tujuan dan matlamat kajian. Selain itu, borang soal selidik ini juga dibentuk agar dapat menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan.

Borang soal selidik ini dikemukan kepada 30 orang secara rawak berdasarkan keterbukaan responden untuk menerima dan sudi bekerjasama. Responden yang menjawab borang soal selidik ini dalam kalangan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang terdiri daripada Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, Fakulti Kejuruteraan Elektronik, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan.


4.0 Hasil Kajian

Ini mengenai tentang hasil analisis data yang telah diperolehi dalam soal selidik yang telah dijalankan.

Rajah 1: Jantina responden

Berdasarkan Rajah 1, daripada seramai 30 responden, jumlah lelaki ialah 14 orang yang mewakili 34% dan jumlah perempuan adalah 16 orang yang mana mewakili 66%.

Rajah 2: Agama yang dianuti responden

Berdasarkan Rajah 2, sebanyak 14 orang atau 46% yang beragama Islam manakala 11 orang atau 37% yang beragama Buddha daripada seramai 30 responden. Selain itu, terdapat tiga orang dengan peratusannya 10% yang beragama Hindu dan dua orang dengan peratusan sebanyak 7% yang beragama Kristian.

Rajah 3: Bangsa responden

Berdasarkan Rajah 3, daripada seramai 30 responden terdapat 14 orang Melayu dengan peratusannya 47%, 12 orang Cina atau 40%, tiga orang India dengan 10% dan terdapat 1 bangsa lain-lain dengan peratusannya 3%.

Rajah 4: Fakulti responden

Berdasarkan Rajah 4, terdapat lima orang (36%) dari FTMK, 7 orang (18%) dari FKEKK, 3 orang (7%) dari FKE, dua orang (5%) dari fakulti FKP, lima orang (13%) dari FPTT, tiga orang (8%) dari FKM dan terdapat lima orang (13%) dari FTK daripada 30 orang responden.

Rajah 5: Masyarakat Melayu berpakaian menutup aurat sejajar dengan pengaruh Islam.

Berdasarkan Rajah 5, daripada 30 responden sebanyak lapan orang atau 26.67% mempunyai pendapat sangat setuju, setuju dan tidak pasti terhadap masyarakat Melayu berpakaian menutup aurat sejajar dengan pengaruh Islam manakala, tiga orang atau 10% mempunyai pendapat dalam tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Rajah 6: Masyarakat Melayu mengamalkan adab dan tatatertib keislaman.

Berdasarkan Rajah 6, sebanyak enam orang dengan peratusannya 20% berpendapat sangat setuju terhadap masyarakat Melayu mengamalkan adab dan tatatertib keislaman. Manakala, terdapat majoriti iaitu 11 orang atau 36.67% mempunyai pendapat setuju. Terdapat juga sembilan orang atau 30%  tidak pasti dalam tentang penyataan ini. Selain itu, juga terdapat tiga orang atau 10% berpendapat tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Rajah 7: Budaya tolong-menolong dan gotong-royong menjadi amalan masyarakat Melayu.

Berdasarkan Rajah 7, sebanyak lima orang atau 16.67% mempunyai pendapat sangat setuju terhadap budaya tolong-menolong dan gotong-royong menjadi amalan masyarakat Melayu. Manakala, terdapat majoriti iaitu 17 orang atau 56.67% mempunyai pendapat setuju. Terdapat juga tujuh orang dengan peratusannya 23.33%  tidak pasti dalam tentang penyataan ini. Selain itu, juga terdapat seorang atau 3.33% berpendapat tidak setuju.

Rajah 8: Undang-undang semakin adil dan saksama yang disebabkan banyak mengikut dari pengaruh Islam.

Berdasarkan Rajah 8, sebanyak tiga orang atau 10% mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap undang-undang semakin adil dan saksama yang disebabkan banyak mengikut dari pengaruh Islam. Manakala, terdapat 10 orang atau 33.33% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga lebih banyak orang iaitu 11 orang atau 36.67%  tidak pasti dalam tentang penyataan ini. Selain itu, juga terdapat lima orang atau 16.67% berpendapat tidak setuju. Di samping itu, terdapat seorang atau 3.33% sangat tidak setuju dalam penyataan ini.

Rajah 9: Semakin banyak madrasah dan sekolah pondok ditubuhkan sama seperti pengaruh Islam menjadikannya pusat pendidikan.

Berdasarkan Rajah 9, sebanyak lima orang atau 16.67% mempunyai pendapat sangat setuju terhadap semakin banyak madrasah dan sekolah pondok ditubuhkan sama seperti pengaruh Islam menjadikannya pusat pendidikan. Manakala, terdapat 10 orang atau 30% mempunyai pendapat setuju. Terdapat majoriti 12 orang atau 40%  tidak pasti  tentang penyataan ini. Selain itu, juga terdapat tiga orang atau 10% berpendapat tidak setuju.

Rajah 10: Masyarakat Melayu cenderung menjadikan tokoh-tokoh Islam sebagai rujukan.

