Monday, May 05, 2014

Hasan A-Banna perjuangan belum selesai








Penulis: Abdul Latip Talib
Tahun: 2014
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor.
Muka Surat: 283

Berkali-kali Hasan Al-Banna berkata, “Jikalau engkau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah sahaja dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain. Jikalau engkau mencari kebenaran, maka engkau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah.”

Bermula daripada tiada, Hasan Al-Banna membina Ikhwan Muslimin yang menjadi pergerakan Islam yang terus menjadi inspirasi kepada perjuangan Islam di seluruh dunia.

Kisah beliau bukan kisah biasa. Menjadi anak kepada tukang kunci yang alim, beliau mencorakkan hidupnya menjadi seorang pejuang. Yang hidupnya hanya untuk Islam dan akhirnya beliau syahid sebagai tokoh yang pengaruhnya masih kuat sehingga sekarang.

Penceritaan kisah Hasan Al-Banna dalam bentuk novel tidaklah membosankan kerana kita boleh menghayati peristiwa penting dalam hidup pejuang ini. Walaupun imaginasi penulis agak berbeza namun kehadiran buku ini membantu kita mengenali sejarah hidup Hasan Al-Banna dengan lebih baik. Jika diamati kisah beliau, buku-buku yang berkaitan dengan beliau lebih cenderung kepada mendedahkan corak pemikiran dan impiannya terhadap masa hadapan Islam seluruh dunia.


No comments:

Post a Comment