Penulis: Dr Yusuf al-Qardhawi
Tahun: 2013
Penerbit: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Nilai, Negeri Sembilan.
Muka Surat: 678
Kitab ini dinamakan al-Halal wa al-Haram fi Islam merupakan antara karya yang awal dikarang oleh Dr Yusuf al-Qardhawi. Cetakan pertama pada tahun 1959 dan diulang cetak lebih daripada 13 kali di samping edisi cetak rompak yang dilakukan banyak kali.
Kekuatan buku ini terletak pada sifat keterbukaan tanpa taksub dan tidak memperlekeh pendapat yang bertentangan dan tidak sehaluan. Pendekatan Dr Yusuf adalah mudah dengan menjadikan al-quran dan as-sunnah sebagai sumber utama dan paksi dalam mengistinbatkan hukum dengan tidak mengabaikan pandangan ulama muktabar terdahulu.
Dalam karya ini penulis membicarakan banyak perkara berkaitan kehidupan Muslim.
Walaupun buku ini tidak merangkumi jilid yang tebal tetapi cukup untuk meliputi semua aspek kehidupan yang membabitkan halal dan haram. Lain-lain keistimewaan buku ini ialah:
-menjawab dan menghurai permasalahan ummah pada masa kini.
-memperkenalkan masyarakat kepada dalil-dalil sama ada secara naqli atau aqli.
-memimpin pembaca untuk makrifah dan mengenali cara istinbat hukum.
-menjelaskan bagaimana penggunaan kaedah usul fiqh dan kaedah fiqh.
-mengemukakan fatwa ulama dan pendapat mereka.
-medahulukan maslahah dan menolak mafsadah dalam mengemukakan hukum ijtihad.
-tidak terikat dengan hanya satu-satu mazhab.
-menjawab isu-isu kontemporari dan moden dengan menghubungkan illah pada qias.
Dr Abdul Aziz Hanafi menyifatkan buku ini amat sesuai menjadi rujukan masyarakat Islam terutama untuk khalayak umum kerana ianya benar-benar berada di pentas realiti yang sesuai diamalkan.
Buku ini banyak memberi sumbangan dan manfaat kepada umat Islam lebih separuh abad yang lalu. Banyak panduan yang boleh diperolehi khususnya mengetahui hukum-hakam Islam dalam kehidupan seharian mereka.
No comments:
Post a Comment