Friday, May 16, 2014

Selamat hari guru








Hari guru tahun ini saya ingin mengenang kembali kisah zaman persekolahan bersama guru-guru sekolah rendah. Kali ini saya kenang Cikgu Ibrahim, guru bahasa Melayu yang mengajar saya ketika darjah lima.

Cikgu Ibrahim agak berusia juga. Dia ke sekolah hanya dengan berbasikal dari Kodiang Lama.

Kenangan saya dengan Cikgu Ibrahim ialah apabila dia meminta saya dan rakan-rakan sekelas mengeja perkataan "lengang" iaitu keadaan tidak sibuk. Oleh kerana tidak mendengar dengan jelas, saya mengeja "lenggang".

Akhirnya saya kena buat pembentulan beberapa kali sehingga betul.

Walaupun salah ejaan, Cikgu Ibrahim tidak pun marah marah senyum dan meminta saya menulis sehingga betul.


Disebabkan pengajaran beliau, saya lebih mahir dalam bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment