Tuesday, January 26, 2016

Persepsi masyarakat terhadap kepelbagaian etnik di Malaysia








1.0 Pengenalan

Pluralisme budaya bukan fenomena baru dalam Alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda dan British) dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 masihi lagi.

Pertembungan dan pertemuan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam Alam Melayu iaitu fenomena kepluralitian budaya. Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.

Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, di sini A,B, dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka.

1.1 Objektif Kajian

Antara objektif yang diperolehi dalam kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi masyarakat terhadap kepelbagaian etnik, mengenal pasti kepelbagaian dan budaya masyarakat pelbagai etnik, mengenal pasti jurang kefahaman masyarakat terhadap keperluan masyarakat pelbagai etnik dan mengetahui tahap pengetahuan masyarakat mengenai etnik lain.


2.0 Kajian Literatur

Kajian dilakukan oleh Salma Ishak dari Universiti Utara Malaysia mengenai hubungan kaum di kalangan pelajar. Objektif kajian itu adalah mengenal pasti suasana/iklim interaksi antara kaum dalam kalangan mahasiswa, mengenal pasti tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum dalam kalangan pelajar di dalam kampus, meneliti kecenderungan persepsi pelajar terhadap hubungan antara kaum dalam persekitaran kampus dan mengenal pasti hubungan antara suasana/iklim interaksi antara kaum, tahap keselesaan berinteraksi antara kaum dan persepsi pelajar terhadap hubungan antara kaum.

Kajian ini dijalankan di Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia. Populasi kajian adalah pelajar program ijazah sarjana muda yang berada pada semester kelima dan ke atas. Hasil kajian mereka menunjukkan situasi yang lebih positif (57%) mengatasi suasana/iklim interaksi yang lebih negatif yang menunjukkan peratusan sebanyak 43 %. Oleh itu suasana/iklim interaksi di dalam kampus adalah menunjukkan kecenderungan kepada keadaan yang positif.

Pembelajaran bahasa Mandarin diperhatikan menjadi satu pelajaran pilihan yang meningkat popular. Kajian Heng Buai Chin et.al (2005) yang berjudul “Pendidikan Bahasa Cina di Kalangan Pelajar Melayu, Satu Kajian Kes di Negeri Kelantan” (asas/gunaan) meneliti dan mengenal pasti apakah faktor-faktor pendorong yang menyumbang kepada penghantaran anak-anak Melayu ke SJKC di Kelantan.

Kajian itu menunjukkan ibu bapa Melayu mahukan anak mereka menguasai tiga bahasa. Di samping Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, mereka juga berharap anak mereka boleh menguasai Bahasa Cina yang nilai ekonominya semakin tinggi. Ia disebabkan juga oleh faktor ekonomi yang mendorong ramai ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kebanyakan dari pelajar tidak menghadapi kesukaran belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina, hanya segelintir dari pelajar miskin menghadapi masalah dalam pembelian buku latihan yang banyak dan mahal.


3.0 Hasil Kajian


Rajah 1: Mengetahui KeKKWA

Rajah 2: Mengetahui terdapat kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia

Rajah 3: Mengetahui ciri-ciri sesebuah etnik

Rajah 4: Berminat untuk mengetahui tentang kebudayaan yang terdapat di Malaysia

Rajah 5: Hidup harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik

Rajah 6: Kepelbagaian hubungan etnik mempengaruhi gaya hidup

Rajah 7: Menyertai kempen-kempen kepelbagaian etnik yang dianjur kerajaan

Rajah 8: Bersetuju hidup dalam kepelbagaian etnik menjamin perpaduan sesebuah negara

Rajah 9: Merasai hidup pelbagai etnik ini satu masalah


4.0 Kesimpulan

Hasil daripada kajian ini, majoriti respondan tidak mengetahui kewujudan Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan. Ini kerana kurangnya aktiviti-aktiviti yang melibatkan kementerian tersebut. Dalam borang kaji selidik, respondan diminta memberi cadangan bagi meningkatkan pengetahuan meraka tentang kepelbagai etnik di Malaysia.

Kebanyakan daripada meraka menyatakan bahawa pihak kerajaan harus memainkan peranan penting seperti mengadakan kempen-kempen tentang kepelbagaian etnik. Peranan media elektronik juga haruslah memainkan peranan penting bagi mempromosikan kempen-kempen kepelbagaian etnik di Malaysia. Respondan juga berpendapat, setiap masyarakat haruslah mempunyai inisiatif sendiri dengan menyertai kempen-kempen yang dianjurkan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan pengetahuan tentang kepelbagaian etnik di Malaysia.


Rujukan

http://www.scribd.com/doc/50367068/kajian-literatur-Hubungan-etnik
http://nuar69.blogspot.com/2008/07/perkasakan-pengajian-hubungan-etnik.html


MZ Zainudin, Mohamad Muzammir Rosli, Saiful Bahrin Abu Bakar, Ahlam Faiyz Yaacob, Mohd Hafiz Ismail, Bazli Faiq Zaini


No comments:

Post a Comment