Kita tidak perlu terlalu risau jika gagal selepas sepuluh kali percubaan kerana tokoh-tokoh inovasi telah gagal beratus-ratus kali. Mereka melakukan percubaan demi percubaan berulang kali, berhadapan dengan kekecewaan dan kritikan kerana produk ciptaan mereka tidak berfungsi atau pecah malah nampak hodoh.
Oleh kerana mereka mampu mengarahkan kegagalan kepada tindakan yang positif, akhirnya mereka selesaikan juga. Seorang bijak pandai berkata, “Kejayaan adalah natijah kegagalan yang telah diatasi. Tanpa kegagalan maka tidak mungkin dapat merasai nikmat kejayaan”.
Orang yang tidak mahu berhadapan dengan kegagalan, hidup dalam dunianya sendiri. Kalau tokoh-tokoh yang menjadi hebat boleh gagal, apatah lagi kita yang dalam katgori “orang biasa”?
Kita perlu tabah dalam setiap usaha yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment