Monday, January 18, 2016

Nelson Mandela a force for freedom






Penulis: Christina Scott
Tahun: 2014
Penerbit: SevenOaks, London, UK.
Muka Surat: 176

Nelson Mandela merupakan salah seorang tokoh yang paling popular, lelaki yang sinonim dengam perjuangan yang panjang dan penuh ranjau terhadap rejim rasis Afrika Selatan dan menggantikannya dengan demokrasi pelbagai bangsa.

Hari ini, beliau dilihat sebagai simbol kebebasan dunia, duta hak asasi, pejuang pembebasan yang mempunyai pengaruh dan imej moral melangkaui sempadan negaranya.

Buku yang penuh dengan gambar dan kemas kini maklumat ini merangkumi perjuangannya, mengisahkan urutan detik-detik penting Nelson Mandela, dari masa-masa sebagai aktivis pelajar dan pemimpin gerila hingga ke kedudukannya sebagai pemimpin negara.

Dari perbicaraan yang meloyakan hinggalah berada di sebalik tirai besi selama 27 tahun, kemudiannya kegembiraan terhadap pembebasan seterusnya sebagai presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan, Christina Scott membawakan perspektif segar dan pengalaman baru yang menjelaskan kesedihan dan inspirasi yang melingkari watak yang diingati ini.


Post a Comment