Berdasarkan Rajah 10, sebanyak empat orang atau 13.33% mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap masyarakat Melayu cenderung menjadikan tokoh-tokoh Islam sebagai rujukan. Manakala, terdapat 9 orang atau 30% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga 15 orang atau 50%  tidak pasti dalam tentang masalah ini. Selain itu, juga terdapat dua orang atau 6.67% berpendapat tidak setuju.

Rajah 11: Orang Islam negara lain yang berlainan di negara Malaysia menjadi punca juga pengaruh Islam tersebar.

Berdasarkan Rajah 11, sebanyak lima orang atau 16.67% mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap orang Islam negara lain yang berlainan di negara Malaysia menjadi punca juga pengaruh Islam tersebar. Manakala, terdapat 14 orang atau 46.67% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga sembilan orang atau 30%  tidak pasti dalam tentang masalah ini. Selain itu, juga terdapat dua orang atau 6.67% berpendapat tidak setuju.

Rajah 12: Keadaan di negara-negara Arab mempengaruhi pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan.

Berdasarkan Rajah 12, sebanyak dua orang atau 6.67% mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap keadaan di negara-negara Arab mempengaruhi pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan. Manakala, terdapat lima orang atau 16.67% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga 21 orang atau 70%  tidak pasti dalam tentang masalah ini. Selain itu, juga terdapat dua orang atau 6.67% berpendapat tidak setuju.

Rajah 13 : Pengaruh Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu banyak mempengaruhi paradigm masyarakat Melayu.

Berdasarkan Rajah 13, sebanyak enam orang atau 20% mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap Pengaruh Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu banyak mempengaruhi paradigm masyarakat Melayu. Manakala, terdapat 10 orang atau 33.33% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga 12 orang atau 40%  tidak pasti dalam tentang masalah ini. Selain itu, juga terdapat dua orang atau 6.67% berpendapat tidak setuju.


5.0 Kesimpulan

Bedasarkan kajian yang telah dilakukan, kedatangan Islam ke Tanah Melayu jelas telah membawa pengaruh yang cukup besar kepada masyarakat Melayu. Islam yang tersebar ke seluruh Tanah Melayu melalui beberapa faktor telah berjaya merubah kepercayaan, pemikiran dan cara hidup orang-orang Melayu sehingga membentuk satu peradaban Melayu yang berbeza dengan sebelumnya. Pengaruh Islam ini terus berkembang dengan baik dalam tempoh yang agak lama. Namun begitu pengaruh Islam telah terjejas apabila pihak Barat datang menjajah terutama penjajah British atau Inggeris yang telah berjaya mencampuri urusan hal-ehwal orang-orang Melayu dengan memperkenalkan dasar-dasar Barat menerusi sistem residen. Akibatnya nilai-nilai tradisi dan agama Islam yang mewarnai politik, perundangan, ekonomi dan pendidikan dalam masyarakat Melayu semakin terhakis dan terpisah.

Walaupun penjajahan Inggeris telah menjejaskan pengaruh Islam dan membantutkan perkembangannya dalam pelbagai aspek, namun dari aspek kepercayaan dan pegangan akidah orang-orang Melayu tidak terjejas dan tetap dipertahankan. Akidah Islam yang sudah tertanam dalam diri dan sebati dengan jiwa orang Melayu sejak sekian lama telah membangkitkan kesedaran dan semangat di kalangan mereka untuk berjuang menentang penjajahan Barat ini sehinggalah membawa kepada kemerdekaan tanahair pada tahun 1957.  Selepas mencapai kemerdekaan, pengaruh dan perkembangan Islam kembali mewarnai peradaban Malaysia.

Cadangan yang boleh diberikan adalah undang-undang Islam diterapkan sistem perundangan seperti dalam Undang-undang 99 Perak berkaitan dengan perkahwinan, penceraian, penzinaan dan lain-lain. Selain itu, Sultan bertanggungjawab memerintah dengan adil berpandukan Al-Quran dan hadis. Pemikiran orang Melayu mula dipengaruhi oleh persoalan-persoalan hukum syarak. Dalam melakukan sesuatu perkara orang Melayu akan memikirkan sama ada sesuatu itu haram, halal, wajib, sunat, harus, makruh, fardu a’in, fardu kifayah dan sebagainya. Pengaruh seni khat atau kaligrafi menjadi hiasan utama di masjid dan madrasah.


Rujukan

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1984). Sejarah Dan Pemikiran Islam. Damansara           Utama: Penerbitan Pena.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (2000). Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Abdullah Ishak. (1990). Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu). Petaling Jaya: Al-Rahmaniah.

Ahmad Mohamad Ibrahim. (1986). Sistem Undang-undang Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dasuki Haji Ahmad. (1986). Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. (2004). Cetakan ke Empat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mahayudin Haji Yahaya. (1998). Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Zaki Badawi. (1962). Latar belakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


MZ Zainudin, Majidah Mahadhir, Chong See Yee, Ling Sui Voon, Tan Zhen Yee, Nurfarihatul Jannah Abu Bakar, Nor Hamizah Hamza



Post a Comment