Penulis: Hasan Al-Banna
Tahun: 2014
Penerbit: Pustaka Salam, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 64
Dalam risalah ini dibawakan beberapa hadis Nabi Muhammad saw yang membantu al-Ikhwan (anggota Ikhwan Musimin) berorganisasi berlandaskan kepada landasan Islam yang jelas. Sesungguhnya tidak ada perkara yang boleh mengislahkan (membaiki) umat ini melainkan dengan perkara yang telah mengislahkan generasi pertama umat ini.
Dalam meyusun risalah ini, penulis telah menyusun semaksimum mungkin agar penyusunannya mengikut tertib manhaj yang sayugia dilalui oleh al-Ikhwan. Saya mulakan dengan niat yang ikhlas. Hadis niat ini adalah hadis pertama yang didapati dalam kitab Sahih al-Bukhari. Begitu juga generasi salafussoleh amat gemar memulakan penulisan mereka dengan hadis ini. Imam al-Nawai r.a telah menyebut dalam kitabnya al-Azkar yang dipetik daripada kata-kata al-Fudhail bin Iyadz;
"Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya'. Beramal kerana manusia adalah syirik. Dan keikhlasan menjadikan Allah menyelamatkan kamu daripada kedua-duanya".
Seterusnya penulis membincangkan mengenai al-masuliah fardiah (tanggungjawab individu) supaya setiap al-akh (anggota Ikhwan) merasai hak-hak Allah yang wajib ditunaikannya. Kemudian penulis membincangkan mengenai at-taawun (tolong-menolong) yang merupakan unsur asas dalam beramal. Kami telah membincangkan secara terperinci mengenai kedudukan seorang al-akh di sisi saudaranya yang lain, akhlak yang seharusnya dihayati seperti muraqabtullah, sentiasa muhasabah diri sebelum muhasabah saudaranya, menjaga hubungan baik dengan mereka secara nyata dan tersembunyi dan beramanah terhadap ilmu.
Kemudian dibincangkan adab-adab dalam setiap perhimpunan dimulakan dengan adab-adab meminta izin untuk memasuki rumah, adab memberi salam, adab duduk, bertanyakan yang tidak hadir, adab bercakap, adab mendengar, berbincang, bergurau senda, membaca al-quran, adab makan, adab tidur dan tahajjud kemudian doa menutup majlis dan bersurai.
Bahagian kedua ini, sebagaimana yang dinyatakan tadi disusun mengikut pertemuan yang menjadi kebiasaan al-Ikhwan. Penulis menyusun sedemikian bukan bermaksud semestinya mengikut urutan ini tetapi yang pentingnya ialah mereka beriltizam dengan adab-adab ini. Sesungguhnya Allah swt menyeru kita supaya mencontohi Rasulullah saw seperti dalam maksud surah Al-Ahzab ayat 21,
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (masa susah dan senang)".
Namun begitu, bukanlah bermaksud penulis hanya mengharapkan al-Ikhwan berpada degan hadis-hadis ini sahaja malah sepatutnya mereka merujuk kepada kitab-kitan adab Islamiah dan pedoman Nabi Muhammad saw supaya dapat menguatkan hubungan mereka dengan agamanya.
Penulis menggunakan beberapa rujukan untuk menghasilkan risalah ini seperti kitab al-Azkar dan Riad as-Salihin oleh Imam an-Nawawi, at-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Hafiz al-Munziri, Taisir al-Wusul ila Jami' al-Usul oleh al-Dibag al-Syibani, Zad al-Ma'ad oleh Imam Ibnu Qayyim dan al-Adab as-Syari'iyyah wa al-Manhu al-Mariyyah oleh Ibnu Mufleh al-Maqdisi.
Secara umum, risalah ini merupakan himpunan taujihat dan adab-adab dalam Islam yang terdapat dalam kitab-kitab muktabar. Walaupun begitu, program tarbiah dalam jemaah Ikhwan Muslimin menggunakan pelbagai wasilah seperti usrah, qiamullail, rehlah dan sebagainya.
Dalam setiap perjumpaan ini sering berlaku perbincangan, gurau-senda, membaca al-quran dan sebagainya. Maka adalah wajar risalah ini ditulis bagi memastikan setiap aktiviti yang dilakukan mempunyai sandaran syarak dan mengikut adab-adabnya sebagaimana diajarkan Islam.
Assalam. Macam mana saya nak dapatkan buku ni?
ReplyDeleteHubungi Pustaka Salam.
Delete